Sunday, March 31, 2019

nasi lemak

nasi lemak memang sangat dekat di hati aku
tak kisah lah orang nak cakap kolestrol tinggi ke
yang penting nasi lemak yang aku masak sedap
bunyi cam berlagak....macam...
aku makan siap bertambah beb
serius kau kena rasa sekali...hiihiihiii

hari ni aku buat nasi lemak
selepas almost 3 minggu
sebelum ni aku buat, 6mac
mak aku nak makan banyak masa tu
tapi dia cakap dia penat
siap beritahu adik-beradik aku
by phone call, yang nasi lemak aku sedap
6mac tu aku buat nasi goreng and nasi lemak
yes of course mak aku makan kedua-duanya

so right now nasi lemak yang aku masak
ada kenangan terindah dengan mak aku
hari ni anip said thank you kat aku
sebab buat nasi lemak sedap...hihihi
lunch pun dia repeat makan nasi lemak aku



Saturday, March 30, 2019

Tuesday, March 26, 2019

pinjaman

ayah aku pergi masa aku kecil, 11 tahun
yang baru nak faham hidup
yang tak tahu pun what will happen next
yang aku tahu, aku kena score UPSR
sebab ayah nak aku masuk Kolej Tunku Kurshiah (TKC)

i did it, got 5A tapi bukan TKC, tapi SAKTI
Sekolah Menengah Sains Kota Tinggi
dapat kelas khas (untuk pelajar susah)
dalam 12 orang
masa ni aku terbuka mata
susah tu, adalah anak yatim
ayah lari dari tanggungjawab
mak ayah bercerai
okay that's it

aku ada mak, adik-beradik, pak ndak, mak ndak, mak ngah & pak uteh
pak uteh meninggal tahun 2004
aku tengah tunggu result SPM
aku yang call sana-sini, maklumkan pak uteh dah tak ada
aku sedaya upaya tidak menangis depan mak.
aku kena kuat untuk tenangkan mak

dan hari ini,
aku ada adik-beradik, pak ndak, mak ndak dan mak ngah
dan aku janji ketika saat-saat akhir mak,
aku janji untuk jaga abang & mak ngah sebaik mungkin
dan dalam perjalanan balik dari hospital selepas mak pergi
mak ngah cakap, mak ngah tumpang duk ngan acik ea sampai mak ngah mati
Allahuakhbar... bagai terhenti degupan jantung
Allah tolong panjangkan usia mak ngah, kerana aku belum bersedia
and this year she is 77 years old

20:37_10032019

8.37 malam
10 Mac 2019
Hospital Segamat

I never know that it was the time, place and date that my mother will go forever.
Yes, Allah pinjamkan mak pada saya untuk 33 tahun
my father pass away when i was 11 years old on 12 March 1997
untuk 22 tahun, hebatnya seorang ibu membesarkan 6 orang anaknya

i thought that my mother will go same date with my father
but i was wrong... she go 2 days early.
10mac around 7.++ am i do felt that i just have few hours with my mother
yes, it is true

around 8.30pm
bila doktor sah kan mak telah pergi,
dekmay peluk saya dan cakap
takpe weh, sekurang-kurangnya mak dah makan nasi lemak kau
mak cakap nasi lemak kau sedap...kau kuat
me: sebenarnya kau cakap untuk diri sendiri kan?
dekmay angguk.. terus ulang kau kuat
saya redha atas pemergian mak
terima kasih mak untuk 33 tahun besarkan saya, didik saya

pergi untuk selamanya..........
i called my friends around 10.++pm
masa tu dah sampai rumah, tengah kemas rumah
antara soalan,
ayin, kenapa kau sangat bertenang? adakah sebab kau sudah bersedia?
me: yup aku dah bersedia
ayin kau kuat..aku tak sekuat kau
me: kita semua kuat, sebab tu Allah uji kita
dan suara dia semakin sedih...

angah: kita orang sekejap-sekejap balik jumpa mak pun sangat terasa, inikan
pula kau, yang memang jaga mak
me: aku tak tahu nak rasa apa..but i just pray if one day i have children,
moga anak-anak aku lebih baik dari aku...itu je


after a few days mak pergi, i realized
that Allah swt makbulkan doa saya
Allah swt bagi saya 3 minggu untuk saya totally jaga mak saya
Rutin harian saya berubah sepenuhnya
basuh cadar kesan muntah
masak, hidangkan, makan sekatil, tidur sebelah mak, mandikan mak
tolak wheelchair mak, sembang dengan mak kul 1, 2 pagi
tak sedar sehari berapa jam je saya tidur
seingat saya dalam tempoh 3 minggu tu
ada satu hari mak kejutkan saya subuh 6pg, saya tak boleh buka mata
mata saya bengkak sebab tak berapa tidur
saya pernah sekali qada tidur jam 7pg-10.30pg
dekat wad, saya pernah tidur 2jam sahaja (3pg-5pg)
dan waktu jenazah sampai di rumah
saya hanya terlelap jam 3.30pg dan terjaga semula jam 4.20pg

Terima kasih Allah kerana makbulkan doa saya
terima kasih untuk semua doa buat mak saya

ada terdetik dalam hati, andai sakit itu boleh ditukar,
aku sanggup tukar dengan mak

Al-fatihah untuk ayah dan mak
I LOVE U, mak ayah



Tuesday, March 12, 2019

akupuntur

dua minggu lepas aku buat rawatan akupuntur
yes memang tahu doktor tu ada kepakaran akupuntur
sakit weyyyyy
2 jarum dekat lengan, 4 jarum kat belakang tengkuk
pastu ada bagi renjatan sikit...
15 minit.... rasa sakit tu, rasa nak jerit "sakitttttt"
doktor cakap urat aku tegang
ketegangan tu menyebabkan tangan aku selalu kebas
jari aku dah genggam susah nak buka
guys, take care... jangan simpan penyakit

ebook 21 cerita murah rezeki

Hari ini hari terakhir untuk dapatkan Ebook 21 Cerita Murah Rezeki. Bermula 12 tengah malam ini, harganya akan kembali ke asal, RM99. G...