Thursday, December 26, 2013

bila bertemu pasti berpisah

teman-teman seangkatan dah nak habis belajar..
aku belum lagi..ada rasa sedih tapi inilah realiti kehidupan
setiap pertemuan pasti ada perpisahan
mereka teman waktu aku jatuh, bangun, tergolek, terhantuk.
thank you Allah for giving them to me
setahun setengah perkenalan kami..
dalam usia di penghujung 20-an, persahabatan
itu lebih ikhlas kerana matang turut serta...
semoga semua berjaya dalam kehidupan seterusnya
moga aku dapat graduate dengan mereka...
Amin Ya Rabbal alamin

pantai minyak beku

Alhamdulillah semalam sampai juga aku dan rakan-rakan ke pantai minyak beku
wow, memang jauh dari jalan besar...
pantai yang tepian adalah batu-batu besar
jarang aku jumpa..sebab selalunya ada pasir tepi pantai..
ini batu-batu besar.
kawasan ni kebanyakannya datang untuk memancing
untuk yang nak bercanda pun boleh juga
boleh tulis nama atas batu...heheheheee
ada warung kecil-kecil...okay la..boleh kurangkan tekanan

Wednesday, December 11, 2013

hal hawa

hi semua..hehehe
jangan marah wahai kaum hawa
saya nak kongsi perihal wanita membeli barang terutamanya koleksi peribadi
pernah tak kena macam aku..hal wanita sebab saya sekaum dengan mereka.
masuk kedai A, masuk kedai B, masuk kedai C hingga lah ke kedai Z,
satu pun tak berkenan di hati...yang kita tukang ikut ni "paksa rela lah ikut kan"

dalam hati menyumpah, memang tak kan ikut lah pasni...hahaha
minta maaf banyak-banyak, mungkin sebab saya ni sempoi, 
saya kurang membuang masa memilih
tapi sebenarnya, orang yang masuk kedai A hingga Z and at the end tak beli apa-apa
tu kan ada sikit selfish + demand at wrong place.
nak tahu kenapa, sebab dia tak fikir pun perasaan orang yang ikut dia. penat plus bosan.

cuba cakap kat orang yang ikut tu, boleh tak awak tunggu kat mana-mana,
sebab saya ni cerewet bab membeli, nanti dah jumpa yang berkenan, saya call awak.
kan senang, tak menyakitkan hati..
tukang ikut pun boleh lah melepak di mana-mana.
sepatutnya kena ajak yang sekepala, baru lah tahan nak ikut masuk kedai A to Z.


Saturday, November 30, 2013

diarhea

ni paling lama...2 minggu cirit-birit
korang pernah? aku tak pernah...hari-hari okay
memang rasa cam letih sangat tapi tu la...
dah pergi klinik tapi tak kurang juga.
sudah nya gi spital...
kot la kena tahan wad sebab dah 2 minggu...
hampeh...dia bagi ubat je, mc pun sebab aku minta
sampai habis ubat tu aku makan...
memang sakit la..
nak tahu kenapa....
sebab ubat tu tahan toksik dari kuar...
tak cam seksa lak kan..
dah la aku ni memang natural daily buang toksik
kes lain pulak...nasib baik 2 hari je..
memang lepas ni kalau kena lagi aku tahu nak buat apa..

ada kawan aku cakap minum air kelapa..
dah hilang sakit, berapa biji kelapa aku dapat
mak aku memang dah risau...
lupa lak aku memang ada problem ngan perut
perut aku sensitif...kena jaga makan

aku pernah kena cirit-birit yang lama
masa tu aku matrix...
tapi ada la rest gak..
ini stiap hari...tak lembik lak aku

