Monday, December 28, 2015

penyakit tidur dah datang

Penyakit tidur aku akan datang apabila
aku stress dan sakit.

Aku adalah manusia yang jarang tidur siang.
balik dari trip huruhara, aku terus pergi urut.
memang sakit badan, sampai nenek pun sakit.

badan cam nak demam, tak demam.
balik kampung, macam biasa kerja
tak pernah habis. Penat.
paling kesian adik bongsu, jadi runner.
dia cakap penat weh.
aku cakap camtu lah aku setiap minggu.
nak gi pasaraya, pasar tani, kemas rumah,
masak, pastu drive balik batu pahat.
kalau ada kenduri, nak gi kenduri.

kat kampung ni dah 2 hari aku tidur siang.
badan masih sakit.

trip huruhara 2

Ni sambungan...
hari kedua Trip huruhara

selepas drama berbayar, aku ingatkan diri
jangan cakap pape even salah sekalipun, diam je.

Pagi tu aku tanya, plan for today. Ko diam je.
fine...aku dah tahu ko tak mampu nak cakap dengan aku.

Takpe, aku tak kisah pun.
Aku bagi 3.5/15 as markah leadership ko.
hahahaha...nasib baik takde penilaian.
selama aku gi trip pun, adik2 yang lead. Okay je.
takde masalah pun, siap refer aku.
mungkin ego ko tercalar atas ketegasan aku.

Korang gi makan rojak, pastu gi parade.
kat parade baru aku bersatu balik dengan team.
pastu gi kompleks haji ismail.
hahahaha
yang ni aku tak faham....dah tahu nak beli coklat
berbeg2, tapi not rushing to buy it.
seriously....cakap kumpul kul 2, hahaahaaa
2.20 baru cukup semua, ko pun 2.20.
kesian kat driver...dah la panas.
take note..padahal mamat2 dah sempoi layan rokok.

tiket kul 3.30..sampai jeti kul 3. Ada setengah jam lagi.
aku lari ke surau. Ada yg gi makan, ada yg jaga beg,
ada yg bergambar dgn helang, ada yg tunggu owner van.
dan yg plg penting yg beli tiket masih otw ke jeti.

drama berbayar 2...
3.30ptg, pemegang tiket tak sampai lagi...hahaahaha
aku tak risau kiteorang terlepas feri. Yang aku risau
orang-orang yang menunggu kami di jeti sana.
kami berjaya masuk tanpa tiket, alhamdulillah 5 minit
kemudian semua ada dalam feri termasuk pemegang tiket.

masa ambil sample, hahaahahaaa..
plastik tu ko tak lapiskan...aku diam je.
ko kan pandai....buk plastik koyak, tanah jatuh.
aku pun kesian, plastik tu kena lapis dua.
aku pun enjoykan diri ambil tanah, sampai tudung pun kotor.
its okay...aku enjoy

Pastu bersihkan diri kat masjid, kumpul kul 8.
ko n 1 girl tak siap lagi. ko cakap gi kedai makan dulu.
punya lah jauh menapak, dengan beg berat aku..
sampai kena tunggu ko kat situ, berdiri.
aku duk je tepi bangunan tu.
ko sampai bincang2, pastu kawan aku cakap jom kak.
kawan aku cakap kita makan kfc, sebab p.cik bus
nak ambil kul 8.30 n takkan berhenti kat rnr.
aku tengok jam 8.20. Dalam hati kenapa kfc?

On the way gi kfc, ada kedai makan jual nasi campur.
aku n 2 orang lagi guy beli nasi campur, bungkus.
Pastu berkejar ke kfc.
dah sampai kfc, tetiba tunang ko cakap
bus at the same place...which is at the jeti.
perghhhhhhh nak tercabut weh kaki 3 manusia ni.
jeti tengah2 kedai makan tadi and kfc.

Alhamdulillah naik bus, makan and tidur.
lega beb...kul 6 sampai u.
berakhirlah trip huruhara ini.


