Wednesday, July 2, 2014

juadah berbuka

hi..hari ni berbuka makan apa?
banyaknya..tak senak ke makan banyak-banyak?

korang nak tahu tak juadah berbuka aku..
aku akan beli kuih dalam rm1-rm2,
nasi dan lauk yang dibungkus secara berasingan
air kaler-kaler ni kalau teragak je

sempoi kan...
biasanya aku berbuka dengan 1-2 biji kurma
air...air masak/ air kaler
pastu kuih 1-2 keping..
pastu dah...solat

tak makan nasi ke?
tak..aku memang jarang sangat
berbuka dengan makanan berat
time puasa bulan ramadhan..
ntah la beb..aku pun tak tahu nape..
kenyang? alhamdulillah kenyang

semalam aku cuba
berbuka dengan mee hoon goreng
aku tak beli kuih la..nanti membazirkan
aku habiskan mee hoon tu,
pastu solat maghrib...
relaks je okay je..
tetiba time terawih..
ngantuk bangat aku...ni la penangan makan mee hoon tadi

jadi  untuk hari ini...
aku tukar makan separuh maggi goreng n sebiji karipap
so far so good..kena makan banyak sebab
aku kena makan ubat plus
semalam aku tak makan nasi sebab
semut dah tolong makan kan....

ni lah menu berbuka aku...
kalau korang nak belanja
murah je..tak sampai rm10 pun
jimatkan...=)


stress je sakit

aku nak tanya
kalau stress kau buat ape?
makan banyak-banyak?
shopping?
pergi bercuti?
tidur?
menangis?
marah-marah?

aku?
aku suka tidur...
kalau tengok aku tidur cam telan ubat
tu maknanya aku tengah stress
jangan cakap bukan-bukan
nanti aku bertukar menjadi singa

lagi simptom stress aku adalah kesihatan
kalau aku stress selalunya
aku akan cirit-birit
berhari-hari...takde selera makan
terhidrat beb....letih skali
jangan tanya la,nape muka cam tak sememeh
orang tengah sakit

ni ada simptom terbaru....
pitam...adoiiiiii
aku pun tak tahu nak cakap apa..
sampai tak berani nak memandu..

geram sangat..
sebab bile aku stress, kesihatan terjejas
jadi tak boleh stress
pesanan untuk diri sendiri
sila kawal stress untuk kesihatan yang baik

thesis

aku nak cerita pasal stress
ada beza dengan tension tak?

aku pun tak pasti la..
right now, aku tengah zon kritikal
zon menulis thesis..

untuk orang yang tak tahu
apakah isi kandungan thesis
meh sini che nak cite

thesis ini ditulis bersumberkan
kajian-kajian lepas..
tak sama dengan tulis surat cinta
tak sama ngan tulis novel cinta
memang tak sama..
kalau kau rasa tulis surat cinta tu susah
tulis thesis lagi susah beb
surat cinta boleh tulis sesuka hati, idea sendiri
tak perlu baca buku tuk tulis surat cinta

thesis lain beb
kau kena baca jurnal yang bukan 1..tapi dalam 50 keatas
yang berbahsa inggeris
yang kosa kata nya tak pernah jumpa dalam hidup
kau tak boleh copy and paste..tu palagarism namanya

habis nak buat macam mana?macam susah je
tahu pun kau susah...
aku cakap aku tengah writing
kau macam tak faham bahasa melayu
kang aku cakap mat salleh
kau lagi tak faham

penulisan thesis ni kena buat dalam keadaan aman
aku nak lepak library, aku tak tahan sejuk
aku duduk je kat meja tulis ni
dan menulis.....

Friday, June 27, 2014

baucar buku

hehehehehehehe
di saat fenomena baucar buku sudah habis
aku, baru nak guna baucar buku

tadi aku berjaya menggunakan
3 keping dari baucar buku yang ada
so ada lagi 2 keping
simpan untuk keperluan

aku nak share sikit pasal buku
yang aku beli tadi..
tak banyak pun.. 3 buah je tapi total RM150
mahal? sepadan ngan bukunya

buku pertama: ENSIKLOPEDIA SOLAT
buku hard cover harga rm100
kedai tu bagi diskaun 15%..so dapat RM85
buku ni ada doa harian, ibu..
so aku rasa, memang harus dimiliki

buku kedua: SYARAH AL-HIKAM
pakcik aku pesan bertahun-tahun dah
suruh aku baca buku saufi al-hikam
dia cakap, kalau tak jumpa boleh pinjam dari dia
betul, susah nak cari...
dari aku kat terengganu dulu,
memang  susah nak cari..
aku pernah tanya kat ustaz yang jual buku
dia tanya aku balik, awak nak siri ke berapa?
dengan gaya angkuhnya...
tak tahu pulak ada banyak siri
ustaz tu cakap ada 7 siri
owh okay...tapi dia takde buku ni

pencarian yang tidak berpenghujung...
alhamdulillah hari ini 27062014 aku memiliki
syarah al-hikam jilid 2...last stok tadi..rezeki beb
lepas ni kena cari jilid1 la...

buku ketiga: CERITA CINTA AHMAD AMMAR
aku memang kagum ngan tokoh muda ni
nanti aku dah baca, baru aku cerita ea..

Alhamdulillah...dalam lelah, ada rasa bahagia =)








johor cuti 4 hari

johor cuti khamis, jumaat, sabtu dan ahad
tu lah..rugi betul la..kan syok balik kampung
siapa suruh tak pulun siapkan writing ni awal-awal?

