Wednesday, June 14, 2017

zero modal

bila cakap pasal business
kita akan cakap pasal

  • modal
  • produk
  • marketing
  • target customer
banyak juga cubaan ayin berniaga

jual topup
jual baju
agent nasi lemak delivery
grab car
jual sabun dobi
jual sate kebab
jual qaseh

yang terbaru ayin join
business shaklee

tak tahu lah kenapa
bila ex-schoolmate ajak join
ayin terus setuju

yang bestnya, ayin join dengan zero modal
ayin pun tak percaya
cerita dia, ada pembelian 200uv ke atas
melayakkan ayin dapat free membership
mudah kan?
dapat untung runcit
dapat bonus lagi

nak cuba?
sangat-sangat di alu-alukan

011 33 75 43 83

10 malam terakhir

malam ni dah masuk 10 malam terakhir ramadhan
kena banyakkan amalan
tinggalkan yang lagha

mudah-mudahan kita dapat
malam lailatul qadar
amin

Friday, March 24, 2017

Anak-anak

Tabah lah wahai anak
Allah memberi ujian atas kemampuanmu
Berat untuk kau pikul masalah itu,
InsyaAllah ada pelangi yang menanti
Moga kau terus kuat

Wednesday, March 15, 2017

syukur

kelmarin sahabat sokseksoksek..yadayada pada aku
kisahnya bengang dengan seseorang

bengang kerana tidak tahu bersyukur
tu je?
iye tentang syukur sahaja

mahu sahaja aku buka cerita yang hampir sama
tapi masakan menambah minyak di api
biarkan dia sejuk dahulu

syukur itu mudah atau sukar?
mudah jika faham maksudnya
sukar bila terlalu memikirkannya
sedikit perlu syukur,
banyak juga harus syukur

maaf, aku berdikari dari kecil
jika kau menyatakan susah padaku,
pasti aku balas sabar, pasti ada jalan keluar

simpati tidak menghilangkan susah
tapi susah perlu usaha cari jalan keluar
bukan menunggu dan terus menunggu

12mac2017

12 Mac 2017....genap 20 tahun ayah pergi.
Saya menulis bukan minta simpati,
tapi untuk menyatakan kesyukuran
kerana mempunyai seorang ibu,
yang tidak tinggi tahap pendidikannya
tapi mampu membesarkan kami enam beradik.

Kuatnya ibu ini, dengan hanya bekerja sebagai guru tadika,
menyekolahkan kami...menghantar kami sehingga berjaya
menggenggam segulung ijazah

Dan saya yang sakit...
setia menjadi co-pilot ketika saya
perlu ke hospital untuk berjumpa pakar

Dalam sakit kakinya, masih tegar membuat kerja rumah
terima kasih ibu atas pengorbanan dan penat lelahmu



Thursday, February 9, 2017

Teacher

Menjadi seorang pendidik itu bukan cita-cita saya
Tanyalah beribu kali adakah saya belajar sehingga peringkat phd
untuk menjadi seorang pensyarah?
Jawapan saya tetap sama...Tidak. saya belajar untuk menambah ilmu

Hujung Disember yang lalu, saya berjaya menjadi home tutor.
Saya memilih Bahasa Inggeris sebagai subjek untuk di ajar

Ada yang bertanya kenapa BI?
BI itu sesuatu yang well known. 
Dari saya darjah 1, grammar nya sama
Lagi satu sebab, saya nak kongsi ilmu ini
untuk anak bangsa saya.
Berapa ramai rakan seperjuangan sebangsa yang 
tidak mahir berbahasa inggeris?
Di mana silapnya?