bila terpaksa berpisah dengan Mr.K

aku dan kopi@nescafe memang tidak dapat dipisahkan....
nak cakap tegar tu tak juga...tapi hari-hari aku minum
kadar normal aku minum 2 cawan sehari...
bila kritikal aku minum sampai 4 cawan sehari
macam ubat penenang waktu-waktu serabut
kawan-kawan ni tak minum nescafe
bagus kan kawan-kawan aku
yang bagusnya diorang tak marah cuma nasihat suruh
kurangkan minum nes...okay
setakat dengar je nasihat diorang
minggu  lepas aku sakit kepala..
sakit kepala sebelah kanan...sakit bangat
aku pun pergilah urut..
tukang urut cakap angin dik..
sekali pantangnya tak boleh minum kopi
oh no man..........
aku cuba buktikan yang tanpa kopi juga aku boleh hidup
memang boleh..tapi kalau dapat minum kopi lagi best ..huuhuu
setakat ni aku berjaya 5 hari tanpa kopi.


Tuesday, November 5, 2013

cubaan bunuh diri

aku nak cerita satu pengalaman hidup. aku yakin semua orang pernah rasa down tahap gaban. jatuh bangun, jatuh lagi..masalh betimpa-timpa.itu norma kehidupan. aku kongsi cerita,yang pernah aku lalui satu waktu di mana, kalau iman tiada aku pun tak pasti di mana aku selepas waktu itu.
masa tu aku tak mampu nak berfikir dengan rasional....betul rasa di awang-awangan..duduk dalam bilik gelap, sorang-sorang..air mata mengalir....otak kosong, perut kosong...alhamdulillah masa tu aku tak uzur.
aku mesej kawan..betul waktu itu sangat mengharap orang datang untuk calm down aku...sebab rasional sudah tiada....sayu, sedih, menyalahkan diri sendiri, tak boleh nak fikir...semua bergabung
kesian kawan...cuak giler dia..mungkin pernah berhadapan dengan situasi genting macam tu.
antara mesej aku dan kawan:

kawan: kawan, pergi mandi, solat, makan.tengah watpe?
aku:duk dalam gelap, ngan air mata mengalir
kawan: kawan, kuat!!kuat!!dah makan lum?
aku: belum
kawan:kalau awak sakit, siapa nak jaga mak awak.
aku pula balas:kalau apa-apa jadi kat saya,tolong bagitau mak saya yang saya sayang sangat-sangat kat dia. kawan: kau jangan takutkan aku boleh tak.pergi mandi dan solat, air boleh sejuk kan hati...

dan aku pun pergi mandi dan solat...
aku: kau ingat aku nak bunuh diri?aku ada agama la.paling-paling pun aku makan ubat batuk setengah botol. (niat di hati nak bergurau dengan dia, sebab aku memang tengah batuk)
kawan: eh, jangan bahaya. paling banyak pun 2 sudu je.tengah watpe ni?
aku: tengah makan...jom makan.
kawan: kalau dekat, memang join sekali.
aku: tolong makan kan...tak mampu nak makan...
kawan: makan sendiri..pasni buat apa yang awak suka buat.
aku: saya suka tidur.
kawan: ok pasni gi tidur. jangan pikir apa2.
aku: sebenarnya......(aku pun cite la perkara sebenar).
kawan: awak gi cari 10 orang yang betul2 faham awak tuk tolong awak buat keputusan.
aku: baru dapat 2 orang...
kawan: dah jangan pikir..gi tido.

keesokan hari nya kawan hantar mesej: kawan, kuat, kuat!tengah hari telefon tanya, tengah watpe...
tak cukup lagi...minta bff tengok kan aku. siap warning bff lagi, jangan marah atau apa2, dengar je kalau saya nak cerita apa2...thank you very much kawan.bff cakap kawan sangat risaukan aku..kalau dekat, memang dia dah datang. malam tu baru aku lepak ngan geng2...aku cerita mesej aku ngan kawan, peristiwa itu... didi marah sebab tak datang rumah diorang masa hari kejadian.

