Thursday, August 29, 2013

Jom Kahwin

hihihii...bunyi cam gatal je kan. nak buat cam Amirah, nak kahwin?...dahsyat baru umur 21 tahun dah matang huh...saya pun pernah terfikir nak cakap jom kahwin kat seseorang tapi tak tercakap. takut salah orang hahahaha...siapa tahu, siapa jodoh saya, angkat tangan....abu? ahmad? aidil? Hanya Allah yang tahu.

Saya nak cakap, awak jom kahwin. Mak saya dah setuju. Awak fikir masak-masak, buat isthikharah...kalau awak yakin bincang la dengan parents awak. Saya redha dengan keputusan awak. Andai awak memang ditakdirkan untuk saya, walau jauh mana pun, kita tetap akan bersatu, INSYAALLAH. Kalau awak bukan untuk saya, buat lah apa cara sekali pun, kita tak mungkin bersatu.

Saya bukan mencari yang sempurna...tapi sempurnanya dia untuk bawa saya ke syurga Allah swt
Saya tidak punya apa-apa, kerana semua yang ada milik Allah swt..

Moga kita bertemu dan bersatu kerana Allah swt...amin


Sunday, August 18, 2013

kalut raya 2013

best sangat cerita ni..teringat zaman kanak-kanak dulu...
kami 6 beradik...emak suri rumah sepenuh masa.
emak ambil upah jahit baju, orang-orang yang duduk quarters je
baju raya dan kasut raya tetap ada..
macam mana ayah dan emak didik kami,
sediakan keperluan kami...
pasti ayah dan emak adalah idola aku
ayah bekerja sebagai juruteknik.
alhamdulillah, gaji yang kecil tapi cukup untuk kami sekeluarga
makan luar, itu jarang sekali berlaku
selalu juga balik kampung
aku tak pernah dengar atau nampak
ayah mengeluh atau merungut tentang ekonomi keluarga
ayah pesan, dalam hidup jangan berkira
takut nanti bila kita memerlukan
orang berkira dengan kita
in sha Allah aku akan ingat pesan ayah sampai bila-bila
terima kasih ayah, emak sebab ajar aku bersederhana
Ya Allah, tempatkan ayah dan ibuku di dalam syurgaMU..amin

Saturday, August 17, 2013

selamat hari raya

selamat hari raya..
alhamdulillah dapat beraya dengan keluarga
2 kali ziarah kubur ayah
seronok dapat jumpa makcik labu..
setelah sekian lama tak jumpa
pada kawan-kawan,
maaf tak datang ziarah, chit chat...

yakin lah Allah bersama kita

walau dalam apa keadaan, kita kena yakin Allah bersama kita..
tat kala kita jatuh tersungkur, ingat lah Allah ada..
walau rasa putus asa..
meski rasa tak terdaya..
kembalilah kepada Pencipta
kerana Dia Perancang Terbaik kita
redha lah dengan tenang..
moga ada bahagia yang menanti

ebook 21 cerita murah rezeki

Hari ini hari terakhir untuk dapatkan Ebook 21 Cerita Murah Rezeki. Bermula 12 tengah malam ini, harganya akan kembali ke asal, RM99. G...