Wednesday, December 23, 2015

trip huruhara

aku risau sangat untuk trip kali ni
tapi tak tahu kenapa


  1. Lambat buat meeting
  2. tak minta permission nak letak sample kat lab
  3. student yang ikut ni kejap 13 kejap 14. kejal remove, kejap add. Aku pening. tak pernah jadi sebelum ni.
  4. aku cakap jangan pakai t-shirt hitam ko degil, macam pernah pergi sampling lagak ko
  5. aku cakap beli air botol besar, ko beli botol kecil-Alasan ko nanti ada yang GELI nak SHARE. 4 kali aku gi trip macam ni takde pulak isu geli share air timbul.
  6. aku suggest kumpul barang jam 7.30, sebab kte gerak jam 9...ko cakap tak nak nanti berpeluh. Kan nak tidur dalam, nanti tak selesa. Ko cakap nanti malam GELAP. Lab tu ada lampu la.
  7. barang tu sikit giler. Dah sampai tempat yang ko suh letak, boleh pulak scoop and penyodok tertinggal kat lab. Setakat sekali trip je, dan barang-barang tu adalah container dan tong je, apalah sangat berpeluh nya. Pastu duk risau siapa nak jaga sebab tempat ko tumpang tu tutup kul 7. susah cakap ngan orang bijak, dia je betul.
  8. nak gerak tu lampu bas sebelah kiri tak menyala. Tunggu mekanik betulkan.
  9. dah gerak baru aku perasan kita tak baca doa pun.
  10. atas kapal boleh terlupa pulak nak bawa plastik.
  11. on the way ke jeti, boat terhenti tengah laut sebab minyak habis.
  12. settle jam 5. Suruh kumpul kul 5.30. Tiket feri 6 petang. Jam 5.35 ko tak keluar lagi dari masjid. Ada yang lapar giler. Atas feri 2 jam mmg kena grab something to eat. Kesian ada yang makan megi panas2 tahap melecur lidah.
  13. sampai langkawi kite g makan. Pastu g homestay. Yang ni drama berbayar.
  14. aku dah maklum yang akan share homestay. Memang dari awal diberitahu cam terkejut...takpe kte tgk dulu homestay tu macam mna. Alhamdulillah Allah tak izinkn kemungkaran. 
  15. owner uma tak tahu pun yang kteorg ni laki perempuan. Dia cakap saya tak Izinkan share uma. Ada pulak suara sumbang tidur je. Kwn aku cakap muka owner tu berubah. Aku tanya ada tak uma lain. Aku tny team cmne, tunang dia blh ckp share je la. Perempuan tdo dlm bilik, laki tdo luar. dia pulak...kalau akak risaukan saya, akak jaga je lah saya. Nak buat apa pun, nak tdo je. 
  16. Aku pun nak jaga aib team aku, aku ckp kalau aku nak gayut memalam nanti susah. Aku tak tahu dia dengar apa.
  17. owner cakap, kalau nk share mmg saya x bg. Lagi pun parents sy tgh buat umrah. Ni amanah kat saya. 
  18. Alhamdulillah selepas sesi nego dapat la 2 biliķ. Dan kos nye lagi murah dari homestay yang nak di share.
  19. aku lupa nak tanya ko malam tu, yang ko hadap sangat nak sHare uma tu kenapa?


Friday, December 18, 2015

samsung tab

Aku dapat samsung tab dari sv aku
aku kan budak kampung
yang peraq bab gadjet ni
along bagi sim internet pun
aku tak buat apa pun
check email, facebook
la ni ada sesuatu yang menarik
update blog.

Pasni makin rajin la aku merepek

Sekian terima kasih

u feel it?

When u are in pain
its affect ur emosi
u become emotional
u cant tolerate
u scolded people
u fight with the pain
and u know u are differ



aku rindu

Semalam maghrib dan isyak aku di masjid
sementara tunggu azan isyak,
aku terpandang parut di jari

Parut ni dah lama...
masa umur 9 atau 10 tahun
parut memori aku dan ayah
masa tu aku buka tin sotong
ayah aku nak rasa sotong dalam tin
dah siap buka penutup tin tu sagat jari aku
separuh jari....kalau lajak agak nya putus jari aku
banyak darah tapi tak pergi klinik pun.

