Isnin lalu, aku ke hospital...
rawatan susulan.
20 minit tuk dapatkan parking.
Ramainya orang sampai nak berdiri
pun tak muat.
masa buat ujian penglihatan
seakan ada air mata mengalir di hati.
aku tak nampak langsung...Allah
sebelah mata kabur
betul aku memandu menggunakan penglihatan sebelah kiri
maka...mata aku akan letih, kering dan pedih
Ujian kedua adalah ujian fokus
aku tak nampak titik oren yang kat tengah bulatan...Allah
sekali lagi bagai ada suara kecil menjerit
aku tak nampak titik oren tu
Jam 2, nombor aku dipanggil
masa tuk berjumpa doktor
doktor cakap, letih menunggu?
result awak tak berapa cantik
mata awak tak fokus.
jawapan aku cuaca panas,
mata jadi lebih kering.
Dan aku memandu pulang dengan ubat
masih berbaki dalam mata.
penglihatan tidak berapa jelas, jadi
aku memandu dalam had laju 80km/j.
No comments:
Post a Comment