Sunday, July 20, 2014

gi terawih sama-sama

semalam...kami pergi terawih
4 beradik...bang ik,aku,ep dan dekmay
ada rasa seronok
untuk orang lain mungkin perkara biasa
tapi tidak untuk aku

 terawih...bulan ramadhan je ada
dan susah nak kumpul adik-beradik
betul tak cukup kolum
tapi cukup la sekadar yang ada

moga kita leh gi terwaih
sama-sama lagi...

Thursday, July 17, 2014

A Y I N

ayin..ayin dan ayin
suke giler nickname ni
so guys, do please call me ayin

camne aku leh dapat  name ayin
name kat uma ina beb..ayu gitu
bila aku masuk SAKTI
it sound weird when boys call me ina...
lagi-lagi time nak minta tolong
meleret-leret...iinnnaaaaaaaaaaa
eeyeek...geli gilerrrrr
so, aku minta classmate iwah namanya
create a nickname for me
ada a few name-arin..erin..ain..rin..

semua aku reject..dan tetiba terkeluar ayin..
wow, sangat suka coz very suitable dengan aku
time tu tak berapa nak guna sangat nickname ni
yang panggil aku ayin, a few je cam p-jan, chikun
aku pun ok je, tak kisah sangat.

bila masuk PKN, matrix and U, memang aku guna nama ayin...
pada aku, ayin bukan sekadar nama
tapi ada semangat, ketabahan, positif, sempoi.

bila kerja, takkan nak guna nickname kan
very unprofessional..lagi-lagi berpangkat penolong pengurus

masa aku insep dulu,
ada lecture poli tanya,
how u get the name, ayin?
unexpected question...
aku jawab masa zaman sekolah dulu

aku prefer orang panggil ayin
kerana ada macam-macam dalam a y i n
sekian, terima kasih

i love my nickname =)

Wednesday, July 16, 2014

sembang2

tadi sembang-sembang dengan kawan
dia kata tengok muka cam relax je
ingatkan okay...
tak sangka pulak
kalau stress effect kat kesihatan

betul...cam dia stress je makan
saya terbalik, kesihatan in bad condition
lagi tak lalu nak makan, dah cirit-birit

dari zaman degree, cam cool je
sebab tu ada yang tak puas hati
tengok saya macam TAK BUAT KERJA
tapi at the end, hasilnya boleh tahan

minta maaf banyak-banyak
saya tak boleh berfikir dalam keadaan tertekan
sebab tu saya kena cool
jangan ingat saya takde kerja pulak


kuih raya

kuih raya?
seronok nya kalau dapat buat kuih raya...
saya rindu waktu itu..bakar kuih..
terlebih bakar, buat makan masa berbuka
yang tak masak-masak..
jenuh nunggu depan oven..
time cerita best,
rasa nak letak tv kat dapur
asal iklan je gi tengok oven

saya nak buat kuih raya
tapi mak dan mak ngah tak bagi
bukan takut oven meletup la..
sebab kerja rumah terlalu banyak
dan saya antara orang kuatnya

boleh bagi saya almond london
yang badam nyer sebiji, coklatnya full cover?
Ya Allah nikmatnya kalau dapat..hehehe

ada lagi la...cornflakes madu
ni pun kalau dapat heaven
mazola pun not bad...i like

apa-apa kuih janji sedap..
kalau gi raya ngan adik-beradik,
eh kau dah rasa kuih ni?
sedap beb...rasa la sedap

HEAVENNNNNNNNNNNN =)

seminggu lagi nak raya...=)

kita ke?

this not pointed to anyone
tapi kalau nak terasa, dipersilakan

asal susah je kita cari dia
waktu senang kita tak ingat pun..
kenapa?
betul memang dia sentiasa ada
walau dia susah,walau dia senang

kenapa kita kena begitu?
kenapa kita tidak sentiasa dengan dia
dalam keadaan kita senang sekalipun

this is unfair
masa dia susah, dia cari kita
dengan harapan kita boleh tolong dia
tapi apa yang kita bagi...
kita bagi marah
kita bagi maki
kita bagi ada aku kisah

tapi dia tak pernah marah
dia terima semua yang kita bagi
marah
maki
ada aku kisah
semua dia terima
sebab dia tahu
semua yang dia ada milik Pencipta
dan ajal boleh datang bila-bila masa sahaja

kita ke?



alhamdulillah

syukur....
framework dms aku diterima
just kena detailkan

macam nak pecah otak 
duduk dalam rumah sorang-sorang
tidur ngan kertas-kertas
kopiko 2 cawan setiap hari
menjerit..menangis
tak mampu nak makan banyak
even lapar gilerrrrrrr
makan sorang-sorang
tidur dalam terang

harapan seorang ibu
permintaan buddies
dan aku juga

dengan sisa-sisa semangat
perjuangan harus diteruskan
sehingga scroll itu sah milik aku

Thursday, July 3, 2014

we are not means together

we are not means together
biarlah satu dunia melihat keakraban kami
tapi hati dan perasaan tidak mampu menipu
macam mana nak tukar bff to lover?
it is not easy right?