luka tu tinggal kan parut
mungkin untuk aku ingat kenangan itu

Pagi tadi lepas baca yassin,
aku nampak ayah aku senyum
moga ayah bahagia di sana

Aku RINDU

Thursday, December 3, 2015

hujan lebat

lately aku suka muhasabah diri
dalam hujan lebat guruh berdentum
kilat memancar
better audit diri kan..
nak on laptop pun takut kena sambar

aku selalu tanya
what i want in my life?
duit?
sihat?
kelauarga?
bahagia?

bila analize semua
syukur dengan apa yang ada
ada yang lagi sakit
ada yang tak makan
ada yang stress memanjang

syukur
dan mengharap pada Allah
kerana Dia sebaik-baik perancang

is it last?

in Sya Allah bulan 12 ini ada sampling DMS
aku suka sebab boleh jalan-jalan
betul penat ambil tanah tuu,
tapi seronok dapat tengok tempat orang.
kau duk je dalam bas...driver bawa
is it last sampling DMS for me?

dah lama tak gi sampling
pengalaman naik TSHD
duk kat Marina Resort for free,
makan besar....seronok

jujur dari hati aku sayang DMS
aku harap kerja keras 3 tahun menyumbang
sesuatu yang besar untuk Malaysia
dan aku nak beritahu semua
yang anak p.cik shahri tu budak kampung je

farah wedding

nama dia Farah Elani
comel dan cute
dia ni schoolmate aku.
kawan rapat
doktor gigi la ni
so sesiapa yang perlukan consutancy sakit gigi
boleh roger dia..hiihiii

dia dah nak kahwin
12/12/2015
dia jemput aku personal via whatapps
aku cam kena pergi ni
mak aku pun excited nak pergi

Ara,
tahniah...
moga bahagia hingga ke Jannah

pre-viva

pre-viva
cuak giler beb
kalau cuak, stress mesti partner aku datang

kau nak tau sape? dairrhea
menderita beb kalau cik D datang
semua kena jaga..
makan ikut waktu
kawal perasaan nervous
makan nasi...kadang-kadang dah patuh semua,
tapi cik D tetap gak nak melawat
gua tension

dan akhirnya...waktu itu datang
alhamdulillah
bila panel cakap, kalau awak tak nak sambung
saya nak sambung kerja awak...
WOW, WOW and WOW...
kerja keras, perang emosi, perang ngan romberg
macam separuh terbayar beb
SYUKUR

kau aku kita

kau aku kita
ni tajuk drama tengah main kat tv3
aus dan iman

aku nak cakap
yang iman tu cam aku tengok cermin pulak
hahahahahaha

best cerita ni...aku suka sebab
1) takde aksi gedik
2) takde aksi pegang-pegang
3) takde aksi 18 sx
4) pakaian sopan

aus cakap dia suka iman sebab
iman jadi diri sendiri, walaupun iman tu selebet
tapi iman tak hipokrit

hope so aku jumpa orang cam aus
yang menerima seadanya (",)


Thursday, October 22, 2015

note

note written

i know what you did last monday

                                  -TL XXX-

seriau beb...betul aku sagat kereta orang last monday
i had said sorry to the person, polish the spot

esok aku bertapa je kat uma
somebody watching my car

sound scary... 

Cik Puan Sinderella 2015

cerita yang santai
untuk orang yang tengah stress
this good movie to release and relax our mind

prince charming
one day he will come

cik puan sinderella
what a naive girl

comel jer diorang ni..
selamat menonton

Wednesday, October 21, 2015

AT

AT-auto trans....
okay sorry...lupa translation dia
jumaat 09102015...lampu AT menyala masa driving
bila tanya perodua its relate to gear box
oooooohhhhhhhhhhhhhhhh
drive slow and come back to perodua tomorrow
okay

sabtu 10102015
aku pun bawa purple aku ke perodua
after check up en JJ cakap system detect problem wire kat gear box
and the cost is about rm850
aku rasa nak nangis..
semalam servis kereta rm210..
rini nak kena kuar rm850
serius nak nangis
en JJ cakap kalau setuju deposit separuh dulu
RM374...aku cam pasrah
keluar perodua dengan wallet kosong

