Monday, November 24, 2014

kerana kain 6 meter

kain pasang 6 meter
katanya ada rezeki lebih bulan ni
katanya tak tahu nak bagi hadiah apa
katanya jangan banyak sangat tanya boleh

kain pasang normal 4 meter je beb
kain pasang tu 6 meter
kain plain tu macam kain baju melayu
sebab aku pernah ada sepasang
dan birthday aku bulan 6...sekarang bulan11

untuk orang macam aku
yang jarang-jarang dapat hadiah
pasti 'kenapa' terlalu banyak dalam kepala

Arwah pokteh aku pesan
kalau orang bagi hadiah atau duit 
kita kena tanya untuk apa

kemeja tu sebab aku suka design kotak-kotak
kemeja tu kalau nak beli tuk adik-beradik aku
macam tak berapa nak mampu sangat
kemeja tu tak la mahal mana..

aku tak beli barang kalau bukan sales
aku tak mampu nak beli barang mahal-mahal
kemeja tu tanda terima kasih sebab
banyak sangat tolong aku
kebetulan masa tu dekat-dekat birthday
kira hadiah birthday la tu

lastly,
terima kasih untuk kain 6 meter
aku suka =)




Tuesday, October 28, 2014

matured

matured
angka usia bukan nilai matang
kadang-kadang aku juga
agak kebudak-budakan
sesama kawan-kawan

rasional ketika membuat keputusan
elemen yang sangat penting
pro and cons
siapa yang terlibat
penting ke tidak
kehendak atau kemahuan
plan A, B, C


seronok


bila kita dapat tolong orang
walau sekadar segelas air masak
tetap rasa bahagia

aku, tak punya apa-apa
tak perlu tanya kenapa aku terlalu baik
sebab aku tahu
satu hari nanti,
semua yang aku miliki
akan dipulangkan kembali

cukupkah amalan ku
banyak mana dosa ku

maafkan aku

tahlil ringkas 2

alhamdulillah
aku menulis bukan untuk riak
bukan untuk beritahu dunia
tapi untuk peringatan diri sendiri

tahlil ringkas 2
kami 5 beradik
teratak bonda
lepas maghrib
sabtu  25 oktober 2014

insyaAllah
tahlil ringkas akan kami jadikan
agenda wajib

syukur =)

imam

seumur hidup...inilah nikmat yang Allah bagi pinjam
pertama kali dalam hidup solat berjemaah, imam nya adik bongsu
mungkin orang lain amalan harian atau normal
tapi bukan untuk aku

Allah bagi pinjam semua yang aku ada
tersentuh hati kecil
syukur yang tidak terkata
adik membesar tanpa ayah
ayah pergi ketika adik 5 tahun
didikan seorang ibu,
mampu menjadikan adik seorang budak surau

syukurrr
terima kasih Ya Allah

Wednesday, September 17, 2014

kereta kita

best..full mark!
aku suka cerita macam ni
pengorbanan seorang ayah
sanggup jual kereta untuk
anak yang nak sambung belajar
anak yang bertanggungjawab
dapatkan balik kereta ayah dia

bagus...suka sangat
saga yang lejen

kat rumah ada sebiji
mak aku sayang gila kereta tu
aku pun sayang
sebaya aku kereta tu
ayah aku beli januari 1986
aku lahir jun 1986
memang NX 9866 best
tahan lama, puas dah jalan
mak aku bawa dari segamat ke b.penawar
elok je beb

tapi sekarang
memang dah rosak
body pun dah karat
bocor sana-sini

bila tengok cerita semalam
rasa cam nak repair
tapi cam tak berbaloi pulak

ntah la beb..
tunggu dan lihat je lah

Sunday, September 14, 2014

12sep2014

aku gi klinik homeopathy
rm60...
aku dapat CP6x, CF 6x and Gels 30
kita kena ikhtiar
walaupun rasa cam tak buat apa-apa pun takpe

tak boleh camtu
badan kita ada hak tuk dapat yang terbaik
kalau sakit wajib cari ubat

doc pesan turunkan berat badan
sekian,terima kasih...
sila lah buat apa yang patut
lagi satu, ambik gambar tuk
wat comparison

pengapit

seumur hidup aku...ini yang pertama
first time jadi pengapit...
anak dagang memang camni lah...
kawan satu malaysia..
kalau duk kampung, satu kampung kita kenal
kawan-kawan sebaya pun ramai kan
tapi aku nama je duk kampung,
berapa orang je yang aku kenal

alhamdulillah majlis berjalan dengan sempurna
aku sebagai pengapit
sangat lega...huhuhhuhuu
cam tak cukup tanah aku
ada satu lagi jemputan
nasib baik dekat ngan rumah...

dah lama tak jadi penonton
majlis akad nikah..
semalam, aku pun cuak
pengantin perempuan diam
pengantin lelaki relaks je,
sekali lafaz je, SAH

alhamdulillah moga bahagia ke syurga =)

dalam 1001 rasa tetiba ada sesuatu
yang menarik perhatian aku..
kalau dulu, dalam baris, memang kita perlukan
benda ni, tuk kurangkan rasa penat
aku dah lama dah tak buat...
betul..tak ada niat lain
sekadar menikmat keindahan ciptaan Tuhan


Friday, September 5, 2014

ikan

aku tak balik last two week
adik bongsu aku ada,cuti sem
then lastweek aku balik

mak cakap susah bila aku tak balik
nak beli barang tak ada kenaikan
adik ada motor je...
takkan nak beli beras 2 guni naik motor kan
barang-barang lain lagi

masuk bab beli lauk
adik tak pandai nak beli ikan
aku: mak, adik tu LELAKI
mak: bukan masalah lelaki, ikan dah ada depan mata
kan dah biasa ikut mak gi pasar tani
aku dalam hati...owh okay...ni anak lelaki, kalau menantu
perempuan camne erk????
adik-adik, sila pastikan ur love lulus bab ni...=)

sahabat

sahabat
terima kasih kerana jadi sahabat saya
lately saya mimpi awak
saya tak tahu apa maksud mimpi tu
mungkin awak sedang gembira
mungkin awak ada masalah

sahabat
jaga diri baik-baik
jadilah seorang pemimpin
jadilah yang terbaik


mungkin

teman
satu waktu dulu saya sangat teruja
hari demi hari saya menunggu
mungkinkah ada harapan untuk saya

teman
hari ini, saya tidak menunggu lagi
percaturan yang sangat diluar jangkauan
terlalu banyak yang harus dipertimbangkan
antara saya dan teman
mungkin perjalanan kita berbeza
tapi saya pasti matlamat kita hampir sama

teman,
andai satu hari nanti terbaca entri ini
saya nak ucap terima kasih
kerana teman datang tanpa bertemu


ebook 21 cerita murah rezeki

Hari ini hari terakhir untuk dapatkan Ebook 21 Cerita Murah Rezeki. Bermula 12 tengah malam ini, harganya akan kembali ke asal, RM99. G...