Saturday, October 29, 2016

Writing

Tips menulis thesis pantas.

Berapa lama saya berjaya siapkan thesis? saya mula menulis thesis pada awal July 2015 dan settle pada hujung september 2015... :)

So how?

1. Kertas penyelidikan

- Masa awal-awal buat master/PhD kena letak target untuk tulis kertas penyelidikan sebanyak yang boleh. Jangan tunggu hujung-hujung nak habis PhD baru nak tulis kertas penyelidikan.
Rata-rata RU universiti peruntukkan untuk menerbitkan sekurangnya 2 kertas penyelidikan sepanjang PhD. Pada hemat saya, 2 kertas penyelidikan masih belum mencukupi. Cuba buat lagi, dan lagi, dan lagi...

Soalnya kenapa? Perlu ke?

Jawapannya, semasa nak menulis thesis PhD, kesemua kertas-kertas penyelidikan kita dah cover 50% penulisan thesis kita jika kita telah menerbitkan 5 kertas penyelidikan. Kita da boleh sub-sub masukkan discussion-discussion kertas penyelidikan kita di dalam thesis. Dengan cara ini, penulisan thesis kita akan lebih pantas.

2. Mendeley

- Kita kena simpan database "literature review" dengan teratur dan tersusun. Jangan letak secara rambang dan bersepah di dalam folder, kerana ini akan menyusahkan kita untuk "extract" info dan rumusan penyelidikan terdahulu.

Cara yang terbaik, simpan baik-baik dalam mendeley. Semasa nak tulis literature review, kita dah boleh tekan "keyword" info yang kita nak masukkan hanya dengan menggunakan aplikasi "mendeley"
Juga, mendeley sangat membantu untuk penulisan "reference", depa ada format-format "reference" yang kita boleh terus copy paste. So tak yah ler nak noob tulis satu-satu.. hehe

3. Rangka thesis

- Sebelum nak tulis thesis kena ada rangka yang jelas. Jangan main redah je nak tulis thesis. Ramai antara siswazah kita masa nak tulis thesis selalu ubah rangka atau tak pernah tulis rangka.
Sebelum nak tulis, rangka kena set up dan mesti fix. Jangan nak ubah-ubah rangka atau sesuka hati nak tambah-tambah.
Kalau tak nanti, sentiasa tak siap ler thesis tue.

4. Limitation

- Masa nak tulis thesis gak kena ada "limitation". Setakat mana kita nak bincang dalam thesis dan benda apa yang tak perlu dimasukkan dalam thesis.

Ada di antara kita yang suka masukkan segala macam dalam thesis. Semua benda dia nak masuk.. Dik/kakak/abang, kalau camni memang berbulan tak siap. Berpada-pada nak tulis dan letak apa yang perlu.

5. 4 jam 1 hari

- Setiap hari kita kena letak waktu "efektif" untuk tulis. Sekurangnya peruntukkan 4 jam 1 hari untuk menulis thesis. Dan 4 jam ni mesti efektif. Jangan dalam 4 jam ni sibuk nak tengok youtube, bukak fb, twitter dll.

6. Start tulis thesis sejak awal pengajian

- Ramai gak antara siswazah yang suka tulis thesis masa da hujung-hujung nak settle penyelidikan. Jangan gitu. Awal-awal sambung, da boleh terus tulis "literature review"/"methodology"/"theory"

Sebab nanti masa kita betul-betul nak fokus tulis thesis, kita da siapkan 50% untuk kesemua chapter-chapter tersebut. Benda ni gak akan memantaskan masa kita untuk siapkan thesis

7. Tulis bahagian yang paling mudah dulu, yang susah kemudian

- Bab ni penting. Nak tulis thesis mesti mula dari bahagian yang paling senang. Kalau awal-awal tulis da mula pada bahagian susah, nescaya anda akan mudah give up, tepu dan bosan masa nak tulis thesis.

Masa saya tulis thesis, ada bahagian yang sangat kritikal dan susah. Bahagian ni saya akan jenguk bila bahagian-bahagian yang mudah da settle

8. Nak start chapter mana dulu?

Yang ni pun penting gak. Sebab ramai antara kita yang main tulis langkau-langkau. Kejap chapter 3, kejap chapter 5, kejap chapter 2.

Siapkan satu persatu. Kalau tanya saya, formulanya begini:

1. Chapter 4 (mehtodology)
2. Chapter 2 (literature review)
3. Chapter 3 (theory)
4. Chapter 5 (results and discussion)
5. Chapter 6 (conclusion)
6. Chapter 1 (introduction)

Nanti kalau ada tips len saya bagi tahu k. Ni apa yang saya ingat je.. hehe.

Source: fb azlan wildan

No comments:

Post a Comment

ebook 21 cerita murah rezeki

Hari ini hari terakhir untuk dapatkan Ebook 21 Cerita Murah Rezeki. Bermula 12 tengah malam ini, harganya akan kembali ke asal, RM99. G...