Saya hanya budak kampung
Mak saya bekas guru tadika
Dan Bahasa Inggeris bukan bahasa tuturan saya di rumah

Bila kita inginkan sesuatu, 
kita perlu berusaha untuk dapatkannya

Kentalkan lah hati
InsyaAllah, ada pelangi yang menanti

-Teacher Ayin-


Sunday, January 1, 2017

Happy 2017

Today is first day of 2017...
Too many things happen in 2016

Summary
-somebody proposed me
-finish master of civil engineering
-my mother successfully operated her both eyes
-sister in law
-register phd in science
-purple's gear box damage
-my application for scholarship was rejected
-first time ate at sushi king ( because i'm just a kampung girl)
-first time ate gong-gong
-speechless when the doctor said operation can help you to see again, need to refer to hospital sg buloh
-my charger laptop make my house black out
-spectacle cracked
-i met my ayah in my dream (i miss u ayah)

Still survive without financial support
How hard is it only people beside me know what i did

Allah is the best planner.
Ups and downs is a life.
Stay calm, be strong and believe in yourself

May all of us success in 2017 journey

Monday, November 21, 2016

Mybrain vs ptptn

Salam. Post ni Khas utk kwn2 yg lulus bersyarat sbb ptptn. Ni guideline yg saya guna dulu (batch feb 2016). Thanks to owner msj ni, xtau sapa. Mungkin bermanfaat utk kwn2.

KEPADA YANG MENGHADAPI MASALAH TAWARAN MYBRAIN BERSYARAT SEBAB PTPTN?
.
STEP 1 - Rujuk senarai pegawai PTPTN yang diberi.

1) Pn. Ain Syuhara Binti Idris ( 019-354 1434) - ainsyuhara@ptptn.gov.my
2) Pn. Arusti Binti Rabu ( 012-279 3949 ) - arusti@ptptn.gov.my
3) Pn. Harnita Binti Rabu (012-279 3946) - harnita@ptptn.gov.my
4) Pn. Nur Hidayatul Alya Binti Mohd Nordin (013-906 6654) - nurhidayatul@ptptn.gov.my
5) Pn. Siti Rafidah Bin Faridus (017-635 0035) - siti_rafidah@ptptn.gov.my
6) En. Mohd Fazril Bin Faridus (014-642 3763) - mohdfazrul@ptptn.gov.my
7) En. Mohamad Azril Bin Fisal (013-426 7033) - muhamadazril@ptptn.gov.my
😎 En. Muhammad Farhan Bin Abd. Rahman (013-538 1342) - md_farhan@ptptn.gov.my
9) En. Mohd Khafizi Bin Rahmat (017-703 1949) - khafizi@ptptn.gov.my
10) En. Muhammad Amirul Haziq Bin Mohd Fadzill (012 - 713 7374) - amirulhaziq@ptptn.gov.my
11) Pn. Mariana Binti Mansur (017-266 6271) - mariana@ptptn.gov.my
12) Pn. Nurul Syazwani Binti Ibrahim (012-954 4977) - nurulsyazwani@ptptn.gov.my
13) Pn. Herli Dayana Binti Rosli (012-218 8847) - herlidayana@ptptn.gov.my
14) Pn. Nurhafiza Abdul Yaziz (017-942 4921) - nurhafiza@ptptn.gov.my
15) En. Zulfadzli Azim Bin Md Noor (017-319 2250) - zulfadzhli@ptptn.gov.my
.

STEP 2 - CHECK STATUS PTPTN anda sama ada betul sangkut atau tidak.
Bagi yang tidak pernah bayar, pernah bayar sedikit, maintain bayar bulanan potong gaji ujrah atau tidak dan lain-lain, sila beri no IC anda pada pegawai berikut untuk semakan.
JIka anda masalah, sila guna skill anda berinteraksi dan berkomunkasi dengan orang. Pegawai PTPTN juga manusia biasa dan ada budi bicara jika berinteraksi dengan jujur dan baik. Mesti ada pengurangan dan penyelesaian terbaik.

STEP 3 - BUAT PAYMENT ONLINE dan whatsapp bukti bayaran online itu ke pegawai yang anda berhubung.

STEP 4 - TUNGGU FEEDBACK dari pegawai PTPTN. Dimaklumkan jika dah buat bayaran ISNIN hadapan dah boleh print agreement mybrain.

STEP 5 - GIVE CREDITS to that PEGAWAI. ucapkan lah terima kasih pada mereka kerna memudahkan anda dan anda beruntung berbanding yang tidak berjaya.

