Saturday, February 20, 2016

perasaan

Morning guys...
Allahuakbar
aku pun tak faham akan rasa ini.
dah banyak kali kena
tapi macam tak serik-serik

Tabahlah hati...Allah Maha Mengetahui

Friday, February 19, 2016

bonda

Bila bonda mengalirkan airmata....
aku tak pasti kenapa...
sedih sebab aku nak balik BP...atau kesian
sebab aku tiada duit.
yang pasti mata mak merah...

kalau cerita pasal mak aku, mesti aku touching plus kagum
sebab kan...mak aku ibu tunggal.
aku ada 6 adik-beradik...syukur 5 ada ijazah.
aku bukan nak highlight pasal ijazah...
aku nak cakap 
how strong my mum is...
beb, mak aku cikgu tadika je.
rezeki yang berkat...
anak-anak jadi orang.

Sebab tu bila ada kawan tanya
kenapa kau yang selalu balik kampung?
kau pun ada komitmen lain...

My answer...because yang kat kampung tu mak aku.
the only mum i have...
ladang pahala aku...
cukuplah pengorbanan mak aku selama 
besarkan aku sampai aku jadi orang...cukup laaa
Aku pernah terbaca kan...
walaupun kita gendong mak kita kat padang pasir,
takkan cukup membalas jasa mak kita.
apa yang kita buat baik kat mak ayah kita takkan
terbalas dengan apa yang mak ayah kita dah bagi kita.
so, jom...kita buat baik dengan mak ayah kita.

when i say NO...the person that can change
it to YES is my mother..(rahsia besar ni)


ayin n buns

impak besar tidur jam 2 lebih pagi adalah bingung.
dalam kebingungan plus sakit romberg,
aku berjaya mendapat kepercayaan sebagai
si penjual roti....hihihihi
bit surprise...rezeki, alhamdulillah.

semalam, 18hb februari...
bermulalah kerjaya aku sebagai si penjual roti.
yang bestnya apa, kawan-kawan dok tanya 
berapa komisyen yang aku dapat....
hahahahahaha...aku pun tak tahu.
andai kata aku kena mark up harga...
aku anggap ni as my first trial as bun's seller.
alhamdulillah 8 bun selamat dibeli.

Aku tak bincang pun dengan k.aizan pasal komisyen.
mudah-mudahan roti aku habis hari ni
ada lagi 17 bun....murah je,RM1....untuk 
penggemar bun cam aku at least beli 2....hihihi

insomnia

3 hari aku insomnia...
rasa macam insaf...
sebab mata dah pedih,
badan sakit-sakit,
duk dalam gelap dah
tapi....
tak boleh lelap.
2.30 pagi terkebil-kebil.
itu cerita hari pertama.

Hari kedua waktu terakhir
aku tengok jam 1.30pagi
sama juga dengan hari ketiga.
hari ke4, kul 9.30 aku dah gelapkan bilik.
tak tahu kul berapa terlelap..
bangun dah kul 1 lebih..
alhamdulillah...
aku cam perlukan lebih tenaga
sebab hari ni aku kerja

Wednesday, February 3, 2016

romberg

Dua orang tegur yang mata aku makin ke dalam.
aku tidak menafikan...semakin sakit dan penglihatan semakin kabur. Aku hanya mampu berdoa, agar penyusutan lemak ini berhenti dengan cepat.

Membaca emel dari kumpulan romberg, buat aku risau.
betul stress menjadikan romberg lebih sakit.
topik hari ini berkaitan pregnancy....
moga Allah mudahkan urusan pregnancy aku nanti

pembuli jalan raya

Semalam 999, ada melaporkan kejadian pembuli jalanraya di highway. Kereta itu memotong antara 2 kenderaan. Kenderaan di sebelah kanan memberi lampu tanda bahaya.
apa yang berlaku adalah, pelaku tidak berpuashati lalu memberhentikan kenderaan dan mengundurkan kenderaan.
Selepas melanggar kenderaan mangsa, kereta itu pergi. Aksi ini dirakam dari kenderaan mangsa. Mangsa trauma dan membuat laporan polis.

