Thursday, January 28, 2016

lain daripada yang lain

second person said to me
adik aku bagi statement begitu
pada aku ada waktu kita perlu details
ada waktu tak perlu

tak perlu nak take to heart
tak perlu nak fikirkan masalah orang lain
tak perlu nak keruhkan keadaan
no need!

benda yang mudah, selesaikan segera
benda yang sukar kita mudah
senang kan...=)

team leader

bila aku dilantik sebagai team leader
lagi sekali aku kena pergi trip di utara

tapi kali ini trip ini berbeza
1) sebab team leader adalah aku
2) aku ada 5 hari sahaja untuk preparation sebelum pergi
3) aku demam
4) weekend tu adik aku bertunang
5) to be honest aku tak nak pergi pun sebenarnya

aku setuju untuk pikul amanah ni as my last contribution to DMS group
pasal balik kg untuk majlis pertunangan tu, rasa sempat sampai sebelum majlis
demam tu memang uncontrol la...selsema aku hijau kot.

okay..first aku kena gitau mak aku kan...memang mak tak bagi pergi
aku gi PKU pulak, Dr Mai pun tak bagi pergi...ckp je saya tak bagi.siap pesan jangan main panas
BFFs aku pun cam berat hati nak bagi pergi....sebab tersepit

aku kan tak suka gila kuasa, dan mengarah2 ni...bukan aku
percaya pada anak buah and work in a team
so far semua okay
alhamdulillah semua bagi kerjasama yang baik...
syukur. hope they enjoyed this trip
kalau ada yang tak puas hati, aku minta maaf


tiba-tiba

bila cerita tv jadi realiti dalam life aku
speechless beb
seriously aku dah tak lena tidur dah
ubat selsema aku pun kalah
setiap sejam aku terjaga
kau rasa aku tidur ke tak sebenarnya?

rileks2 sudah..
tapi tu lah..seorang pemikir cam aku ni
susah nak rileks2 ni
lagi-lagi melibatkan masa depan
lagi jauh aku fikir
kitakan ada Allah swt
serahkan pada Dia
Dia sebaik-baik perancang

sis in law

cam best kan tajuk aku...
adik aku dah bertunang beb...
In sya Allah tahun ni aku dapat adik ipar.
dapat adik perempuan beb

hope leh jadi partner masak aku...
asyik partner ngan boy je...
nak gak rasa partner ngan girl kan
jangan kecik hati ea chef akmal
hahahahahaha

congratz to anip n aisyah
hope bahagia till jannah

aku punya bahasa memang macam dotdotdot je
nak cakap melayu pun tak berapa nak betul
english pun dah macam bahasa apa pun tak pasti

happy weekend you all =)

Sunday, January 10, 2016

disiplin

Lately, disiplin diri agak teruk.
tengok waktu ini,
aku masih berada di rumah

Aku pun tak pasti puncanya apa
yang aku pasti, badan aku sakit.
tangan aku kebas...
fokus aku ke laut
otak aku fikir macam2

black out

Aku bangun awal pagi tadi...
selesai bermunajat, aku on laptop
dah buka dah wifi, File word yang aku
nak siapkan...
tetiba lampu mati...
laptop semaki  malap...
dan rumah aku trus gelap..
dalam gelap ni macam-macam aku fikir

Eh ada bunyi enjin kereta depan rumah,
jiran baru balik dari library agaknya.
tetiba rasa nak sesak nafas,
angkat kaki masuk bilik.
berselimut dari kepala sampai kaki
alhamdulillah kurang sikit rasa tak selesa tu

Tetiba lampu..aku pun tak pasti jam berapa

Wednesday, January 6, 2016

zon selesa

Aku tak faham
camne ko boleh kuarkan
ayat penyata yang aku
berada dalam zon selesa.

Aku cuba cerna sehabis mungkin
tapi aku tetap juga tak nampak
zon selesa celah mana?

Weekdays aku kat kampus
weekend aku kat kg
camtu la life aku.

Zon selesa ape ea?
berduit?
tak...aku masih zon terpaksa pinjam member
banyak masa?
waktu tidur malam je aku berehat
aku pergi hang out ngan member?
Keluar makan ngan member pun jarang,
hang out apatah lagi.
pergi holiday?
baru berangan...belum jadi kenyataan lagi

Aku dah cuba mencari zon selesa yang ko cakap tu,
tapi masih tak jumpa.
sama juga kalau balik kg
aku bukan macam ko,
boleh goyang kaki,
tak yah masuk dapur.
ko kan ada adik yang rajin
yang sanggup sediakan makanan
tuk ko sekeluarga.

Ko nak tahu tak,
setiap ari khamis aku macam berkejaran
sebab opis hour sampai 3.30 je.
pastu nak blk kg lg.
2 jam lg nak drive alone.
kalau aku balik jumaat pagi.
aku ada lebih kurang 3 jam untuk merehatkan diri
sebelum memulakan tugas...
keluar pergi pasaraya beli barang.
nak kemas rumah lagi...
hari sabtu, 8.30 pagi pergi pasar tani,
beli barang basah.
balik masak tuk lunch
petang pas asar gerak balik.
aku tak tahu zon selesa ape yang ko cakap..
sebab aku cam takde life...
camtu la rutin aku setiap minggu.
sampai housemate aku tanya....
kenapa kena balik kg setiap minggu?
kan jauh..tak penat ke?

ko sampai kg buat ape?
makan pastu bersantai kan...


Tu lah...jangan la nampak orang lain
buruk sangat...sedangkan sebenarnya kita yang buruk.
cakap tu tengok la kiri kanan
jangan main tembak je
sebab dalam badan aku ada segumpal darah yang
bernama hati

Saturday, January 2, 2016

pakar mata

Isnin lalu, aku ke hospital...
rawatan susulan.
20 minit tuk dapatkan parking.

Ramainya orang sampai nak berdiri
pun tak muat.
masa buat ujian penglihatan
seakan ada air mata mengalir di hati.
aku tak nampak langsung...Allah
sebelah mata kabur
betul aku memandu menggunakan penglihatan sebelah kiri
maka...mata aku akan letih, kering dan pedih

Ujian kedua adalah ujian fokus
aku tak nampak titik oren yang kat tengah bulatan...Allah
sekali lagi bagai ada suara kecil menjerit
aku tak nampak titik oren tu

Jam 2, nombor aku dipanggil
masa tuk berjumpa doktor
doktor cakap, letih menunggu?
result awak tak berapa cantik
mata awak tak fokus.
jawapan aku cuaca panas,
mata jadi lebih kering.

Dan aku memandu pulang dengan ubat
masih berbaki dalam mata.
penglihatan tidak berapa jelas, jadi
aku memandu dalam had laju 80km/j.


ebook 21 cerita murah rezeki

Hari ini hari terakhir untuk dapatkan Ebook 21 Cerita Murah Rezeki. Bermula 12 tengah malam ini, harganya akan kembali ke asal, RM99. G...