Saturday, November 30, 2019

ebook 21 cerita murah rezeki

Hari ini hari terakhir untuk dapatkan Ebook 21 Cerita Murah Rezeki. Bermula 12 tengah malam ini, harganya akan kembali ke asal, RM99.

Gaji sebulan RM 140, 000?????
Dapatkan sekarang dengan harga RM69 ya! Siap boleh jadi #Affiliate Khairul Hakimin lagi!

jam sahaja lagi gaisss!

Thursday, November 28, 2019

Lelaki yang bergelar suami!

Lelaki yang bergelar suami!
Bahan bacaan untuk lelaki yang mempunyai peranan sebagai suami. Bacalah. Moga Allah merezekikan kalian membaca sehingga habis. Aaamen.
Diam tak diam dah 20 tahun saya terlibat dalam bidang kaunseling keluarga dan rumahtangga. Ada masa suka dan ada masa duka. Ada masa saya pun perlukan kaunselor dan ada masa kaunselor lain perlukan saya. Begitulah.
Saya melihat tentang perubahan dunia keluarga dari mula sehingga terkini. Banyak betul perubahan ketara dari yang baik kepadalah yang sebaliknya.
Daripada pengalaman ini saya ingin bercerita tentang lelaki yang dihormati iaitu suami. Dihormati bukan sekadar disayangi. Dihormati kata, nasihat dan juga teguran. Malah jika mahu poligamipun isterinya redha bukan kerana hati tak terluka tetapi tahu hidupnya sebagai isteri pertama tidak akan dipersia kerana keperibadian dan iman suami yang telah dibuktikan.
Dalam kerjaya saya, berjumpa ramai suami yang dihormati isteri yang terdiri daripada pelbagai lapisan kedudukan adalah satu kebiasaan. Jika dunia menyatakan suami yang kaya boleh membawa bahagia dan membeli penghormatan, maka media itu begitulah salahnya.
Suami yang dihormati tidak semestinya kaya, ternama, berpangkat, memandu kereta mewah, fasih berbahasa, terbang ke pelbagai negara ataupun sebagainya.
1. Lelaki ini mengerjakan SOLAT. Solat bukan sebagai kebiasaan tetapi tanggungjawab kepada diri dan Allah Penguasa Sekalian Alam. Menuju masjid dalam susah dalam senang. Tiada di rumah, tiada di tempat kerja, makanya cari dia di masjid atau di majlis ilmu. Itulah cirinya. Ciri yang ada dalam setiap suami yang dihormati. Tiada ciri ini, maka ciri lain sukar menyusur.
2. Lelaki ini sabar. Sabar pada kebanyakkan masa. Tidak menonjol sifat Hang Tuahnya. Sabar bila bercakap. Sabar menghadapi isteri yang kadangkala menguji diri. Sabar dengan anak-anak yang dah tentulah ada masanya lupa diri. Kepada lelaki yang kebanyakkan masanya marah-marah. Maaflah jika isteri tengokpun menyampah. Mungkin isteri tak luah sebab isteri takut Hang Tuah. Di kedai makan marah, di rumah marah, dalam kereta menyumpah seranah, maka bagaimalah mahu meraih hormat!
3. Lelaki ini adalah lelaki yang provide secara maksimum untuk keluarga. Pemurah kepada belanja ibubapa dan keluarga. Hasil titik peluhnya yang tak seberapa (mungkin) semuanya untuk keluarga. Yang kaya pula pastikan keluarganya mewah dengan hasil pekerjaannya. Sehinggakan jika dia berbelanja untuk saudara mara, isterinya sendiri membantu menghulur kerana pada dia, ini lebihan daripada belanja.
4. Lelaki ini tahu tanggungjawabnya. Tiada yang rahsia. Slip gajinya dan semua akaun adalah di bawah pengetahuan isterinya sebagai pemegang saham yang sama dalam rumahtangga. Jangan bimbang tuan, kebaikan dan iman tuan adalah sebagai perlindungan. Jika tuan suami yang beriman, Allah akan hantar juga isteri yang beriman. Wang tuan tak akan disalahgunakan.
5. Lelaki ini jujur. Tiada putar belit dalam bahasanya. Keluarga adalah priority. Bila mahu buat sebarang perancangan, keluarganya akan didahulukan. Kawan hanya ada bila masa terluang bukan meluang masa untuk kawan dengan mengenepikan keluarga.
6. Di rumah lelaki ini berfungsi sebagai orang yang menyumbang. Bila di rumah semua penghuni rasa aman kerana perlindung keluarga ada di dalam rumah yang dimesrakan.
7. Adil dalam membuat pertimbangan. Semua cadangan dan teguran diberikan penuh hikmah dan kasih sayang. Tiada kaki atau tangan yang naik ke badan.
8. Lelaki ini disayangi anak-anak dan dijadikan tempat bermanja. Ayah adalah perkataan yang sentiasa di tanya bila tiada dan panggilan yang kerap bila ayahnya berada di sekitar hidupnya.
Begitulah antara ciri-ciri suami yang dihormati yang saya perasan. Jika ada pada badan tuan, Alhamdullilah. Jika tiada, teruskan pencarian. InsyaAllah, akan jumpa dengan usaha dan keyakinan.
Kita semua pendosa di lain jabatan. Dosa tetap ada tetapi Allah lihat usaha dalam penambahnaikan.
by Normaliza Mahadi

