maafkan aku
andai esok aku dijemput Illahi
aku cuba menjadi yang terbaik
untuk bonda, makngah, bang ik
kak long, kak an dan family, ep dan dek may
ayahanda, makndak, jal dan ana
aku
manusia biasa
yang tak lari dari salah silap
andai ada tutur kata yang menusuk
maafkan aku
andai ada perilaku yang kurang enak
maafkan aku
andai ada hutang budi,
maafkan aku
andai ada hutang duit
ambillah duit simpananku
buat kawan-ros,
terima kasih kerana sentiasa ada
dalam aku ketawa,
dalam aku menangis
dalam aku hilang punca
terima kasih kawan
untuk k.ju
terima kasih banyak-banyak
kerana terima saya seadanya
ikatan persaudaraan yang sangat kukuh
bagai darah daging sendiri
menyokong saya, tolong saya
dengar cerita dunia saya
hanya Allah yang mampu membalas
untuk JM0/11@JM1/16
terima kasih kawan-kawan
syukur atas pertemuan itu
untuk bff lelaki saya
terima kasih kerana
sentasa menyokong saya
saya sayang bffs
buat semua sv,
terima kasih atas semua ilmu,
tunjuk ajar yang diberikan
terima kasih kerana terima saya
sebagai anak didik dan sabar
dengan kerenah saya
andai saya dijemput Illahi
sedekahkan Al-Fatihah untuk saya
terima kasih semua
No comments:
Post a Comment