Thursday, April 18, 2019

Uji dan ujian

Lelaki yang badannya sado, Allah uji dengan rasa bangga mahu menunjukkan tubuh badan sehingga menampakkan aurat.
Perempuan yang rambutnya cantik, Allah uji dengan rasa mahu free hair.
Lelaki yang wajahnya hensem, Allah uji dengan dikelilingi perempuan² yang mahu menggodanya.
Perempuan yang mukanya cantik, Allah uji dengan rasa mahu sentiasa kelihatan cantik.
Perempuan yang badannya langsing, Allah uji dengan rasa mahu pakai baju ikut bentuk badan.
Yang ada ilmu, Allah uji dengan rasa mahu acah tahu semua perkara sehingga abaikan pandangan lain.
Yang kuat agama, Allah uji dengan rasa dirinya saja yang betul sampai boleh menghukum orang sesuka hati.
Yang kaya dan banyak harta, Allah uji dengan sifat tamak, kedekut dan tak mahu bersedekah kerana takut hartanya berkurangan sedangkan harta dan kekayaannya itu cuma pinjaman.
Yang susah, Allah uji dengan pelbagai persoalan menafikan kewujudan Allah.
Yang senang, Allah uji dengan rasa ujub, kerana dia rasa dia bijak dapat mengaturkan segalanya.
Yang sakit, Allah uji dengan rasa putus asa dengan hidup sendiri.
Yang banyak masalah, Allah uji dengan rasa banyak mengeluh, sedih dan kecewa berterusan.
Yang sedang berhijrah, Allah uji dengan pelbagai godaan ke arah gaya hidupnya yang dulu.
Yang sudah lama berhijrah, Allah uji dengan rasa kosong dalam hati.
Yang belum berhijrah, Allah uji dengan sifat suka bertangguh dan merasakan mati itu lambat lagi.

Tiada siapa pun akan terlepas dari ujian Allah. Semuanya datang dalam pelbagai bentuk dan waktu yang berbeza-beza. Yang membezakan kita antara satu sama lain di sisi Allah ialah sejauh mana ikhlasnya kita dan kesungguhan kita menjalani hidup berlandaskan syariat.

Ingatlah,
Setiap pilihan yang kita pilih adalah ujian
Setiap tindakan yang kita buat adalah ujian
Setiap perkara yang terfikir juga adalah ujian
Setiap pencapaian yang Allah beri juga satu ujian
Setiap pujian juga adalah ujian
Setiap kejian juga adalah ujian.

Kesimpulannya, setiap apa yang Allah benarkan untuk berlaku adalah ujian untuk manusia. Untuk melihat tahap keimanan seseorang sama ada ujian itu mendekatkan atau menjauhkan kita dari Allah. Letaknya pada diri kita sendiri. Tepuk dada tanya iman.

****Saya dapati tulisan yang sangat baik ini dari facebook tanpa dikreditkan nama penulis asal. Jika penulis asal melihat pos ini, mohon komen untuk tujuan pengkreditan nama anda.
Pengkreditan penulisan bukan kerana bermegah, tetapi ianya adalah kerana tanggungjawab komuniti mewujudkan budaya ilmu yang matang, sekaligus menghormati hasil kerja orang lain.

No comments:

Post a Comment

ebook 21 cerita murah rezeki

Hari ini hari terakhir untuk dapatkan Ebook 21 Cerita Murah Rezeki. Bermula 12 tengah malam ini, harganya akan kembali ke asal, RM99. G...