Monday, November 11, 2019

handbag

Beg tangan ni emak yang belikan. 
Citarasa emak punya kelas tersendiri.
Aku takkan rasa malu dengan pilihan emak sebab pilihan emak up to date.
Sekarang beg tangan ni dah uzur. Rabik sana sini. Dah ramai dah tegur 
suruh tukar, beli baru, buang. Aku masih setia pakai lagi. Almost 2 years old.

No more handbag from my mother. Al-fatihah for my parents.

11 November

"Dah lama teringin nak masuk kelas content Khairul Hakimin Muhammad, namun belum berkesempatan."
Lepas ni dah tak boleh beri alasan tunggu masa yang sesuai. Sebabnya ini adalah MASTERCLASS TERAKHIR bagi tahun 2019! Tahun depan pun dah TAK ADA lagi!
Kerana ini adalah panggilan terakhir untuk sertai kelas yang sebegini, kami nak umumkan BERITA PALING AGUNG lagi BEST sempena JUALAN 11.11!
Daftar hari ini untuk dapatkan
"HARGA PROMO" RM 288!
...DISKAUN RM 71 berbanding harga asal RM359...
Setiap peserta yang mendaftar juga akan menerima
"KOMBO E-BOOK CONTENT" Khairul Hakimin Muhammad
bernilai RM431 secara PERCUMA! Ya ia percuma gais!
Apa tunggu lagi? DAFTAR SEKARANG. Berikut kami sertakan informasi apa yang akan kalian pelajari sepanjang kelas ini berlangsung.
Topik Content Marketing Masterclass:
1. Asas Menulis di Sosial Media.
2. Menyusun dan membina content.
3. Content Scheduling.
4. Personal branding (mengikut topik content)
5. Dos and donts
6. Jenis posting.
7. Positioning diri di media sosial.
8. Menaikkan credibiliti dan jualan di personal account.
9. Hubungan antara page dan personal account.
10. Kepentingan sosial media pada hari ini untuk pendiri bisnes.
Daftar di sini ya:

Sunday, November 10, 2019

Pakai baju

Pakai baju waktu solat, jangan tak pakai baju. Itu semua tanda kita mensyukuri rezeki yang kita ada.”
Itu antara pesan ustaz yang saya sukar nak lupa. Selalu pesan ke ayah, adik-beradik, suami, anak sibuk macam mana pun, masa solat, pakai baju. Kita nampak simple, ya orang lelaki boleh solat tak pakai baju kerana auratnya berbeza dengan wanita.
Namun, ada rezeki pakaian, maka pakai. Jangan sampai macam tak mensyukuri apa yang kita ada.
Kita ada sedikit, syukur.
Ada banyak, lagi banyak bersyukur.
Kita nak mohon kepada Allah dalam keadaan kita bersyukur, maka kena jaga adab-adab begitu. Lainlah memang kita dah tak ada baju bersih, maka tak ada alasan lagi ya.
Kawan-kawan, kalau kita tak bersyukur dengan rezeki yang sedikit, bagaimanalah Allah nak beri dengan lebih banyak?
Ketahui lebih banyak kisah insiprasi dengan membeli “E-Book 21 Cerita Murah Rezeki” melalui link ini:

