Thursday, August 28, 2014

maafkan aku

maafkan aku
andai esok aku dijemput Illahi
aku cuba menjadi yang terbaik
untuk bonda, makngah, bang ik
kak long, kak an dan family, ep dan dek may
ayahanda, makndak, jal dan ana

aku
manusia biasa
yang tak lari dari salah silap
andai ada tutur kata yang menusuk
maafkan aku
andai ada perilaku yang kurang enak
maafkan aku
andai ada hutang budi,
maafkan aku
andai ada hutang duit
ambillah duit simpananku

buat kawan-ros,
terima kasih kerana sentiasa ada
dalam aku ketawa,
dalam aku menangis
dalam aku hilang punca
terima kasih kawan

untuk k.ju
terima kasih banyak-banyak
kerana terima saya seadanya
ikatan persaudaraan yang sangat kukuh
bagai darah daging sendiri
menyokong saya, tolong saya
dengar cerita dunia saya
hanya Allah yang mampu membalas

untuk JM0/11@JM1/16
terima kasih kawan-kawan
syukur atas pertemuan itu

untuk bff lelaki saya
terima kasih kerana
sentasa menyokong saya
saya sayang bffs

buat semua sv,
terima kasih atas semua ilmu,
tunjuk ajar yang diberikan
terima kasih kerana terima saya
sebagai anak didik dan sabar
dengan kerenah saya

andai saya dijemput Illahi
sedekahkan Al-Fatihah untuk saya
terima kasih semua


sangat tabah

hari ini ada yang bertanya
macam mana awak  boleh sangat tabah?
jujur, saya tiada jawapan

pelbagai jawapan saya bagi
soalan cepumas kan
jawapan pun hentam kromo je la...hehehe
antaranya...
saya masih single
saya ni hati kering...
kalau sensitif, dah lama mati..=)
betul, kalau sikit-sikit kecik hati,
touching bagai...saya tak pasti
dengan keadaan saya sekarang

tapi saya terlupa nak beritahu satu jawapan pasti
doa saya setiap hari
Ya Allah Ya Tuhanku 
berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal 
dalam mengharungi perjalanan master ini

bff saya cakap, orang tak tahu apa yang
saya harung, dan orang tengok saya okay je

betul..hidup saya huru-hara
tunggang-terbalik
kalau terlebih ke kiri, senget sebelah..
saya kena seimbang kiri dan kanan

sebab tu hati saya kering
macam-macam hal
saya tak mampu nak feel semua







Tuesday, August 26, 2014

WHO CARES?

baru-baru ni aku buat checklist perbelanjaan sebulan
kereta        rm500
insurans      rm100
makan        rm300
minyak       rm240
topup         rm 60
JUMLAH  RM 1,200.00

masa aku kerja dulu,
checklist ni memang ada dalam purse aku
bila dah resign dan register sebagai student, aku tak buat
nak tahu kenapa...
sebab memang -ve beb
RM 850.00...short rm350.00
banyak beb

ce gitau budget ape yang aku patut potong????
kereta fix, insuran fix...
aku ada option kurangkan makan, topup dan minyak

makan...aku kira langsam
sehari rm10.00..30 hari so rm300
aku nak tanya, sekali ko makan tengahari berapa rm?
aku punya kos makan tengahari rm3.50-rm4.50
air suam...ko? air kaler-kaler kan, paling cikai teh O

makan malam aku pun biasa rm5...
jarang kurang dan jarang terlebih
sama la, air suam juga
cukup kan rm10 sehari
kadang-kadang aku puasa
cam ada extra sikit kan...

minyak..
kalau seminggu u-asrama rm30
balik kg rm30...
kalau tiap-tiap minggu aku balik
maka, seminggu kosnya rm60..
sebulan jadi la rm240...
kalau sebulan balik 2 kali,
jadi aku save rm120

topup...
yang ni aku tak reti budget
kadang-kadang rm5, seminggu pun tak habis
time hati bermusim, rm10 sehari je dah habis
so aku letak je rm60

aku tak masukkan pun sarapan..
kopiko, biskut....dan lain-lain

aku tak faham
macam mana ko boleh assume aku berduit
ikut hati, nak je aku lempang ko laju-laju
sebab ko tak berpijak kat tanah
awal-awal lagi aku dah bagitau elaun aku RM850

ko pernah tanya aku makan tak hari ni?
aku ada duit tak?
aku punyalah survive nak hidup
partime kat kedai dobi,
jual barang-barang dobi
jual topup, dropship qaseh

WHO CARES????????????

elaun rm850 dah habis tempoh..
dapat elaun lain RM684.25 sebulan
lagi kurang...
ni lagi kentang aku nak handle...
ko boleh nak cakap macam-macam lagi????

kereta dah 50,927 km
sepatutnya 6/8/14 atau 50,000 km dah kena servis
dalam purse ada lebih kurang rm30
minggu ni nak balik kg...
aku ada esok dan lusa-duit makan
sebelum balik kg kena isi minyak dulu
gile kentang!

WHO CARES???????????

