Saturday, November 30, 2013

diarhea

ni paling lama...2 minggu cirit-birit
korang pernah? aku tak pernah...hari-hari okay
memang rasa cam letih sangat tapi tu la...
dah pergi klinik tapi tak kurang juga.
sudah nya gi spital...
kot la kena tahan wad sebab dah 2 minggu...
hampeh...dia bagi ubat je, mc pun sebab aku minta
sampai habis ubat tu aku makan...
memang sakit la..
nak tahu kenapa....
sebab ubat tu tahan toksik dari kuar...
tak cam seksa lak kan..
dah la aku ni memang natural daily buang toksik
kes lain pulak...nasib baik 2 hari je..
memang lepas ni kalau kena lagi aku tahu nak buat apa..

ada kawan aku cakap minum air kelapa..
dah hilang sakit, berapa biji kelapa aku dapat
mak aku memang dah risau...
lupa lak aku memang ada problem ngan perut
perut aku sensitif...kena jaga makan

aku pernah kena cirit-birit yang lama
masa tu aku matrix...
tapi ada la rest gak..
ini stiap hari...tak lembik lak aku

bila terpaksa berpisah dengan Mr.K

aku dan kopi@nescafe memang tidak dapat dipisahkan....
nak cakap tegar tu tak juga...tapi hari-hari aku minum
kadar normal aku minum 2 cawan sehari...
bila kritikal aku minum sampai 4 cawan sehari
macam ubat penenang waktu-waktu serabut
kawan-kawan ni tak minum nescafe
bagus kan kawan-kawan aku
yang bagusnya diorang tak marah cuma nasihat suruh
kurangkan minum nes...okay
setakat dengar je nasihat diorang
minggu  lepas aku sakit kepala..
sakit kepala sebelah kanan...sakit bangat
aku pun pergilah urut..
tukang urut cakap angin dik..
sekali pantangnya tak boleh minum kopi
oh no man..........
aku cuba buktikan yang tanpa kopi juga aku boleh hidup
memang boleh..tapi kalau dapat minum kopi lagi best ..huuhuu
setakat ni aku berjaya 5 hari tanpa kopi.


Tuesday, November 5, 2013

cubaan bunuh diri

aku nak cerita satu pengalaman hidup. aku yakin semua orang pernah rasa down tahap gaban. jatuh bangun, jatuh lagi..masalh betimpa-timpa.itu norma kehidupan. aku kongsi cerita,yang pernah aku lalui satu waktu di mana, kalau iman tiada aku pun tak pasti di mana aku selepas waktu itu.
masa tu aku tak mampu nak berfikir dengan rasional....betul rasa di awang-awangan..duduk dalam bilik gelap, sorang-sorang..air mata mengalir....otak kosong, perut kosong...alhamdulillah masa tu aku tak uzur.
aku mesej kawan..betul waktu itu sangat mengharap orang datang untuk calm down aku...sebab rasional sudah tiada....sayu, sedih, menyalahkan diri sendiri, tak boleh nak fikir...semua bergabung
kesian kawan...cuak giler dia..mungkin pernah berhadapan dengan situasi genting macam tu.
antara mesej aku dan kawan:

kawan: kawan, pergi mandi, solat, makan.tengah watpe?
aku:duk dalam gelap, ngan air mata mengalir
kawan: kawan, kuat!!kuat!!dah makan lum?
aku: belum
kawan:kalau awak sakit, siapa nak jaga mak awak.
aku pula balas:kalau apa-apa jadi kat saya,tolong bagitau mak saya yang saya sayang sangat-sangat kat dia. kawan: kau jangan takutkan aku boleh tak.pergi mandi dan solat, air boleh sejuk kan hati...

dan aku pun pergi mandi dan solat...
aku: kau ingat aku nak bunuh diri?aku ada agama la.paling-paling pun aku makan ubat batuk setengah botol. (niat di hati nak bergurau dengan dia, sebab aku memang tengah batuk)
kawan: eh, jangan bahaya. paling banyak pun 2 sudu je.tengah watpe ni?
aku: tengah makan...jom makan.
kawan: kalau dekat, memang join sekali.
aku: tolong makan kan...tak mampu nak makan...
kawan: makan sendiri..pasni buat apa yang awak suka buat.
aku: saya suka tidur.
kawan: ok pasni gi tidur. jangan pikir apa2.
aku: sebenarnya......(aku pun cite la perkara sebenar).
kawan: awak gi cari 10 orang yang betul2 faham awak tuk tolong awak buat keputusan.
aku: baru dapat 2 orang...
kawan: dah jangan pikir..gi tido.

keesokan hari nya kawan hantar mesej: kawan, kuat, kuat!tengah hari telefon tanya, tengah watpe...
tak cukup lagi...minta bff tengok kan aku. siap warning bff lagi, jangan marah atau apa2, dengar je kalau saya nak cerita apa2...thank you very much kawan.bff cakap kawan sangat risaukan aku..kalau dekat, memang dia dah datang. malam tu baru aku lepak ngan geng2...aku cerita mesej aku ngan kawan, peristiwa itu... didi marah sebab tak datang rumah diorang masa hari kejadian.

Thank you Allah sebab tak tarik iman aku masa itu and for giving me a soulmate name Rosfarina.betul waktu itu kalau iman tiada mungkin aku dah kena tahan wad. macam tu la agaknya orang-orang yang nak terjun bangunan, telan panadol satu papan, gantung diri kat kipas, tembak diri sendiri...betul aku tak tipu. kalau orang tak datang tolong bagi harapan, memang orang itu akan mati sebab waras dia dah hilang dan dia dah berada di awang-awangan.

untuk orang-orang yang menyebabkan peristiwa itu,terima kasih.dan saya akan lebih berhati-hati supaya saya tak buat apa yang mereka buat..betul, mereka tak buat apa sangat pun, tapi impaknya terlalu besar pada saya. hati-hati lah dalam segala hal, supaya kejadian yang tidak diingini tidak berlaku. Thank you Allah, sebab beri peluang untuk saya rasa satu waktu antara iman dan hati.....

ebook 21 cerita murah rezeki

Hari ini hari terakhir untuk dapatkan Ebook 21 Cerita Murah Rezeki. Bermula 12 tengah malam ini, harganya akan kembali ke asal, RM99. G...