Wednesday, January 6, 2016

zon selesa

Aku tak faham
camne ko boleh kuarkan
ayat penyata yang aku
berada dalam zon selesa.

Aku cuba cerna sehabis mungkin
tapi aku tetap juga tak nampak
zon selesa celah mana?

Weekdays aku kat kampus
weekend aku kat kg
camtu la life aku.

Zon selesa ape ea?
berduit?
tak...aku masih zon terpaksa pinjam member
banyak masa?
waktu tidur malam je aku berehat
aku pergi hang out ngan member?
Keluar makan ngan member pun jarang,
hang out apatah lagi.
pergi holiday?
baru berangan...belum jadi kenyataan lagi

Aku dah cuba mencari zon selesa yang ko cakap tu,
tapi masih tak jumpa.
sama juga kalau balik kg
aku bukan macam ko,
boleh goyang kaki,
tak yah masuk dapur.
ko kan ada adik yang rajin
yang sanggup sediakan makanan
tuk ko sekeluarga.

Ko nak tahu tak,
setiap ari khamis aku macam berkejaran
sebab opis hour sampai 3.30 je.
pastu nak blk kg lg.
2 jam lg nak drive alone.
kalau aku balik jumaat pagi.
aku ada lebih kurang 3 jam untuk merehatkan diri
sebelum memulakan tugas...
keluar pergi pasaraya beli barang.
nak kemas rumah lagi...
hari sabtu, 8.30 pagi pergi pasar tani,
beli barang basah.
balik masak tuk lunch
petang pas asar gerak balik.
aku tak tahu zon selesa ape yang ko cakap..
sebab aku cam takde life...
camtu la rutin aku setiap minggu.
sampai housemate aku tanya....
kenapa kena balik kg setiap minggu?
kan jauh..tak penat ke?

ko sampai kg buat ape?
makan pastu bersantai kan...


Tu lah...jangan la nampak orang lain
buruk sangat...sedangkan sebenarnya kita yang buruk.
cakap tu tengok la kiri kanan
jangan main tembak je
sebab dalam badan aku ada segumpal darah yang
bernama hati

No comments:

Post a Comment

ebook 21 cerita murah rezeki

Hari ini hari terakhir untuk dapatkan Ebook 21 Cerita Murah Rezeki. Bermula 12 tengah malam ini, harganya akan kembali ke asal, RM99. G...