--------------------------------------------------

Isu MyBrain & PTPTN

Saya Dapat Hubungi Pihak PTPTN & Pihak MyBrain. Saya Juga Dapat Penjelasan By Email Dengan En.Shukri Hashim (Penolong S/U Bahagian Biasiswa).

PTPTN

1. Tunggakan PTPTN Perlu DIJELASKAN Secepat Mungkin. Jumlah Minima Yang DISARANKAN RM500 Atau 3 Bulan Bayaran Ansuran Bulanan Yang Sepatutnya Peminjam Bayar.

2. Pembayaran Boleh Dibuat Melalui Online Banking (Maybank @ CiMB), Pejabat Pos Atau Cawangan PTPTN.

3. Selepas Membuat Pembayaran Sila Berhubung Semula Dengan Pegawai PTPTN. Email @ Waap Bukti Pembayaran.

4. Tamat. Maklumat Pembayaran Anda Akan Dihantar Ke MyBrain Untuk Update Semula.

MyBrain

1. Anda Juga Boleh Menghantar Bukti Pembayaran Kepada Pihak MyBrain Untuk Semakan & Update Mereka.

2.Menurut En.Shukri, Selepas Pembayaran, Pihak MyBrain Akan Mengambil Masa 1-3 Hari Bekerja Untuk Release Semula Surat Tawaran.

Sekadar Perkongsian Hasil Usaha Saya. Harap Dapat Membantu

Email En.Shukri
mshukri@mohe.gov.my

No.Tel Mybrain
03-8870 6374 Pn.Marhani
04.8870 6373 En.Shukri

No.Tel PTPTN
011-1420 2056 Cik Rahayu
013-906 6654 Puan Nur Hidayatul
019-354 1434 Puan Ain Syuhara

Saturday, October 29, 2016

Konvokesyen

Bila sebut konvo, yang nak naik pentas mesti rasa seronok.
Aku juga ada rasa gembira...tapi juga rasa tak seronok.
Konvo bukan percuma...
Sewa jubah je dah rm200. Ko tanya aku yang memang
buat macam2 kerja tuk hidup...tu boleh hidup sebulan beb.
Baru jubah...belum gambar, baju, kasut (wajib kasut bertutup).
Etc penginapan tuk family.
Sebelum ni aku relax je bayar gambar family rm2++..tetiba
tuk konvo master ni...outdoor rm50 je.
Ukur baju di badan sendiri beb.
Kawan aku tak datang konvo degree sebab takde duit.
Aku rasa kalau darah daging tak support aku, aku pun tak datang. Banyak nak pakai duit...duniawi.

Yang penting dah selesai dah awal oktober ritu 😊

Writing

Tips menulis thesis pantas.

Berapa lama saya berjaya siapkan thesis? saya mula menulis thesis pada awal July 2015 dan settle pada hujung september 2015... :)

So how?

1. Kertas penyelidikan

- Masa awal-awal buat master/PhD kena letak target untuk tulis kertas penyelidikan sebanyak yang boleh. Jangan tunggu hujung-hujung nak habis PhD baru nak tulis kertas penyelidikan.
Rata-rata RU universiti peruntukkan untuk menerbitkan sekurangnya 2 kertas penyelidikan sepanjang PhD. Pada hemat saya, 2 kertas penyelidikan masih belum mencukupi. Cuba buat lagi, dan lagi, dan lagi...

Soalnya kenapa? Perlu ke?

Jawapannya, semasa nak menulis thesis PhD, kesemua kertas-kertas penyelidikan kita dah cover 50% penulisan thesis kita jika kita telah menerbitkan 5 kertas penyelidikan. Kita da boleh sub-sub masukkan discussion-discussion kertas penyelidikan kita di dalam thesis. Dengan cara ini, penulisan thesis kita akan lebih pantas.

2. Mendeley

- Kita kena simpan database "literature review" dengan teratur dan tersusun. Jangan letak secara rambang dan bersepah di dalam folder, kerana ini akan menyusahkan kita untuk "extract" info dan rumusan penyelidikan terdahulu.

