Wednesday, September 17, 2014

kereta kita

best..full mark!
aku suka cerita macam ni
pengorbanan seorang ayah
sanggup jual kereta untuk
anak yang nak sambung belajar
anak yang bertanggungjawab
dapatkan balik kereta ayah dia

bagus...suka sangat
saga yang lejen

kat rumah ada sebiji
mak aku sayang gila kereta tu
aku pun sayang
sebaya aku kereta tu
ayah aku beli januari 1986
aku lahir jun 1986
memang NX 9866 best
tahan lama, puas dah jalan
mak aku bawa dari segamat ke b.penawar
elok je beb

tapi sekarang
memang dah rosak
body pun dah karat
bocor sana-sini

bila tengok cerita semalam
rasa cam nak repair
tapi cam tak berbaloi pulak

ntah la beb..
tunggu dan lihat je lah

Sunday, September 14, 2014

12sep2014

aku gi klinik homeopathy
rm60...
aku dapat CP6x, CF 6x and Gels 30
kita kena ikhtiar
walaupun rasa cam tak buat apa-apa pun takpe

tak boleh camtu
badan kita ada hak tuk dapat yang terbaik
kalau sakit wajib cari ubat

doc pesan turunkan berat badan
sekian,terima kasih...
sila lah buat apa yang patut
lagi satu, ambik gambar tuk
wat comparison

pengapit

seumur hidup aku...ini yang pertama
first time jadi pengapit...
anak dagang memang camni lah...
kawan satu malaysia..
kalau duk kampung, satu kampung kita kenal
kawan-kawan sebaya pun ramai kan
tapi aku nama je duk kampung,
berapa orang je yang aku kenal

alhamdulillah majlis berjalan dengan sempurna
aku sebagai pengapit
sangat lega...huhuhhuhuu
cam tak cukup tanah aku
ada satu lagi jemputan
nasib baik dekat ngan rumah...

dah lama tak jadi penonton
majlis akad nikah..
semalam, aku pun cuak
pengantin perempuan diam
pengantin lelaki relaks je,
sekali lafaz je, SAH

alhamdulillah moga bahagia ke syurga =)

dalam 1001 rasa tetiba ada sesuatu
yang menarik perhatian aku..
kalau dulu, dalam baris, memang kita perlukan
benda ni, tuk kurangkan rasa penat
aku dah lama dah tak buat...
betul..tak ada niat lain
sekadar menikmat keindahan ciptaan Tuhan


Friday, September 5, 2014

ikan

aku tak balik last two week
adik bongsu aku ada,cuti sem
then lastweek aku balik

mak cakap susah bila aku tak balik
nak beli barang tak ada kenaikan
adik ada motor je...
takkan nak beli beras 2 guni naik motor kan
barang-barang lain lagi

masuk bab beli lauk
adik tak pandai nak beli ikan
aku: mak, adik tu LELAKI
mak: bukan masalah lelaki, ikan dah ada depan mata
kan dah biasa ikut mak gi pasar tani
aku dalam hati...owh okay...ni anak lelaki, kalau menantu
perempuan camne erk????
adik-adik, sila pastikan ur love lulus bab ni...=)

sahabat

sahabat
terima kasih kerana jadi sahabat saya
lately saya mimpi awak
saya tak tahu apa maksud mimpi tu
mungkin awak sedang gembira
mungkin awak ada masalah

sahabat
jaga diri baik-baik
jadilah seorang pemimpin
jadilah yang terbaik


mungkin

teman
satu waktu dulu saya sangat teruja
hari demi hari saya menunggu
mungkinkah ada harapan untuk saya

teman
hari ini, saya tidak menunggu lagi
percaturan yang sangat diluar jangkauan
terlalu banyak yang harus dipertimbangkan
antara saya dan teman
mungkin perjalanan kita berbeza
tapi saya pasti matlamat kita hampir sama

teman,
andai satu hari nanti terbaca entri ini
saya nak ucap terima kasih
kerana teman datang tanpa bertemu


ebook 21 cerita murah rezeki

Hari ini hari terakhir untuk dapatkan Ebook 21 Cerita Murah Rezeki. Bermula 12 tengah malam ini, harganya akan kembali ke asal, RM99. G...