Friday, March 24, 2017

Anak-anak

Tabah lah wahai anak
Allah memberi ujian atas kemampuanmu
Berat untuk kau pikul masalah itu,
InsyaAllah ada pelangi yang menanti
Moga kau terus kuat

Wednesday, March 15, 2017

syukur

kelmarin sahabat sokseksoksek..yadayada pada aku
kisahnya bengang dengan seseorang

bengang kerana tidak tahu bersyukur
tu je?
iye tentang syukur sahaja

mahu sahaja aku buka cerita yang hampir sama
tapi masakan menambah minyak di api
biarkan dia sejuk dahulu

syukur itu mudah atau sukar?
mudah jika faham maksudnya
sukar bila terlalu memikirkannya
sedikit perlu syukur,
banyak juga harus syukur

maaf, aku berdikari dari kecil
jika kau menyatakan susah padaku,
pasti aku balas sabar, pasti ada jalan keluar

simpati tidak menghilangkan susah
tapi susah perlu usaha cari jalan keluar
bukan menunggu dan terus menunggu

12mac2017

12 Mac 2017....genap 20 tahun ayah pergi.
Saya menulis bukan minta simpati,
tapi untuk menyatakan kesyukuran
kerana mempunyai seorang ibu,
yang tidak tinggi tahap pendidikannya
tapi mampu membesarkan kami enam beradik.

Kuatnya ibu ini, dengan hanya bekerja sebagai guru tadika,
menyekolahkan kami...menghantar kami sehingga berjaya
menggenggam segulung ijazah

Dan saya yang sakit...
setia menjadi co-pilot ketika saya
perlu ke hospital untuk berjumpa pakar

Dalam sakit kakinya, masih tegar membuat kerja rumah
terima kasih ibu atas pengorbanan dan penat lelahmu



ebook 21 cerita murah rezeki

Hari ini hari terakhir untuk dapatkan Ebook 21 Cerita Murah Rezeki. Bermula 12 tengah malam ini, harganya akan kembali ke asal, RM99. G...