Tuesday, March 26, 2019

pinjaman

ayah aku pergi masa aku kecil, 11 tahun
yang baru nak faham hidup
yang tak tahu pun what will happen next
yang aku tahu, aku kena score UPSR
sebab ayah nak aku masuk Kolej Tunku Kurshiah (TKC)

i did it, got 5A tapi bukan TKC, tapi SAKTI
Sekolah Menengah Sains Kota Tinggi
dapat kelas khas (untuk pelajar susah)
dalam 12 orang
masa ni aku terbuka mata
susah tu, adalah anak yatim
ayah lari dari tanggungjawab
mak ayah bercerai
okay that's it

aku ada mak, adik-beradik, pak ndak, mak ndak, mak ngah & pak uteh
pak uteh meninggal tahun 2004
aku tengah tunggu result SPM
aku yang call sana-sini, maklumkan pak uteh dah tak ada
aku sedaya upaya tidak menangis depan mak.
aku kena kuat untuk tenangkan mak

dan hari ini,
aku ada adik-beradik, pak ndak, mak ndak dan mak ngah
dan aku janji ketika saat-saat akhir mak,
aku janji untuk jaga abang & mak ngah sebaik mungkin
dan dalam perjalanan balik dari hospital selepas mak pergi
mak ngah cakap, mak ngah tumpang duk ngan acik ea sampai mak ngah mati
Allahuakhbar... bagai terhenti degupan jantung
Allah tolong panjangkan usia mak ngah, kerana aku belum bersedia
and this year she is 77 years old

No comments:

Post a Comment

ebook 21 cerita murah rezeki

Hari ini hari terakhir untuk dapatkan Ebook 21 Cerita Murah Rezeki. Bermula 12 tengah malam ini, harganya akan kembali ke asal, RM99. G...