Wednesday, June 26, 2019

doa

menitik air mata tatkala permohonan diluluskan
saat aku rasa mampukah aku
doa, doa dan terus berdoa
Allah beri apa yang kita perlu
bukan apa yang kita mahu
sabar, sabar dan sabar
Yakinlah dengan perancangan Allah swt
terima kasih Allah swt

mimpi

Kalau rindu, mesej "aku rindu kau"
bukan sibuk datang dalam mimpi
bukan tiba-tiba datang dalam minda
sementara aku masih bernyawa

Tuesday, June 18, 2019

16june2019

It was my birthday
My supervisor asked me to come to the office
when I entered her office,

Happy birthday to you
Happy birthday to you
Happy birthday to you cikgu
Happy birthday to you

birthday song from her and her husband
I was speechless
she said, sorry there is no cake.
no cake shop open at 8.00 am
it is okay Dr. I already made oreo cheesecake

then my friends came..Mama Janna and Fana
they did not know it was my birthday

The first person wished me is mak ngah
Then my siblings, continued with cik bed, bff and sahabat
Alhamdulillah for another age
Hope to be a better person
Alhamdulillah to have them especially during the tough time
love you all

Wednesday, May 29, 2019

gembira

setiap hari ada yang menggembirakan
dapat hantar kad raya dekat kawan-kawan
dapat belikan mak ngah tilam baru
dapat sahabat yang prihatin

Alhamdulillah
one day tiba-tiba usai solat taubat, 04:37
rasa nak minta maaf dengan semua orang
i send message to him
i up status
I'm sorry for everything
kadang-kadang tanpa kita sedar
tindakan kita, kata-kata kita
melukai hati seseorang
yang sengaja menyakiti tu memang dah maklumkan
so minta maaf, buang ego, akui kesalahan kita
tak rugi pun, untung lagi ada.

after more than 48 hours, i got replied
he said sorry too
and alhamdulillah finally Allah izinkan
saya sampaikan terus kepada tuan punya badan
Saya dah lama maafkan awak
Ya Allah punya la lama nak cakap
maybe this is the perfect time to say it
Alhamdulillah...
kita tak tahu apa yang berlaku,
apa yang ditanggung...
by saying it.. maybe, the burden fly away

untuk awak, saya bukan kenal awak sehari dua
tapi persahabatan itu terjalin more than 10 years.
by the way, saya sekolah agama sampai darjah enam (",)

Selamat berpuasa
Selamat beramal

Monday, May 6, 2019

question

I always ask myself a simple question of what I want in my life?
what I'm looking for?
MONEY?
HAPPINESS?
WEALTH?
REPUTATION?
GLAMOUR?

I just want to be a good person to everyone and a good slave to my Creator

Sometimes we forget that one day we will return back to our Creator
What we should bring?
are we working on it?
I always feel death just beside me
but Allah always give me a chance to ask forgiveness

Guys,
I am sorry for all the things that I did
which might hurt you
which might make you feel uneasy
which might put you in trouble

I'm not sure when I will go back,
but please accept my apologies
and recite Al-Fatihah, when I'm gone
Thank you guys

Sunday, May 5, 2019

ramadhan

selamat berpuasa 2019
moga kita menjadi lebih baik

meluahkan rasa tanpa menyakiti
menegur seperti kita mahu di tegur
menunaikan hak pada yang berhak
mohon maaf dan memaafkan
ikhlas tanpa syarat

selamat beramal
assalammualaikum wbt

ebook 21 cerita murah rezeki

Hari ini hari terakhir untuk dapatkan Ebook 21 Cerita Murah Rezeki. Bermula 12 tengah malam ini, harganya akan kembali ke asal, RM99. G...