kelmarin sahabat sokseksoksek..yadayada pada aku
kisahnya bengang dengan seseorang
bengang kerana tidak tahu bersyukur
tu je?
iye tentang syukur sahaja
mahu sahaja aku buka cerita yang hampir sama
tapi masakan menambah minyak di api
biarkan dia sejuk dahulu
syukur itu mudah atau sukar?
mudah jika faham maksudnya
sukar bila terlalu memikirkannya
sedikit perlu syukur,
banyak juga harus syukur
maaf, aku berdikari dari kecil
jika kau menyatakan susah padaku,
pasti aku balas sabar, pasti ada jalan keluar
simpati tidak menghilangkan susah
tapi susah perlu usaha cari jalan keluar
bukan menunggu dan terus menunggu
No comments:
Post a Comment