Aku juga terkesan dengan cerita ini. 20 januari 2016 aku berdepan dengan pembuli jalanraya. Mungkin sebab aku perempuan, dia berani bertindak begitu. Cubaan untuk melanggar kereta aku, memandu 20-40 km/j...Aku doakan semoga kau dibuli 10 kali ganda lebih teruk dari apa yang kau dah buat dan kau menyesal seumur hidup kau. Aku masih fobia.

kepada yang lain, hati-hati memandu. Tak semua pemandu memandu dengan berhemah


Thursday, January 28, 2016

lain daripada yang lain

second person said to me
adik aku bagi statement begitu
pada aku ada waktu kita perlu details
ada waktu tak perlu

tak perlu nak take to heart
tak perlu nak fikirkan masalah orang lain
tak perlu nak keruhkan keadaan
no need!

benda yang mudah, selesaikan segera
benda yang sukar kita mudah
senang kan...=)

team leader

bila aku dilantik sebagai team leader
lagi sekali aku kena pergi trip di utara

tapi kali ini trip ini berbeza
1) sebab team leader adalah aku
2) aku ada 5 hari sahaja untuk preparation sebelum pergi
3) aku demam
4) weekend tu adik aku bertunang
5) to be honest aku tak nak pergi pun sebenarnya

aku setuju untuk pikul amanah ni as my last contribution to DMS group
pasal balik kg untuk majlis pertunangan tu, rasa sempat sampai sebelum majlis
demam tu memang uncontrol la...selsema aku hijau kot.

okay..first aku kena gitau mak aku kan...memang mak tak bagi pergi
aku gi PKU pulak, Dr Mai pun tak bagi pergi...ckp je saya tak bagi.siap pesan jangan main panas
BFFs aku pun cam berat hati nak bagi pergi....sebab tersepit

aku kan tak suka gila kuasa, dan mengarah2 ni...bukan aku
percaya pada anak buah and work in a team
so far semua okay
alhamdulillah semua bagi kerjasama yang baik...
syukur. hope they enjoyed this trip
kalau ada yang tak puas hati, aku minta maaf


tiba-tiba

bila cerita tv jadi realiti dalam life aku
speechless beb
seriously aku dah tak lena tidur dah
ubat selsema aku pun kalah
setiap sejam aku terjaga
kau rasa aku tidur ke tak sebenarnya?

rileks2 sudah..
tapi tu lah..seorang pemikir cam aku ni
susah nak rileks2 ni
lagi-lagi melibatkan masa depan
lagi jauh aku fikir
kitakan ada Allah swt
serahkan pada Dia
Dia sebaik-baik perancang

sis in law

cam best kan tajuk aku...
adik aku dah bertunang beb...
In sya Allah tahun ni aku dapat adik ipar.
dapat adik perempuan beb

hope leh jadi partner masak aku...
asyik partner ngan boy je...
nak gak rasa partner ngan girl kan
jangan kecik hati ea chef akmal
hahahahahaha

congratz to anip n aisyah
hope bahagia till jannah

aku punya bahasa memang macam dotdotdot je
nak cakap melayu pun tak berapa nak betul
english pun dah macam bahasa apa pun tak pasti

happy weekend you all =)

Sunday, January 10, 2016

disiplin

Lately, disiplin diri agak teruk.
tengok waktu ini,
aku masih berada di rumah

Aku pun tak pasti puncanya apa
yang aku pasti, badan aku sakit.
tangan aku kebas...
fokus aku ke laut
otak aku fikir macam2

ebook 21 cerita murah rezeki

Hari ini hari terakhir untuk dapatkan Ebook 21 Cerita Murah Rezeki. Bermula 12 tengah malam ini, harganya akan kembali ke asal, RM99. G...