Cara yang terbaik, simpan baik-baik dalam mendeley. Semasa nak tulis literature review, kita dah boleh tekan "keyword" info yang kita nak masukkan hanya dengan menggunakan aplikasi "mendeley"
Juga, mendeley sangat membantu untuk penulisan "reference", depa ada format-format "reference" yang kita boleh terus copy paste. So tak yah ler nak noob tulis satu-satu.. hehe

3. Rangka thesis

- Sebelum nak tulis thesis kena ada rangka yang jelas. Jangan main redah je nak tulis thesis. Ramai antara siswazah kita masa nak tulis thesis selalu ubah rangka atau tak pernah tulis rangka.
Sebelum nak tulis, rangka kena set up dan mesti fix. Jangan nak ubah-ubah rangka atau sesuka hati nak tambah-tambah.
Kalau tak nanti, sentiasa tak siap ler thesis tue.

4. Limitation

- Masa nak tulis thesis gak kena ada "limitation". Setakat mana kita nak bincang dalam thesis dan benda apa yang tak perlu dimasukkan dalam thesis.

Ada di antara kita yang suka masukkan segala macam dalam thesis. Semua benda dia nak masuk.. Dik/kakak/abang, kalau camni memang berbulan tak siap. Berpada-pada nak tulis dan letak apa yang perlu.

5. 4 jam 1 hari

- Setiap hari kita kena letak waktu "efektif" untuk tulis. Sekurangnya peruntukkan 4 jam 1 hari untuk menulis thesis. Dan 4 jam ni mesti efektif. Jangan dalam 4 jam ni sibuk nak tengok youtube, bukak fb, twitter dll.

6. Start tulis thesis sejak awal pengajian

- Ramai gak antara siswazah yang suka tulis thesis masa da hujung-hujung nak settle penyelidikan. Jangan gitu. Awal-awal sambung, da boleh terus tulis "literature review"/"methodology"/"theory"

Sebab nanti masa kita betul-betul nak fokus tulis thesis, kita da siapkan 50% untuk kesemua chapter-chapter tersebut. Benda ni gak akan memantaskan masa kita untuk siapkan thesis

7. Tulis bahagian yang paling mudah dulu, yang susah kemudian

- Bab ni penting. Nak tulis thesis mesti mula dari bahagian yang paling senang. Kalau awal-awal tulis da mula pada bahagian susah, nescaya anda akan mudah give up, tepu dan bosan masa nak tulis thesis.

Masa saya tulis thesis, ada bahagian yang sangat kritikal dan susah. Bahagian ni saya akan jenguk bila bahagian-bahagian yang mudah da settle

8. Nak start chapter mana dulu?

Yang ni pun penting gak. Sebab ramai antara kita yang main tulis langkau-langkau. Kejap chapter 3, kejap chapter 5, kejap chapter 2.

Siapkan satu persatu. Kalau tanya saya, formulanya begini:

1. Chapter 4 (mehtodology)
2. Chapter 2 (literature review)
3. Chapter 3 (theory)
4. Chapter 5 (results and discussion)
5. Chapter 6 (conclusion)
6. Chapter 1 (introduction)

Nanti kalau ada tips len saya bagi tahu k. Ni apa yang saya ingat je.. hehe.

Source: fb azlan wildan

Tuesday, September 27, 2016

phD

phD ni bukan perasaan hasad dengki
Ni philosophy...

Antara cita-cita dan keperluan...
Banyak terpaksa dikorbankan
Berperang dengan emosi yang
akhirnya menjejaskan kesihatan
Aku takde duit...jujur aku tak tipu
Dan aku sakit

Inilah janji seorang manusia...
Aku yang tersepit di antara mereka
Kenapa berjanji sebelum bertanya
Kau punya wang, punya kesihatan,
Tanggungjawab menjaga ibu bapa tidak
kau galas...
Andai kau pernah lalu, kau pasti faham
dan sangat faham erti takde duit, erti sakit

ebook 21 cerita murah rezeki

Hari ini hari terakhir untuk dapatkan Ebook 21 Cerita Murah Rezeki. Bermula 12 tengah malam ini, harganya akan kembali ke asal, RM99. G...