aku nak cerita satu pengalaman hidup. aku yakin semua orang pernah rasa down tahap gaban. jatuh bangun, jatuh lagi..masalh betimpa-timpa.itu norma kehidupan. aku kongsi cerita,yang pernah aku lalui satu waktu di mana, kalau iman tiada aku pun tak pasti di mana aku selepas waktu itu.
masa tu aku tak mampu nak berfikir dengan rasional....betul rasa di awang-awangan..duduk dalam bilik gelap, sorang-sorang..air mata mengalir....otak kosong, perut kosong...alhamdulillah masa tu aku tak uzur.
aku mesej kawan..betul waktu itu sangat mengharap orang datang untuk calm down aku...sebab rasional sudah tiada....sayu, sedih, menyalahkan diri sendiri, tak boleh nak fikir...semua bergabung
kesian kawan...cuak giler dia..mungkin pernah berhadapan dengan situasi genting macam tu.
antara mesej aku dan kawan:
kawan: kawan, pergi mandi, solat, makan.tengah watpe?
aku:duk dalam gelap, ngan air mata mengalir
kawan: kawan, kuat!!kuat!!dah makan lum?
aku: belum
kawan:kalau awak sakit, siapa nak jaga mak awak.
aku pula balas:kalau apa-apa jadi kat saya,tolong bagitau mak saya yang saya sayang sangat-sangat kat dia. kawan: kau jangan takutkan aku boleh tak.pergi mandi dan solat, air boleh sejuk kan hati...
dan aku pun pergi mandi dan solat...
aku: kau ingat aku nak bunuh diri?aku ada agama la.paling-paling pun aku makan ubat batuk setengah botol. (niat di hati nak bergurau dengan dia, sebab aku memang tengah batuk)
kawan: eh, jangan bahaya. paling banyak pun 2 sudu je.tengah watpe ni?
aku: tengah makan...jom makan.
kawan: kalau dekat, memang join sekali.
aku: tolong makan kan...tak mampu nak makan...
kawan: makan sendiri..pasni buat apa yang awak suka buat.
aku: saya suka tidur.
kawan: ok pasni gi tidur. jangan pikir apa2.
aku: sebenarnya......(aku pun cite la perkara sebenar).
kawan: awak gi cari 10 orang yang betul2 faham awak tuk tolong awak buat keputusan.
aku: baru dapat 2 orang...
kawan: dah jangan pikir..gi tido.
keesokan hari nya kawan hantar mesej: kawan, kuat, kuat!tengah hari telefon tanya, tengah watpe...
tak cukup lagi...minta bff tengok kan aku. siap warning bff lagi, jangan marah atau apa2, dengar je kalau saya nak cerita apa2...thank you very much kawan.bff cakap kawan sangat risaukan aku..kalau dekat, memang dia dah datang. malam tu baru aku lepak ngan geng2...aku cerita mesej aku ngan kawan, peristiwa itu... didi marah sebab tak datang rumah diorang masa hari kejadian.
Thank you Allah sebab tak tarik iman aku masa itu and for giving me a soulmate name Rosfarina.betul waktu itu kalau iman tiada mungkin aku dah kena tahan wad. macam tu la agaknya orang-orang yang nak terjun bangunan, telan panadol satu papan, gantung diri kat kipas, tembak diri sendiri...betul aku tak tipu. kalau orang tak datang tolong bagi harapan, memang orang itu akan mati sebab waras dia dah hilang dan dia dah berada di awang-awangan.
untuk orang-orang yang menyebabkan peristiwa itu,terima kasih.dan saya akan lebih berhati-hati supaya saya tak buat apa yang mereka buat..betul, mereka tak buat apa sangat pun, tapi impaknya terlalu besar pada saya. hati-hati lah dalam segala hal, supaya kejadian yang tidak diingini tidak berlaku. Thank you Allah, sebab beri peluang untuk saya rasa satu waktu antara iman dan hati.....
No comments:
Post a Comment