siapa pernah berurusan kat bahagian ni?
aku pernah berurusan sekali, sebab aku diarhea dan 3 kali hantar orang sakit
dah 2kali hujung minggu aku hantar abang aku kat bahagian ni...
kali pertama cuti raya cina aritu...aku gi ngan adik bongsu
pukul 12 check in, pukul 5.45 check out...gilerr kentang kannnnn
aku tak tahu la nak cakap apakan...tapi inilah realiti...
pukul 4 baru dapat jumpa doktor...
pastu doktor tu pun cam nak marah gak la
sebab dah seminggu baru nak jumpa doktor
aku pun nak hangin juga la....
ko ingat ko sorang je penat, kiteorang yang
tunggu BERJAM kat luar tu, bersantai dengan gembira la...
bukan nak burukkan sesiapa...tapi dengan keadaan panas,
lalat, lapar sebab tak tahu turn pukul berapa, tunggu berjam
aku rasa orang surau pun leh hangin...
kerusi menunggu pun leh jadi tilam empuk
weekend baru ni lagi sekali...
aku ni manusia biasa je beb
pukul 1 check in, 3.30 jumpa doktor,
pukul 5.30 aku dah sampai rumah..
tak lah selama sebelum tu kan..
tapi aku tetap hangin sebab aku tak makan tengahari
panas, lalat, tandas tak berapa nak okay
kena marah ngan pembantu plaster
so, kesimpulannya jagalah kesihatan
kalau setakat kes ringan cam batuk selsema
ke yang masih mampu berurusan di klinik swasta
pergi laklinik bayar tu, sebab emosi menunggu berjam
lagi dahsyat dari duit yang kena keluar kat klinik swasta
No comments:
Post a Comment