Thank you Allah sebab tak tarik iman aku masa itu and for giving me a soulmate name Rosfarina.betul waktu itu kalau iman tiada mungkin aku dah kena tahan wad. macam tu la agaknya orang-orang yang nak terjun bangunan, telan panadol satu papan, gantung diri kat kipas, tembak diri sendiri...betul aku tak tipu. kalau orang tak datang tolong bagi harapan, memang orang itu akan mati sebab waras dia dah hilang dan dia dah berada di awang-awangan.

untuk orang-orang yang menyebabkan peristiwa itu,terima kasih.dan saya akan lebih berhati-hati supaya saya tak buat apa yang mereka buat..betul, mereka tak buat apa sangat pun, tapi impaknya terlalu besar pada saya. hati-hati lah dalam segala hal, supaya kejadian yang tidak diingini tidak berlaku. Thank you Allah, sebab beri peluang untuk saya rasa satu waktu antara iman dan hati.....

Wednesday, October 23, 2013

critical thinking

Ya Allah..
how to start critical thinking...it is too long time, almost 3 years not use the brain for critical
thinking...please to others, if you are degree level and working with minimal thinking, please find away...so that you're critical thinking are still there.so difficult, sometimes felt stress. like GRAVITY....i know i can do it.believe in yourself, you can do it...yes, you can!

Sunday, September 29, 2013

ada yang menarik

ada yang menarik perhatian saya...
mungkin jodoh saya
meletak harapan itu tidak..
ada yang menarik perhatian saya..
saya tak pasti apa..
kalau dia jodoh saya, saya terima dia seadanya

Friday, September 27, 2013

best friend forever (BFF)

korang ada bff tak? tak kisah la, sama jantina ke, berlainan jantina ke...
bff yang sama jantina ngan aku ada dalam 4-5 orang...bff yang berlainan jantina ada 2 orang..
sesetengah kita ni ada yang terlalu rigid, maka bff yang berlainan jantina selalu disalah ertikan...
perlu ke setiap persahabatan antara lelaki dan perempuan berakhir di jinjang pelamin?
ya mungkin rakan-rakan tengok kami rapat...tapi itu bukan bermaksud kami suka antara satu sama lain.
sebab bff yang satu itu belum bermakwe...kenapa dengan bff lagi satu ok je...tiada gosip-gosip liar.
kelahi ngan makwe, saya tolong pujuk makwe nyer...jadi saya tak nampak apa-apa
masalah di situ...sama juga dengan bff sejantina....lesbian ke saya, bila asyik bersama bff sejantina?
kita selesa untuk berkongsi kisah jatuh bangun kita bersama bff kita...
so tak perlulah fikir yang bukan-bukan kerana bff itu bukan untuk dimiliki tetapi sekadar berkongsi rasa.
jodoh saya rahsia Allah swt..

aku yang kurang sihat

alhamduilillah...Allah bagi aku ruang untuk merehatkan diri..
aku selsema, sakit tekak, panas sikit dan batuk skali...
mungkin terlalu penat dengan aktiviti duniawi...
lastweek pergi kuching...balik sini jumaat malam, sabtu aku balik kampung..
yes kampung aku tak la jauh mana pun 2 jam je...
alhamdulillah lab work aku start balik nextweek...jadi kerahan otak je yang berlaku
memang badan aku penat..penat kerja kat kuching tu tak habis lagi
so minggu ni, badan mengeluarkan signboard, i need a rest
silalah berehat cik ayin...refill back ur energy..
nextweek is more tough and selamat makan ubat



Tuesday, September 24, 2013

takkan terpisah

aku pun tak tahu macam mana boleh tersuka lagu ni...
apa pun lets enjoy this song


Andainya kau tahu
Apa yang ada di dalam hatiku
Tersimpan takkan pernah berubah

Andainya kau tahu
Apa maksudku lafazkan cintaku padamu
Dengan cara yang berbeda
Oh mengapa seharusnya kita masih bersengketa

Korus
Demi cintaku, demi cintamu jangan biarku terseksa
Hembus nafasku, hembus nafasmu adalah udara yang sama
Kerna cintaku kerna cintamu sememangnya satu cinta

Takkan terpisah......
Takkan terpisah.....

