Sememangnya 9 dari 10 manusia dari manusia yang meninggal akibat kanser berpunca dari sikap acuh tidak acuh. Sikap ini haruslah dielakkan kerana perjalanan kematian akibat kanser amatlah menderitakan. Berikut saya berikan tanda-tanda awal yang perlu beri perhatian oleh wanita supaya dapat mengesan penyakit kanser pada peringkat awal:
- Kehilangan berat badan melebihi 5 kg di dalam sebulan sedangkan anda tidak melakukan apa-apa ke arah itu. Keadaan ini tidak semestinya kanser. Kadangkala boleh disebabkan oleh penyakit kelenjar tiroid yang terlalu aktif. Walaubagaimanapun, anda tidak mungkin tahu sehinggalah anda berjumpa doktor.
- Kembung. Anda mungkin perasan bahawa tiba-tiba jeans anda tidak muat. Jika ini berlarutan selama beberapa minggu, ianya perlukan pemeriksaan lengkap seperti CT scan untuk mengesan kanser ovari.
- Perubahan pada payudara, tidak semestinya ketulan malah perubahan kulit seperti ruam (kemerahan dan kulit menjadi tebal) mungkin merupakan tanda awal kepada sejenis kanser payudara yang agak agresif. Seandainya bentuk puting anda berubah atau mengeluarkan lelehan (anda tidak menyusu), perkara sedemikian perlukan pemeriksaan segera.
- Wanita yang menghampiri usia menopaus yang turun darah di antara kitaran haid perlukan pemeriksaan terutamanya jika kitaran anda agak teratur sebelum ini. Pendarahan selepas menopaus pun perlukan pemeriksaan doktor.
- Perubahan pada kulit yang tidak terhad pada tahi lalat sahaja. Mungkin berlaku perubahan pada pigmen kulit. Pendarahan yang tiba-tiba berlaku pada kulit ataupun bahagian tertentu menjadi bersisik juga memerlukan pemeriksaan lanjutan terutamanya jika berlanjutan selama beberapa minggu.
- Masalah menelan terutamanya makanan pepejal juga perlukan pemeriksaan dijalankan pada saluran esofagus anda.
- Pendarahan yang tidak normal seperti pada air kencing ataupun najis mungkin merupakan petanda. Batuk berdarah juga memerlukan evaluasi lanjut dari doktor anda, lebih-lebih lagi jika berlaku berulang kali.
- Sakit perut yang menggigit-gigit bersama kemurungan perlu diberi perhatian kerana mungkin disebabkan oleh kanser pankreas. Simptom ini jika berlaku beberapa hari, memerlukan pemeriksaan lengkap pada bahagian abdomen.
- Perasaan ketakcernaan jika berlaku di luar kehamilan boleh menandakan kanser esofagus, tekak ataupun perut.
- Perubahan pada bahagian mulut seperti terbentuknya tompok putih atau ulser yang sukar untuk hilang atau sembuh perlukan pemeriksaan dari doktor.
- Rasa sakit yang berkekalan yang tiada punca perlukan juga pemeriksaan.
- Perubahan pada kelenjar limfa terutamanya dicelah ketiak ataupun leher yang bertahan lebih dari sebulan perlukan perhatian doktor.
- Demam tanpa sebab yang jelas juga memerlukan pemeriksaan kerana mungkin merupakan petanda kepada kanser darah seperti leukemia ataupun limfoma. Jika terdapat tanda seperti sakit kuning atau berlaku perubahan pada warna najis memerlukan pemeriksaan pakar.
- Keletihan merupakan simptom yang kurang spesifik. Namun kalau berasa letih walaupun anda sudah mendapatkan tidur yang nyenyak agak dikhuatiri.
- Batuk yang berpanjangan yang melebihi sebulan perlukan pemeriksaan X-ray.
No comments:
Post a Comment