balik uma...buka wasap crite pasal ksl
kena pergi ni





Friday, October 9, 2015

konvo

kawan-kawan dah konvo
do u think its hurt me?
maybe a little bit...
but what for...
i faced it
fight, fight and fight
what do you know?
yang ko perasan,
setiap minggu ayin balik kampung
ayin suka tidur
ayin cam anti-sosial

financial
many thanks to my bff, siblings and friends
yang sempoi je bagi pinjam duit

commitment
syukur Allah masih bagi aku peluang tuk buat pahala
dengan cara berbakti kepada ibu ayah.
this the reason why very weekend i'm going back home.
are you still have parents?
are you living with them?
do you noticed how they survived without you?
dalam demam, drive balik kg,
dalam dompet cukup-cukup tuk isi minyak pergi-balik je
kau ingat ayin balik kg goyang kaki ke?
ayin jadi driver, personal shopper, chef, cleaner
kalau ada kes, ayin jadi plumber, handywoman

ini ujian untuk saya
setiap orang berbeza ujian nya...
dan Allah uji atas kemampuan kita
Allah nak tengok tahap kesabaran kita

happy day

kisah semalam 08102015
ada 2 kegembiraan
1) Sv aku puji writing aku.

  • heart warming. 
  • sikit je lagi
  • Allah takkan uji luar kemampuan kita
2) officially off to PKU
this is the best part.
after 1 month with every day going to PKU for dressing
syukur. jagalah kesihatan.
many thanks to all the PKU especially kakak-kakak nurse yang owesome
yang dedikasi, yang bekerja kerana Allah.
Dr mai, k. faizah, k. adel, k.su, k. yuhana, k.anne and lain-lain yang tak tahu namanya
saya doakan semua diberikan yang terbaik.
Jasa kalian akan ku ingat sampai mati.

untuk pakcik honda city biru, i'm sorry.
saya suka tengok muka pakcik, cool je.
lagi satu, untuk hilangkan rasa berat ke PKU
whatever it is, kerja pakcik sangat murni.

with that officially pantang makan tamat.
yeayyyyyyyyyyyyyy...no more rasa bersalah termakan ....

Tuesday, September 22, 2015

bila doc cakap

bila doc cakap kau kuat
awak masih boleh senyum?
kalau patient lain dah menjerit
tapi masih senyum

nurse pula..
bagus la dia ni doktor,
dalam sakit masih boleh jawab soalan2 saya.
dia memang kuat.
dengan master dia
dengan sakit romberg dia
dia memang kuat

Allah knows better =)
thank you romberg
sakit yang tak mampu
diungkap dengan kata-kata
sakit yang boleh dilihat tapi
tidak mampu dirasa

u r lucky in in the lucky one
-miss najihah-

dambaan kasih

dambaan kasih ni tajuk lagu
aku suka lagu ni

antara lirik yang menyentap hati
semakin ku jauh dari MU,
semakin dekat KAU hampiri aku

this always happen in my life

i miss u

mimpi ape malam tadi
bangun-bangun je sebut i miss u
aku ingat masih dalam tidur
dah bangun dah

Allah nak kejut subuh =)

Tuesday, September 15, 2015

small operation

small operation at PKU 

tuesday 08092015
i never imagine that would be operated on that evening...around 5 pm
never in my mind

i felt it when the knife cut the skin.
yes it just small operation but the impact is big

from the day, only certain foods i can eat..
my menu is toasted bread-planta + sugar
rice + fried fish
for a few day
fries to make me feel full.
at first it is hard..
but now im used to 

Thursday, August 13, 2015

memujuk hati

down giler
ko tak payah cakap banyak-banyak
i just need my own space

kembalilah kepada Pencipta
pujuk hati
redha
kuatkan semangat
sabar

Ini perjalanan hidupku

perjalanan kita berbeza

Saturday, August 8, 2015

aku writing dan writing

writing thesis..count down tinggal 5 hari je
kalau tengok cara aku, cam relax je

dari zaman degree.
macam ni la
orang lain dah tak keruan
aku cam wat lek, wat piece je.

okay dah pukul 11 pagi.
serious la ayin
ni masa depan.

okay to be continue

ikan patin 3.5kg

menarik tak tajuk entri aku?