Andai ku tak mampu
Leraikan semua kekusutan yang melanda percintaan kita

Mungkin ini semua
Tetap menjadi satu pertanyaan selagi hati belum ada kepastian
Oh mengapa seharusnya kita masih bersengketa,

Korus
Demi cintaku, demi cintamu jangan biarku terseksa,
Hembus nafasku, hembus nafasmu adalah udara yang sama
Kerna cintaku kerna cintamu sememangnya satu cinta..

Takkan terpisah..
Takkan terpisah..

Demi cintaku….
Demi cintamu….

Demi cintaku, demi cintamu jangan biarku terseksa
Hembus nafasku hembus nafasmu adalah udara yang sama
Kerna cintaku kerna cintamu sememangnya satu cinta…

Takkan terpisah
Takkan terpisah

Andainya kau tahu
Apa yang ada di dalam hatiku


Sumber : http://www.liriklagumuzika.com/2013/08/lirik-lagu-takkan-terpisah-black.html#ixzz2fmQEjPUa

aku dan macam-macam

aku dan macam-macam
satu persatu datang....ada yang menuntut rasional, ada yang mengusik hati, ada yang memerlukan tenaga kerja...dan akhirnya aku yang macam nak pengsan.

badan, otak, hati cepatlah bergabung, dan refill dengan segera kerana pasti akan ada banyak lagi macam-macam yang mungkin lebih dahsyat lagi dari macam-macam ini.

Ya Allah, jangan kau lepaskan aku walau sesaat. Terima kasih Ya Allah atas segala nikmatMU.

SEIC 2013

Alhamdulillah selesai sudah satu conference,SEIC 2013.
bertempat di Kuching,Sarawak, maka pertama kali aku menaiki kapal terbang.
teruja????hahaha...tidak. pemergian yang penuh kontroversi, maka keterujaan hilang dalam awan JB-KCG.

pasti mendapat pengalaman yang berharga. Alhamdulillah semua urusan dipermudahkan.
dan In Sha Allah akan sampai lagi bersama orang-orang tersayang. tempat yang sangat menarik, makanan
yang sedap, udara yang bersih.Sangat sesuai untuk mentenangkan hati dan mengosongkan otak.

Terima Kasih Ya Allah kerana memberi aku peluang untuk merasai nikmat itu walau dalam keadaan kontroversi...Ya aku bukan manusia sempurna yang mampu memenuhi setiap kehendak manusia lain.
Tapi beri aku peluang dan ruang untuk memperbaiki semua kesalahan yang aku lalukan dan cuba memenuhi kehendak manusia lain.

Sarawak...we will meet again

Thursday, August 29, 2013

Jom Kahwin

hihihii...bunyi cam gatal je kan. nak buat cam Amirah, nak kahwin?...dahsyat baru umur 21 tahun dah matang huh...saya pun pernah terfikir nak cakap jom kahwin kat seseorang tapi tak tercakap. takut salah orang hahahaha...siapa tahu, siapa jodoh saya, angkat tangan....abu? ahmad? aidil? Hanya Allah yang tahu.

Saya nak cakap, awak jom kahwin. Mak saya dah setuju. Awak fikir masak-masak, buat isthikharah...kalau awak yakin bincang la dengan parents awak. Saya redha dengan keputusan awak. Andai awak memang ditakdirkan untuk saya, walau jauh mana pun, kita tetap akan bersatu, INSYAALLAH. Kalau awak bukan untuk saya, buat lah apa cara sekali pun, kita tak mungkin bersatu.

Saya bukan mencari yang sempurna...tapi sempurnanya dia untuk bawa saya ke syurga Allah swt
Saya tidak punya apa-apa, kerana semua yang ada milik Allah swt..