Kalau tak mampu nak tolong,
jangan menyusahkan boleh tak???
kalau ko rasa terhimpit, tersepit
ada yang lebih terhimpit dan tersepit dari ko

pesanan penaja,
cakap siang pandang-pandang
fikir dulu sebelum cakap
mungkin langit cerah hari ni, esok belum pasti










Wednesday, August 20, 2014

hospital selayang

selamat tinggal hospital selayang
bila tiba-tiba cerita operation keluar

i'm not sure what was inside mum's mind
tak payah la gi spital lagi...
datang jauh-jauh, pastu asyik kena kutuk
Mr Kein tu bahagia je,ada keluarga,ada anak.

i have think about it before this
the impacts and the effects
is the operation will be succeeded?
how many days will be warded?
how about the cost?
who want to look after me during the time?
who will be my side during the difficult and though time?
how bout my family?
who will take over my responsibility?
how to get money, to survive, to pay the car?

betul...impaknya terlalu besar
saya bukan anak orang kaya
yang boleh duduk saje duit masuk
or just request, then get money...NO!

plastik surgeri itu sekadar kosmetik
tujuan asal ke hospital juga sudah tercapai
a very thankful to Miss Najihah,
for about 8 years you be my specialist
InsyaAllah miss,ada rezeki kita jumpa lagi
not forget Mdm Rica Farah...even twice we met
very nice specialist...=)

phD

lepas ni akak sambung phD?
aku hanya mampu tersenyum..
master pun tak habis lagi..

betul, niat nak sambung memang ada
supervisor suruh aku sambung
tak kisah la oversea ke, malaysia ke

bila cerita dekat mak
hasil perbincangan dengan supervisor
you fragile, outside is not suitable for you
i think lecturer fit  with you
you buat phD, every month get 2.5k,
then after 3 years you get phD
it is not difficult coz u have been trained
for 2 years to find literature review
right now gomen pun kerja kontrak
master ni tengah-tengah
nak jadi lecturer pun dapat lecturer kontrak
mak suruh istikharah

aku juga keliru
2 tahun mengharungi...
financial, healthy, supervisors,
friends, environment, family
aku tak pasti..
mampu ke nak harung lagi sekali
untuk tempoh yang lebih lama

aku belum mula istikharah lagi

Sunday, August 17, 2014

drive,drive n drive

jujur aku penat..
khamis ada jamuan hari raya..
gotong-royong ngan kawan-kawan 2 hari
pastu drive 2 jam..
maghrib sampai segamat..
esoknya pergi klang
drive 4 jam...
sabtu, drive balik 4jam lagi
dah sampai, maghrib dulu, shopping barang dapur
pulak...makan malam tak lagi
ahad (hari ni) drive balik batu pahat, 2 jam
ada seminar, kena jumpa sv

jujur aku penat...
immediately...unexpected
speechless....
kalau korang terkejut,
aku yang drive ni pun terkejut
nasib baik klang, kalau kota bahru
mau demam aku...

aku nak cakap,
kalau korang still ada parents,
boleh tolong tak, tanya khabar mereka
tak payah nak excuses sangat la...
takut menyesal di kemudian hari


lelaki

kenapa tajuk nye lelaki..
salah..aku bukan nak cerita lelaki dalam hidup aku
tapi aku nak cerita tentang diri aku

aku dah penat buat kerja lelaki
bukan salah mak, bukan salah ayah
betul, aku yang cat rumah
betul, aku yang tukar stater lampu
betul, aku yang tukar kepala paip
betul, aku yang kopek kelapa
betul, aku yang simen dinding

tapi aku tak pernah lupa kerja perempuan
ya, aku yang pergi beli barang dapur
ya, aku yang kemas rumah
ya, aku yang memasak

sandal glitter tu memang aku punya!
sport shoes power tu pun aku punya!



Tuesday, August 12, 2014

armel

armel aisya...
hanya watak dalam tv
tapi tak mustahil wujud dalam realiti

geram pulak aku tengok...
suami baik gila..
dia hampeh gila
betul, kalau ibu sendiri tak mampu
nak hormat...apatah lagi orang lain

hope aku tak jumpa
orang camni dalam hidup
bahaya betul..
physco....ksian
tak cukup kasih sayang
pak mertua dia cakap

bila cerita ni nak habis...
aku dah tak sabar nak
tahu ending dia...

Tuesday, August 5, 2014

RAYA

selamat hari raya aidilfitri
minta maaf salah silap

saya tahu hari ini 9 syawal
masih dalam bulan syawal okay...

syukur masih diberi peluang
berhari raya bersama bonda
dan keluarga tersayang

syukur dapat makan ketupat,
rendang, gulai ayam pencen
dapat makan homemade almond london,
cornflakes madu,kek kukus...

alhamdulillah diberi peluang
menziarahi sanak-saudara,
mengeratkan silaturrahim

yang paling syok...cuti raya paling lama
seminggu beb...=)

ebook 21 cerita murah rezeki

Hari ini hari terakhir untuk dapatkan Ebook 21 Cerita Murah Rezeki. Bermula 12 tengah malam ini, harganya akan kembali ke asal, RM99. G...