1 julai beb due date...
everyday aku countdown....
i know i can do it
sedih beb..bila terpaksa cakap camni ngan mak

aku: mak, orang nak balik, tapi kerja orang tak siap lagi
mak: tak boleh buat kat uma ke?
aku: banyak sangat kertas nak kena angkut..ni pun
       tido ngan kertas.berbeg-beg nak angkut
mak: mak ngah pun tanya, tak balik?
aku: kalau keje orang siap, orang balik tapi tak janji
mak: ye lah..siapkan lah keje tu
aku: mak, orang dah beli kurma dah tadi...
mak: mak pun dah beli..mak ngah belikan yusuf taiyubb

sila siapkan writing..Chapter 4..wait for me...

SELAMAT BERPUASA DAN BERTERAWIH =)




   

Thursday, June 26, 2014

stop it

lagi sekali berhadapan dengan
manusia yang tamak...
aku pasti kau sedar
dan pura-pura tidak sedar
kau boleh main permainan ciptaan kau
sampai kau rasa nak berhenti
dan aku berhenti di sini

sampai satu tahap kita rasa give up
so i need to stop it
bila kita cuba sehabis baik
tapi macam sia-sia
kena on moving

aku dah penat
penat bermain
just same like u mikail
menunggu sesuatu yang tak pasti
mengharap pada benda yang 50-50
at the end aku YANG sakit
SO better BERHENTI!

kenapa kena terjebak
dengan benda yang merepek cam ni?
aku yang memberi ruang dan peluang?
aku manusia biasa...
mana mungkin menolak ujian dari NYA



Wednesday, June 25, 2014

pitam while driving

semalam...
aku dan tini gi kampus
nak ambik syikin..
syikin masuk je kereta
terus cakap tak berhenti
sebelum dia masuk, aku dah baca
ayat kursi, maghrib kan
takut la ada yang ikut balik

sampai main entrance kampus
aku dah rasa lain macam
tahan zarina...dekat je
ok aku drive je..
kenapa aku rasa kereta2
yang datang dari arah bertentangan
cam jap lampu dia ok,
jap malap....
kenapa pandangan mata cam ok
jap tak ni...
this is dangerous...
dalam keta ada 3 manusia
kenapa aku tak ambik link tuk balik uma??

gi makan jap..hope lepas makan ok
nak tukar link tu pun, lama giller
and giler bahaya
sebab jap aku nampak motor yang banyak2 tu
jap g aku nampak motor tu jauh giler
jap g motor tu takde...

alhamdulillah, purple aku
selamat di parking kan..
aku cakap kat teman2, aku tak boleh drive
bahaya..rasa nak pitam
can anyone drive?
they said they can't
minta housemate datang tuk bantuan

syikin continue bercakap, tak puas hati, risau
and blah blah blah..
tini cakap banyak kali, dah la, dah lepas
nama pun syikin....blah blah blah
dan aku tengah tahan sakit sebelah kepala

dan tiba-tiba aku cakap
STOP IT...awak buat saya lagi sakit kepala
dan aku terus bangun, bayar makanan aku..
elok je jalan ke ke purple,
housemate@bantuan pun sampai

alhamdulillah...
selamat sampai di rumah..
syikin wat air gula..
this is first time aku minum air gula
tampal koyok kat kepala
sakitkan...tahan je la semua
sebelah kepala memang sakit sangat
rasa nak hantuk kat dinding

ALhamdulillah sekarang dahok..
masih ada rase sakit kepala...
hope all become ok

Tuesday, June 24, 2014

minta maaf

kenapa bila saya cakap
saya minta maaf, orang cam nak marah?
saya minta maaf la..
bukan minta sedekah..

kita ni terlalu sempit...
bila kawan-kawan minta maaf
kita ingat member dah nak meninggal
dah nak mati baru nak minta maaf?

atas pengalaman hidup yang tak seberapa ni kan
ada je yang terkecil hati atas perbuatan dan kata-kata
tak sedar pun bila dan cakap ape kan...
tahu-tahu orang dah sentap tahap dewa

sebelum benda berulang atau jadi makin teruk
better minta maaf..
and please, minta maaf je la...
tak payah la fikir bukan-bukan
kita memang kena mengingati mati kan
yang nak marah member tu minta maaf kenapa?

agaknya selalu sangat jumpa orang susah
nak minta maaf kot...
sorry, it is not me

=)

saya suka, dia tak suka,
saya tak suka, dia suka,
saya tak suka, dia tak suka
saya suka, dia suka

susah gak wat matematik ni
bila nak dapat equation 4 ni
sabar ea..
kawal emosi..sabar
nanti dapat la saya suka, dia lagi suka..
hahahaha..yang ni lagi best kot =)

mummy

lama gile aku tak call mummy
so that on her birthday 21 June 2014
aku call dia..lama beb  gayut
42 minit sampai kredit aku habis

she said, she really miss me
cerita pasal angah, bieha, g-ha, abil, daddy
most of the story was about angah and religion
she proud to have angah as her son

bab keagamaan pula
mummy suruh amalkan surah Al-kahfi
sebaik-baiknya baca satu surah,
kalau tak sempat, boleh baca
10 ayat terawal dan 10 ayat terakhir

ingat senang ke?

antara ayat yang ep bagi kat aku
betul..ingat senang orang nak suka kat kita?

ingat perasaan tu cam chipsmore,
kejap ada, kejap takde
aku cuma manusia biasa
yang tidak sempurna
kalau ada orang nak tu,
dah kira bagus sangat

tu lah..tak jumpa lagi
merak kayangan...hehehe
kalau dah jodoh nak cakap ape...
jauh macam mana pun tetap ketemu


ebook 21 cerita murah rezeki

Hari ini hari terakhir untuk dapatkan Ebook 21 Cerita Murah Rezeki. Bermula 12 tengah malam ini, harganya akan kembali ke asal, RM99. G...