Moga kita bertemu dan bersatu kerana Allah swt...amin


Sunday, August 18, 2013

kalut raya 2013

best sangat cerita ni..teringat zaman kanak-kanak dulu...
kami 6 beradik...emak suri rumah sepenuh masa.
emak ambil upah jahit baju, orang-orang yang duduk quarters je
baju raya dan kasut raya tetap ada..
macam mana ayah dan emak didik kami,
sediakan keperluan kami...
pasti ayah dan emak adalah idola aku
ayah bekerja sebagai juruteknik.
alhamdulillah, gaji yang kecil tapi cukup untuk kami sekeluarga
makan luar, itu jarang sekali berlaku
selalu juga balik kampung
aku tak pernah dengar atau nampak
ayah mengeluh atau merungut tentang ekonomi keluarga
ayah pesan, dalam hidup jangan berkira
takut nanti bila kita memerlukan
orang berkira dengan kita
in sha Allah aku akan ingat pesan ayah sampai bila-bila
terima kasih ayah, emak sebab ajar aku bersederhana
Ya Allah, tempatkan ayah dan ibuku di dalam syurgaMU..amin

Saturday, August 17, 2013

selamat hari raya

selamat hari raya..
alhamdulillah dapat beraya dengan keluarga
2 kali ziarah kubur ayah
seronok dapat jumpa makcik labu..
setelah sekian lama tak jumpa
pada kawan-kawan,
maaf tak datang ziarah, chit chat...

yakin lah Allah bersama kita

walau dalam apa keadaan, kita kena yakin Allah bersama kita..
tat kala kita jatuh tersungkur, ingat lah Allah ada..
walau rasa putus asa..
meski rasa tak terdaya..
kembalilah kepada Pencipta
kerana Dia Perancang Terbaik kita
redha lah dengan tenang..
moga ada bahagia yang menanti

Wednesday, June 12, 2013

design kulit buku

alhamdulillah syukur pada Allah atas kurniaanNYA. dalam sibuk menjalani kehidupan sebagai pelajar, masih ada yang percaya dengan kebolehan saya dalam design. walaupun hampir setahun meninggalkan alam pekerjaan, dengan photoshop yang ingat-ingat lupa, alhamdulillah Allah bagi saya peluang untuk membantu seperti yang diminta. sumbangan yang terlalu sedikit pada saya, tetapi sangat besar pada firol.

berulang kali ucapan terima kasih diberikan. sama-sama firol. terima kasih juga atas kepercayaan yang diberi. teringat kata-kata seseorang-kalau kerja kita bagus, orang akan cari kita. jadi, ikhlaskan diri, buatlah sesuatu perkerjaan dengan memberikan yang terbaik. kesannya mungkin bukan hari ini, tetapi hari-hari yang mendatang. kepada firol and the team, wish you all the best. kalau memerlukan hasil kerja saya lagi, you know how to contact me.

Let's enjoy on whatever you are doing right now. just smile =)

Sunday, June 9, 2013

RM 330.95

RM 330.95...banyak nyer...mas kahwin ke beb???kalau mas kahwin, hati dah bunga-bunga dah. RM 330.95 tu dah selamat saya bagi kat Perodua semalam-service kereta. awak rasa jumlah tu banyak ke sikit ea? untuk saya yang bergelar student ni wow, duit belanja sebulan kot. Mak saya relaks je semalam bila saya beritahu jumlah tu..mak cakap pakai kereta macam tu lah. thanks to mak yang faham. untuk orang yang tak faham, saya nak tanya kalau awak kena keluarkan duit rm 300 sikit ke banyak? panas hati betul lah.........elaun rm 850....duit kereta rm 500, insurans rm 100, duit minyak sebulan dalam rm 200..duit makan sehari dalam rm 10, sebulan rm 300...topup sebulan rm 50. jumlah besar rm 1150. negatifkan...memang tak cukup. awak rasa rm 850 tu besar sangat ke untuk orang yang bayar kereta sendiri???? cuba beritahu saya, rm 330 semalam tu, saya tarik duit mana????duit minyak, ke duit makan, ke duit kereta??????boleh tolong faham tak?? sentap gila...sensitif lah sikit. Hari ini hari saya, siapa yang tahu mungkin esok hari awak. kita tak selalu berada di atas, kalau esok kita jatuh, siapa yang nak tolong kita ea?? kalau dok cakap pasal duit ni, hati memang panas je. yelah tak kena kat batang hidung sendiri, boleh lah cakap macam-macam, cuba sekali kena, terdiam terus kot. nanti saya nak beritahu mak saya, nak raya nanti baru saya balik. kurang sikit belanja duit minyak, mak pun tak lah risau bila saya cakap nak makan maggie. Esok dah masuk syaaban, boleh lah puasa sebulan, jimat sikit duit makan. Paling banyak pun rm 6 sehari. Doakan saya berjaya puasa sebanyak mungkin di bulan syaaban ini.

