Semalam 999, ada melaporkan kejadian pembuli jalanraya di highway. Kereta itu memotong antara 2 kenderaan. Kenderaan di sebelah kanan memberi lampu tanda bahaya.
apa yang berlaku adalah, pelaku tidak berpuashati lalu memberhentikan kenderaan dan mengundurkan kenderaan.
Selepas melanggar kenderaan mangsa, kereta itu pergi. Aksi ini dirakam dari kenderaan mangsa. Mangsa trauma dan membuat laporan polis.
Aku juga terkesan dengan cerita ini. 20 januari 2016 aku berdepan dengan pembuli jalanraya. Mungkin sebab aku perempuan, dia berani bertindak begitu. Cubaan untuk melanggar kereta aku, memandu 20-40 km/j...Aku doakan semoga kau dibuli 10 kali ganda lebih teruk dari apa yang kau dah buat dan kau menyesal seumur hidup kau. Aku masih fobia.
kepada yang lain, hati-hati memandu. Tak semua pemandu memandu dengan berhemah
No comments:
Post a Comment