kisah ini diceritakan oleh schoolmate saya, banat
Allah izinkan kubur babah wangi
Barulah saya tahu macam tu harumnya
Semua yang datang ziarah pun cakap benda yang sama
Mula-mula ingat macam mainan perasaan je
Dia macam spray minyak wangi, bila hampir hilang, datang lagi
Bau tu ada kat pembaringan sebelah kiri kepala babah
Bila fikir balik, amalan terbaik mungkin sebab
babah sangat menjaga mama, redha dengan kesakitan isteri
jaga mama sungguh-sungguh
halus sangat penilaian di sisi Allah
"Sesungguhnya orang yang paling baik antara kamu semua
adalah orang yang paling baik terhadap isterinya dan
aku adalah orang yang terbaik antara kamu semua (dalam
membuat kebaikan) terhadap isteriku."
hadis riwayat al-tarmizi di dalam Sunan al-titmidzi, kitab al-manaqib,
hadis no: 3830
Rasulullah s.a.w bersabda:
"Orang yang paling sempurna imannya adalah yang tebaik
akhlaknya antara mereka dan yang paling baik adalah yang paling
baik akhlaknya terhadap isteri-isterinya."
Hadis riwayat al-tirmizi di dalam Sunan tirmizi
hadis no: 1082
terima kasih banat, for sharing a very good story with us
and here, i would like to share with you guys
benda yang baik, harus dikongsi kan
buat mereka yang mempunyai pasangan halal,
hargailah pasangan anda
kerana mereka adalah amanah yang Allah hantar pada kita
untuk dijaga sebaik mungkin
moga kubur kita juga akan wangi..amin
No comments:
Post a Comment