SELAMAT MENYAMBUT BULAN SYAABAN =)

Thursday, June 6, 2013

puasa

macam kena hukum..hari-hari kena puasa.nak tahu kenapa, dengan puasa lah mek ni sedar diri.

kalau tak dia lalai..mek, yok balik..nak buke doh ni...yok balik.nok buke ape ari ni????

semalam cam orang makan ubat tidur.dari pas isyak sampai subuh mek tidur.
stress sangat ke???kuat lah mek...Allah tak duga, kalau mek tak mampu.

mek, jom balik.orang rumah dah tunggu doh...

selamat berbuka..n salam israk mikrasy

bila hati dah kering

korang pernah buat atau rasa hati kering tak?tak pernah?yeke tak pernah...entah la..macam-macam orang datang.yang macam ni, yang macam tu...daripada ada hati terus kecik hati.maka, mengambil langkah selamat buat la hati kering. penat la nak emo, marah, nangis dan paling penting buat semak otak je.banyak lagi benda lain nak buat dari nak layan hati.tak jadi keja beb. dah la kerja menimbun..tenaga pun nak kena kerah, otak pun nak kena perah...banyak lagi la benda penting yang kena buat. yang buat benda bukan-bukan terutamanya yang mengganggu ketenteraman awam, sila lah berhenti sebelum orang awam menghuru-harakan kehidupan anda.saya? maaflah saya tak campur, sebab saya ada banyak lagi kerja lain nak buat. lagi satu, huru-harakan orang, bukan saya.

Friday, May 3, 2013

saya minta maaf

kalau saya ada buat salah, saya minta maaf...saya tak minta awak maafkan saya, sebab itu hak awak.
minggu lepas saya minta maaf pada sv saya, dan dia cakap it's not your fault. kadang-kadang kita dihukum tanpa kita tahu apa kesalahan kita. bunyi macam sedih dan tak adil, tapi itulah dunia.

siapa kita untuk menghentikan hukuman yang tiada sebab....dan siapa kita untuk menghukum?
kelmarin, ada seorang adik ambil tapis yang aku masih guna. penat buat kerja tak hilang lagi, dengan kesihatan yang tak berapa bagus...memang panas hati.

adik cakap, akak sori akak. saya tak tahu pun akak masih guna tapis ni. mana isi tapis tu? saya dah buang.ok, awak timbang tak sebelum awak buang? tak...ok, akak tak ada apa nak cakap.nak marah pun benda dah tak ada. tak apa lah awak. and what happen next????adik nangis...aku? reti pula nak pujuk. sorry adik. pujuk jugalah, takde apalah awak. lupa pulak ayat psiko sape yang patut nangis ni, akak ke awak? jahatkan aku....sorry adik.aku pegang tangan dia, cakap kat dia takde apa, ok je.adik cakap, nanti beritahu dia masa nak re-do test tu. dia nak tolong.

balik rumah, cerita dengan kawan-kawan.yang A, kalau aku, aku marah kaw-kaw dulu. ni ngada-ngada, ko tak marah dia pun, nangis macam kena marah.dia takleh fikir ke, susun elok-elok semua tapis tu, ingat dah habis pakai?

apa jadi kat aku, memang nak buat replicate.semalam dah buat round 2.hope result okay.
lastly, i'm not perfect person .