1 syawal tahun ni, kita orang raya kat pahang
one of sedara yang kat pahang tu ada kolam ikan
ada patin patin, talapia dan lain-lain.

adik bongsu aku tolong orang yang menjala tu
pergh bosar-bosar ikan ea

sedara aku bagi 4 ekor ikan, 2 patin, 2 talapia
patin ni sekor 3.5kg lagi sekor 3.8 kg.

aku teruja nak bedah ikan ni.
tak pernah aku siang ikan besar cam tu.
boleh tahan.
mengumpulkan sepenuh tenaga,
dengan parang yang tajam.

masa tu aku insaf, kagum dengan
orang-orang yang jual ikan.
ibu jari aku siap luka sebab kena parang yang sedang di asah.

malam tu susah nak tidur, sebab badan aku sakit.

eau de parfum

first selamat hari raya
aku tahu syawal dah hujung-hujung dah.

sempena jamuan raya semalam aku dapat beli
2 botol eau de parfum Avon...pada harga yang sangat berbaloi

ni memang satu benda yang aku sangat obses.
keterujaan yang jerit macam nampak hantu...hahaha

aku pun tak ingat since bila aku suka perfume avon

aku share sikit ilmu pasal perfume

cologne: cologne ni cam paling cair.
bau wangi tu sekejap je, pastu hilang.

eau de toilette
kalau level ni bau dia tahan lama.
boleh tahan sampai 24 jam

eau de parfum
ni lepas aku mandi pun, bau dia ada lagi

parfume
ni aku rasa mu seminggu lekat bau dia

okay semalam ada hari terbuka raya Avon
pastu ada offer 3 eau de parfum

women of earth normal price rm69
cherish rm89
essential (aku tak ingat spelling dia) rm69

harga offer rm29.90
separuh harga tu.
kalau yang cherish tu boleh dapat 3 botol.
aku biasa beli perfume time offer kebabom
aku takkan beli time rm59.90..nope

kalau ada extra money, memang aku borong 3 sekali..hahaha
pastu 3 tahun tak beli perfume...jimatkan =)

Sunday, May 17, 2015

ayin suka tidur

macam budak-budak
bila badan tak sempat nak rechrge
penyakit tidur aku pun datang
dengan gembiranya
asyik nak tidur
minum kopi?
tu minuman wajib setiap hari
tak jalan...ubat dia tidur juga

kencang jantung aku

debaran yang dah lama aku tak rasa
kencang jantung aku...
hanya Allah yang tahu

mungkin dia jodoh aku
mungkin tak

Ya Allah andai dia jodohku,
satukan hati kami Ya Allah

bowling

bila mak aku tanya aku main bowling ngan sape?
ko agak....

aku keluar ngan kawan-kawan bujang yang seusia aku
menyumpah aku keluar hari cuti
ramai giler orang
parking susah
dammmmmm
bukan jiwa menghabiskan cuti di bangunan bereskalator

dont be selfish ayin
mereka juga mahukan hiburan
menghilangkan penat lelah bekerja
mahukan sedikit ruang bersantai

Monday, March 9, 2015

romberg

maafkan aku jasad
terlalu banyak sakit yang datang
aku juga rasa sakit itu

romberg....
aku terpaksa tamatkan temujanji
tapi aku ganti dengan homeopathy
jangan mengganas romberg..
kerana aku tak mahu telan panadol

perut...
aku tahu kau sangat sensitif
aku cuba untuk menjaga makan
kawal stress supaya kau baik-baik aje

mata,
aku tahu kau pedih
tapi aku tiada pilihan
sabarlah mata...aku juga terseksa

kulit..
setiap hari kita berperang
aku mahukan aircond,
kau mahukan natural air
aku minum 3L air
tapi kau mahu lebih

maafkan aku jasad

kawan

kawan...
aku kenal kau bukan semalam
bukan kelmarin
tapi bertahun

bila masalah datang,
kau cari aku.....
bila masalah pergi kau hilang

aku sudah biasa menjadi pendengar
dari zaman hingusan
sudah berjinak-jinak dengan dunia kaunseling
mendengar cerita rakan-rakan
ragam manusia...

