Thursday, December 26, 2013

bila bertemu pasti berpisah

teman-teman seangkatan dah nak habis belajar..
aku belum lagi..ada rasa sedih tapi inilah realiti kehidupan
setiap pertemuan pasti ada perpisahan
mereka teman waktu aku jatuh, bangun, tergolek, terhantuk.
thank you Allah for giving them to me
setahun setengah perkenalan kami..
dalam usia di penghujung 20-an, persahabatan
itu lebih ikhlas kerana matang turut serta...
semoga semua berjaya dalam kehidupan seterusnya
moga aku dapat graduate dengan mereka...
Amin Ya Rabbal alamin

pantai minyak beku

Alhamdulillah semalam sampai juga aku dan rakan-rakan ke pantai minyak beku
wow, memang jauh dari jalan besar...
pantai yang tepian adalah batu-batu besar
jarang aku jumpa..sebab selalunya ada pasir tepi pantai..
ini batu-batu besar.
kawasan ni kebanyakannya datang untuk memancing
untuk yang nak bercanda pun boleh juga
boleh tulis nama atas batu...heheheheee
ada warung kecil-kecil...okay la..boleh kurangkan tekanan

Wednesday, December 11, 2013

hal hawa

hi semua..hehehe
jangan marah wahai kaum hawa
saya nak kongsi perihal wanita membeli barang terutamanya koleksi peribadi
pernah tak kena macam aku..hal wanita sebab saya sekaum dengan mereka.
masuk kedai A, masuk kedai B, masuk kedai C hingga lah ke kedai Z,
satu pun tak berkenan di hati...yang kita tukang ikut ni "paksa rela lah ikut kan"

dalam hati menyumpah, memang tak kan ikut lah pasni...hahaha
minta maaf banyak-banyak, mungkin sebab saya ni sempoi, 
saya kurang membuang masa memilih
tapi sebenarnya, orang yang masuk kedai A hingga Z and at the end tak beli apa-apa
tu kan ada sikit selfish + demand at wrong place.
nak tahu kenapa, sebab dia tak fikir pun perasaan orang yang ikut dia. penat plus bosan.

cuba cakap kat orang yang ikut tu, boleh tak awak tunggu kat mana-mana,
sebab saya ni cerewet bab membeli, nanti dah jumpa yang berkenan, saya call awak.
kan senang, tak menyakitkan hati..
tukang ikut pun boleh lah melepak di mana-mana.
sepatutnya kena ajak yang sekepala, baru lah tahan nak ikut masuk kedai A to Z.


ebook 21 cerita murah rezeki

Hari ini hari terakhir untuk dapatkan Ebook 21 Cerita Murah Rezeki. Bermula 12 tengah malam ini, harganya akan kembali ke asal, RM99. G...