Sunday, March 10, 2013

2013-pakar mikrosurgeri

7 mac yang lalu aku ada appoinment dengan pakar.sembang santai saje.ringkasan: doc sangat happy sebab aku dah build up fat-dah gemuk. dalam gemuk aku, perut aku takde lemak untuk digunapakai.means kawasan perut selamat. doc cakap bagus-bagus.she very happy for my fat. satu lagi berita aku dah boleh buat operation. tapi doc nak aku buat kat hospital tawakal. low risk katanye. the problem is cost.aku bukan lah anak orang kaya, berpakwekan orang kaya pun tak, berpakwekan anak orang kaya lagi lah tak...nanti jadi cerita dejavu di kinabalu pulak nanti. jadi mana aku nak cari duit tuk cost operation aku?
aku cakap kat doc, lepas aku habis study aku nak kerja dulu. doc cakap jangan lah macam tu. pasti ada caranya. In Sha Allah doc. next appoinment will be next year-14/03/2014. see you next year and kalau saya ada, adalah ye...owh no, doc nak sambung study ke? you know where to find me, right? dulu awak cari saya kat terengganu, sekarang awak cari saya kat sini and she smile. kalau doc lari, saya tetap akan cari doc. we have been together as doc-patient for almost 7 years. it is a long time doc. Thank you Allah for giving me Miss Najihah as my specialist. Last from her Good Luck for your Master! Thank you Doc =)

Thursday, February 28, 2013

housemate

ahad ini, in sha Allah semua housemate akan balik. seronok, gembira, rindu...at least tak la mental sorang-sorang.ni mental tak tau nak buat ape.bila ada didi, fare, mek da, seha sekurang-kurangnya meriah la sikit uma tu.ni, aku pandang ko, ko pandang aku.tapi ok ape, dari ko pandang dinding, dinding senyum kat ko...lagi haru kan..hehehehe.kawan2 cepat la balik, kesian kat saya. nak lepak ngan k.jun pun cam limited je. kadang-kadang saje gi lepak kedai dia.kalau dia takde, nisa ada. lupe pulak, tengah aku taip ni, ada mamat ni tetiba menyanyi.aku kat lab mikrobiologi ni...dah siap dah lab work tuk ari ni.nak balik awal takut ada sport check...lawak giler. dah tua pun ada sport check, budget budak sekolah...hahahaha. at least Dr tau aku memang masuk lab. hari selasa hari tu, Dr datang lab kul 5 petang,dahsyat. nasib baik aku ada kat lab. buat2 rileks je, padahal dup dap dup dap.hahahaha. lupe plak nama mamat tu amirul. senior beb. single? aku tak sure la..kalau nak tahu detail dia, leh pm inbox.hahahaahaaaaaa

life must go on

whatever it is, life must go on.jatuh terjelepuk ke, gedebuk ke, tergolek guling-guling ke, terhantuk kat dinding ke, hidup mesti diteruskan. saya ingatkan diri saya.kadang-kadang kita terfikir kenapa aku? kenapa dia cam ni cam tu? kenapa kau ada, aku tak ada...pasti awak pernah alami kan atau sedang alami?selalu saya ingatkan diri saya tentang SYUKUR, UJIAN, IMAN, SABAR, HIKMAH, KIFARAH. kadang-kdang kita terlupa, yang suatu ketika dahulu, kita pernah ada tapi dia, mereka tiada. kita pernah senang, tapi kita abaikan dia, mereka...kalau kita memang bukan macam tu, sabarlah, kerana setiap ujian ada rahsiaNYA. cakap memang senang, kalau kena kat batang hidung sendiri baru tahu. entah ada perkataan lain ke yang sama erti dengan SABAR?YOU are strong enough to face it, that's why Allah give it to you. Bila kita yakin dengan sabar, In sha Allah, ada khabar gembira di akhirnya.

ebook 21 cerita murah rezeki

Hari ini hari terakhir untuk dapatkan Ebook 21 Cerita Murah Rezeki. Bermula 12 tengah malam ini, harganya akan kembali ke asal, RM99. G...