Tuesday, February 11, 2014

t-shirt hijau

aku baru beli t-shirt blue tom...
apa la sangat blue tom je kot, kecah lebih la

t-shirt long sleeve warna hijau putih..
cantik beb..harga?
murah je rm19.00, the store
dah lama tak beli t-shirt untuk diri sendiri

nasib baik ada yang murah..
eh ada lagi murah rm15...tapi old school sangat

untuk aku yang bertahun baru beli t-shirt
memang sadis la kan..
baru basuh hari ni...
balik kg kot baru pakai..
hohoo balik kg...
hhohoo balik kg
hohooo balik kg,
hati riangggggg =)

okay adios

jangan tahu bawa je

aku nak minta maaf la...memang terbakar bila
orang cakap ayat camni kat aku...
jangan tahu bawa je...pedas bangat sih.

kalau nama nyer ladies yang owner or driver
memang awal-awal lagi dah cop
jangan tahu bawa je...
silap la brader...aku cek keretaku..
aku pam tayar, cek air bateri, air wiper, coolant
jangan main taram je boleh tak...

mungkin driver-driver perempuan yang awak kenal
tak ambil kisah sangat tentang kereta yang mereka bawa,
tapi saya sangat kisah..
sebab saya bawa orang-orang yang saya sayang.
dan mungkin sebab awak lelaki, awak lagi teliti dari saya.
terima kasih sebab tegur walaupun pedas.

saya tak nak disebabkan sikap sambil lewa kat kereta saya,
orang-orang yang saya sayang menjadi mangsa.

to all car owner or driver,
please check your car before your journey
and drive carefully =)



Kecemasan & Trauma

siapa pernah berurusan kat bahagian ni?
aku pernah berurusan sekali, sebab aku diarhea dan 3 kali hantar orang sakit
dah 2kali hujung minggu aku hantar abang aku kat bahagian ni...
kali pertama cuti raya cina aritu...aku gi ngan adik bongsu
pukul 12 check in, pukul 5.45 check out...gilerr kentang kannnnn

aku tak tahu la nak cakap apakan...tapi inilah realiti...
pukul 4 baru dapat jumpa doktor...
pastu doktor tu pun cam nak marah gak la
sebab dah seminggu baru nak jumpa doktor

aku pun nak hangin juga la....
ko ingat ko sorang je penat, kiteorang yang
tunggu BERJAM kat luar tu, bersantai dengan gembira la...

bukan nak burukkan sesiapa...tapi dengan keadaan panas,
lalat, lapar sebab tak tahu turn pukul berapa, tunggu berjam
aku rasa orang surau pun leh hangin...
kerusi menunggu pun leh jadi tilam empuk

weekend baru ni lagi sekali...
aku ni manusia biasa je beb
pukul 1 check in, 3.30 jumpa doktor,
pukul 5.30 aku dah sampai rumah..
tak lah selama sebelum tu kan..
tapi aku tetap hangin sebab aku tak makan tengahari
panas, lalat, tandas tak berapa nak okay
kena marah ngan pembantu plaster

so, kesimpulannya jagalah kesihatan
kalau setakat kes ringan cam batuk selsema
ke yang masih mampu berurusan di klinik swasta
pergi laklinik bayar tu, sebab emosi menunggu berjam
lagi dahsyat dari duit yang kena keluar kat klinik swasta

ebook 21 cerita murah rezeki

Hari ini hari terakhir untuk dapatkan Ebook 21 Cerita Murah Rezeki. Bermula 12 tengah malam ini, harganya akan kembali ke asal, RM99. G...