aku sedar yang aku hanya diperlukan
bila kau dilanda masalah
bila kau tersepit
bila kau buntu

terima kasih kawan
berpijaklah di bumi yang nyata 
selagi kita masih bernafas




 

thank you Allah

rasa bersyukur...
mudah-mudahan aku dapat balik duit tu
aku dah lama redha
peristiwa itu
tak seronok untuk dicerita semula
biarlah mereka yang tahu saja yang bercerita

aku, masih tahu rasa hormat
menjaga nama baik
walaupun masa tu sakit hati dan terluka
dan sekarang tinggal parut je

betul kita kena sabar
ada pelangi selepas hujan
Allah mudahkan semuanya
syukur

thank you Janet, for helping
thanks k.ju, mira, amira
uma 16...terima kasih

Monday, February 23, 2015

Arjunaku keju

best weh cerita ni
mamat suka kek keju
pemilik kedai kek keju suka mamat
PA mamat pun suka mamat
kawan sekolah pemilik suka pemilik
kawan sekolah serumah ngan mamat

ayok...dah pening
yang penting best

ada orang meroyan

hahahahahahahaaaaa
maaflah bahasa cam kasar sikit
tapi itulah yang berlaku

kenapa masa kita buat keputusan,
kita terlalu ego?
ke dah habis rasional masa tu?

i think it is more than 6 months
kenapa baru-baru ni isu ni timbul semula
baru terhantuk?
kalau dekat, memang kena dah ngan aku
nasib baik jauh

sekarang tanggunglah akibat nya
bila tanya tak nak jawab
tapi salahkan aku

kenapa tak nak ngaku kesalahan sendiri?
sebab tu aku cakap EGO
budget bagus,
budget perfect



cuti CNY

tahun ni 4 hari cuti CNY
baik negeri yang kerja ahad mahupun yang kerja isnin

dan aku, cuti CNY diberi 2 hari je
unexpected...
sibling aku sikit punya excited,
nak kumpul 6 beradik ni...
skali aku cuti 2 hari je..tengah-tengah pulak tu

okay lah tu, dari tak dapat cuti

daftar budak baru

lastweek aku terlibat dengan pendaftaran budak baru
satu hari ..9pg-6ptg..lama kan...

aku pun tak aspect selama itu...
aku okay je..
bila masuk peak hour,
dengan suhu bilik bertambah panas,
aku pun jadi panas.
aku termarah budak baru 2 orang

kau ingat senang ayin nak marah orang?
tengah peak hour,
juniors tu boleh buat lawatan
macam site supervisor lawat tapak projek

kalau waktu lengang aku tak kisah
waktu makan tengahari,
parents tunggu
do please show good manner
do respect others
yang datang dari jauh

memang kenalah setepek ngan aku
minta maaflah dik, akak terpaksa tegur


banyak nyer nak cerita

banyak sangat perkara yang berlaku
nanti aku cerita satu-satu dan mana yang
aku ingat lah...

lately always terlupa dah kunci ke belum
tak tahu lah kenapa...
kereta lah yang selalunya...rumah ingat je.

hope ingatan kembali pulih =)

Tuesday, January 27, 2015

Hanya Allah di hati

on the way gi spital Muar
aku kena tazkirah ngan adik aku
soalannya mudah
boleh buat hanya Allah dalam hati?
kalau boleh InsyaAllah
tak takut dah dengan makhluk lain
sebab takut untuk Allah sahaja

adik suruh tengok youtube habib Ali
lepas solat amalkan baca Hasbi...........
mengucap sambil letak tangan kat dada
betulkan bacaan sebelum qarin datang


InsyaAllah aku amalkan

hati bunga-bunga

tajuk cam best je...hehehehe
serius Jumaat baru ni terserempak dengan dia
jujur itulah first time aku terserempak ngan dia

Aku rasa maybe sebelum ni pernah terselisih
tapi mungkin sebab tak kenal ignore je la kan

yang bestnya dia pun perasan...hahahahaha
tu yang best tu
biarlah aku senyum sorang-sorang ke

memandang sesuatu yang indah ciptaan Tuhan
tak salah kan
bukan gi dating pun
terserempak je...jauh pulak tu

u make my day shine =)