aku pun tak mampu
why do people surrounding judge macam-macam?
maybe we looks like soulmate@pasangan serasi
but the reality we are friend

tetiba teringat zaman sek men dulu..
aku dapat birthday card dari kawan sek ren
perempuan okay...
at the end dia tulis I MISS YOU
kawan aku baca dan terus buat muka geli
adoiii...sempit sangat la pemikiran kau
kau ingat pakwe-makwe je leh I MISS U???

back to my story
berkali-kali aku bertegas
kalau aku nak, dah lama aku cakap
tak yah nak wakil bagai semua
aku dah cakap 
aku takde masalah pun kalau dia ngan sape-sape
kau yang ada masalah kan..

kadang-kadang aku tak faham..
kenapa kita kena tipu diri sendiri?
memang mak, dan adik-beradik AKU
tahu most of my life story..
dari zaman aku hingusan lagi...
yang kau nak fikir bukan-bukan tu kenapa?
rugilah dengan darah daging sendiri pun ada GAP

pesanan untuk diri sendiri
spot-check diri sendiri
sebelum spot-check orang lain

SELAMAT BERPUASA =)


Wednesday, July 2, 2014

juadah berbuka

hi..hari ni berbuka makan apa?
banyaknya..tak senak ke makan banyak-banyak?

korang nak tahu tak juadah berbuka aku..
aku akan beli kuih dalam rm1-rm2,
nasi dan lauk yang dibungkus secara berasingan
air kaler-kaler ni kalau teragak je

sempoi kan...
biasanya aku berbuka dengan 1-2 biji kurma
air...air masak/ air kaler
pastu kuih 1-2 keping..
pastu dah...solat

tak makan nasi ke?
tak..aku memang jarang sangat
berbuka dengan makanan berat
time puasa bulan ramadhan..
ntah la beb..aku pun tak tahu nape..
kenyang? alhamdulillah kenyang

semalam aku cuba
berbuka dengan mee hoon goreng
aku tak beli kuih la..nanti membazirkan
aku habiskan mee hoon tu,
pastu solat maghrib...
relaks je okay je..
tetiba time terawih..
ngantuk bangat aku...ni la penangan makan mee hoon tadi

jadi  untuk hari ini...
aku tukar makan separuh maggi goreng n sebiji karipap
so far so good..kena makan banyak sebab
aku kena makan ubat plus
semalam aku tak makan nasi sebab
semut dah tolong makan kan....

ni lah menu berbuka aku...
kalau korang nak belanja
murah je..tak sampai rm10 pun
jimatkan...=)


stress je sakit

aku nak tanya
kalau stress kau buat ape?
makan banyak-banyak?
shopping?
pergi bercuti?
tidur?
menangis?
marah-marah?

aku?
aku suka tidur...
kalau tengok aku tidur cam telan ubat
tu maknanya aku tengah stress
jangan cakap bukan-bukan
nanti aku bertukar menjadi singa

lagi simptom stress aku adalah kesihatan
kalau aku stress selalunya
aku akan cirit-birit
berhari-hari...takde selera makan
terhidrat beb....letih skali
jangan tanya la,nape muka cam tak sememeh
orang tengah sakit

ni ada simptom terbaru....
pitam...adoiiiiii
aku pun tak tahu nak cakap apa..
sampai tak berani nak memandu..

geram sangat..
sebab bile aku stress, kesihatan terjejas
jadi tak boleh stress
pesanan untuk diri sendiri
sila kawal stress untuk kesihatan yang baik

thesis

aku nak cerita pasal stress
ada beza dengan tension tak?

aku pun tak pasti la..
right now, aku tengah zon kritikal
zon menulis thesis..

untuk orang yang tak tahu
apakah isi kandungan thesis
meh sini che nak cite

thesis ini ditulis bersumberkan
kajian-kajian lepas..
tak sama dengan tulis surat cinta
tak sama ngan tulis novel cinta
memang tak sama..
kalau kau rasa tulis surat cinta tu susah
tulis thesis lagi susah beb
surat cinta boleh tulis sesuka hati, idea sendiri
tak perlu baca buku tuk tulis surat cinta

thesis lain beb
kau kena baca jurnal yang bukan 1..tapi dalam 50 keatas
yang berbahsa inggeris
yang kosa kata nya tak pernah jumpa dalam hidup
kau tak boleh copy and paste..tu palagarism namanya

habis nak buat macam mana?macam susah je
tahu pun kau susah...
aku cakap aku tengah writing
kau macam tak faham bahasa melayu
kang aku cakap mat salleh
kau lagi tak faham

penulisan thesis ni kena buat dalam keadaan aman
aku nak lepak library, aku tak tahan sejuk
aku duduk je kat meja tulis ni
dan menulis.....

ebook 21 cerita murah rezeki

Hari ini hari terakhir untuk dapatkan Ebook 21 Cerita Murah Rezeki. Bermula 12 tengah malam ini, harganya akan kembali ke asal, RM99. G...