Saturday, January 17, 2015

urut

bila badan dah sakit gilerrr
barulah sibuk-sibuk cari tukang urut
sakit dia....mak aku touch je, aku dah menjerit

makcik tu cakap...dik ni sakit dah lama kan...keras ni
haah makcik dari zaman saya bru nak up dulu

kena gi urut lagi ni..
tapi budget xde....tahan je la sakit
kalau tengok muka cam nak ape ntah
tu tengah tahan sakit la
tak payah tanya macam-macam
silap tanya kena sembur
hahahaha

maaflah emosi orang tengah sakit gilerrrrr

gemuk dan aku

gemuk ni satu perkataan yang semua orang tak suka
aku pun tak suka...tapi sedar je memang dah gemuk pun

Dr Shima tanya ada ambil steroid ke
tak lah...aku tahu yang steroid leh gemukkan orang
masa aku treatment kat HSNZ dulu
kesian budak tu...
dah macam kena pam dah

agaknya...Dr tengok aku dah macam kena pam kot
bila kita spend time kat kerusi je
less movement memang gemuk suka
hhahahahahahahaaaa
kenapa?
sebab pembakaran lemak kurang...
jadi dia duk je dengan selesanya dalam badan

duduk menyebabkan peha besar...
hahahahaha...inilah punca peha besar


rasa bersyukur

tetiba aku terfikirkan mak aku
betapa bersyukurnya aku
sebab masih diberi peluang untuk berbakti
kepada mak aku

aku memang niat nak stay kat rumah
biarlah orang nak cakap
belajar tinggi-tinggi tapi tak guna pun
aku nak jaga mak aku, kau jealous kan?

kadang-kadang aku setuju dengan ayat ni
seorang ibu boleh jaga 10 orang anak
tapi 10 orang anak belum tentu boleh jaga seorang ibu

aku tak nak mak aku rasa camtu
biarlah akak2 n adik2 aku stay 
where ever they want....
aku suka je duk kampung, boleh buat macam2
aku memang budak kampung
my soul, appearance...

kenapa di usia emas mereka masih kena
basuh baju sendiri, masak sendiri?
pening, demam, batuk sendiri?
they are getting older....
supposedly u as their child give them the high class service

u are lucky enough coz ur parents still can do it by themselves
if they ill.......then how?????????




kisah semalam

semalam
aku dapat upah bersihkan rumah orang

cantik....
rumah yang dalamnya cam WOW
aku....lap-lap..
sapu-sapu...
mop-mop...
tiba-tiba pang...

ai yo yo...
satu ikan sudah pecah
aku belum serah diri lagi
esok baru aku serah diri

11pg-7ptg...
lenguh kaki...
ini kerja biasa hujung minggu aku
tapi luar biasa bila buat kat rumah orang

zahira

aku suka cerita ni...
mungkin sebab barisan pelakon

yang pasti aku suka sebab jalan cerita
aku suka kisah realiti

menindas untuk kepentingan diri
tegas, ego, berlagak kerana kurang kasih sayang
penghutang dan pemiutang
persahabatan
berdikari
redha
ikhlas


kalau ada masa, tengok lah
best...=)

Monday, January 12, 2015

istikharah

alhamdulillah...
nanti ada rezeki saya buat lagi

banyak lagi yang perlu dipelajari
boleh belajar lagi

times count

tik tok tik  tok
times is running
gantt chart aku ada sebulan setengah je lagi

kalau orang lain boleh,
aku pun boleh

betul orang kata
kalau kita dipihak yang benar
teguh lah berdiri
kalau kita berpijak di bumi yang nyata
tunduk lah memandang bumi
sesekali dongak lah ke langit

genggam bara api
hingga jadi abu
takkan anak mak bedah berundur

S A B AR
Allah tetap bersamamu

sikit je lagi ayin =)
i know u can do it

ebook 21 cerita murah rezeki

Hari ini hari terakhir untuk dapatkan Ebook 21 Cerita Murah Rezeki. Bermula 12 tengah malam ini, harganya akan kembali ke asal, RM99. G...