Friday, September 27, 2013

best friend forever (BFF)

korang ada bff tak? tak kisah la, sama jantina ke, berlainan jantina ke...
bff yang sama jantina ngan aku ada dalam 4-5 orang...bff yang berlainan jantina ada 2 orang..
sesetengah kita ni ada yang terlalu rigid, maka bff yang berlainan jantina selalu disalah ertikan...
perlu ke setiap persahabatan antara lelaki dan perempuan berakhir di jinjang pelamin?
ya mungkin rakan-rakan tengok kami rapat...tapi itu bukan bermaksud kami suka antara satu sama lain.
sebab bff yang satu itu belum bermakwe...kenapa dengan bff lagi satu ok je...tiada gosip-gosip liar.
kelahi ngan makwe, saya tolong pujuk makwe nyer...jadi saya tak nampak apa-apa
masalah di situ...sama juga dengan bff sejantina....lesbian ke saya, bila asyik bersama bff sejantina?
kita selesa untuk berkongsi kisah jatuh bangun kita bersama bff kita...
so tak perlulah fikir yang bukan-bukan kerana bff itu bukan untuk dimiliki tetapi sekadar berkongsi rasa.
jodoh saya rahsia Allah swt..

aku yang kurang sihat

alhamduilillah...Allah bagi aku ruang untuk merehatkan diri..
aku selsema, sakit tekak, panas sikit dan batuk skali...
mungkin terlalu penat dengan aktiviti duniawi...
lastweek pergi kuching...balik sini jumaat malam, sabtu aku balik kampung..
yes kampung aku tak la jauh mana pun 2 jam je...
alhamdulillah lab work aku start balik nextweek...jadi kerahan otak je yang berlaku
memang badan aku penat..penat kerja kat kuching tu tak habis lagi
so minggu ni, badan mengeluarkan signboard, i need a rest
silalah berehat cik ayin...refill back ur energy..
nextweek is more tough and selamat makan ubat



Tuesday, September 24, 2013

takkan terpisah

aku pun tak tahu macam mana boleh tersuka lagu ni...
apa pun lets enjoy this song


Andainya kau tahu
Apa yang ada di dalam hatiku
Tersimpan takkan pernah berubah

Andainya kau tahu
Apa maksudku lafazkan cintaku padamu
Dengan cara yang berbeda
Oh mengapa seharusnya kita masih bersengketa

Korus
Demi cintaku, demi cintamu jangan biarku terseksa
Hembus nafasku, hembus nafasmu adalah udara yang sama
Kerna cintaku kerna cintamu sememangnya satu cinta

Takkan terpisah......
Takkan terpisah.....

Andai ku tak mampu
Leraikan semua kekusutan yang melanda percintaan kita

Mungkin ini semua
Tetap menjadi satu pertanyaan selagi hati belum ada kepastian
Oh mengapa seharusnya kita masih bersengketa,

Korus
Demi cintaku, demi cintamu jangan biarku terseksa,
Hembus nafasku, hembus nafasmu adalah udara yang sama
Kerna cintaku kerna cintamu sememangnya satu cinta..

Takkan terpisah..
Takkan terpisah..

Demi cintaku….
Demi cintamu….

Demi cintaku, demi cintamu jangan biarku terseksa
Hembus nafasku hembus nafasmu adalah udara yang sama
Kerna cintaku kerna cintamu sememangnya satu cinta…

Takkan terpisah
Takkan terpisah

Andainya kau tahu
Apa yang ada di dalam hatiku


Sumber : http://www.liriklagumuzika.com/2013/08/lirik-lagu-takkan-terpisah-black.html#ixzz2fmQEjPUa

aku dan macam-macam

aku dan macam-macam
satu persatu datang....ada yang menuntut rasional, ada yang mengusik hati, ada yang memerlukan tenaga kerja...dan akhirnya aku yang macam nak pengsan.

badan, otak, hati cepatlah bergabung, dan refill dengan segera kerana pasti akan ada banyak lagi macam-macam yang mungkin lebih dahsyat lagi dari macam-macam ini.

Ya Allah, jangan kau lepaskan aku walau sesaat. Terima kasih Ya Allah atas segala nikmatMU.

SEIC 2013

Alhamdulillah selesai sudah satu conference,SEIC 2013.
bertempat di Kuching,Sarawak, maka pertama kali aku menaiki kapal terbang.
teruja????hahaha...tidak. pemergian yang penuh kontroversi, maka keterujaan hilang dalam awan JB-KCG.

pasti mendapat pengalaman yang berharga. Alhamdulillah semua urusan dipermudahkan.
dan In Sha Allah akan sampai lagi bersama orang-orang tersayang. tempat yang sangat menarik, makanan
yang sedap, udara yang bersih.Sangat sesuai untuk mentenangkan hati dan mengosongkan otak.

Terima Kasih Ya Allah kerana memberi aku peluang untuk merasai nikmat itu walau dalam keadaan kontroversi...Ya aku bukan manusia sempurna yang mampu memenuhi setiap kehendak manusia lain.
Tapi beri aku peluang dan ruang untuk memperbaiki semua kesalahan yang aku lalukan dan cuba memenuhi kehendak manusia lain.

Sarawak...we will meet again

Thursday, August 29, 2013

Jom Kahwin

hihihii...bunyi cam gatal je kan. nak buat cam Amirah, nak kahwin?...dahsyat baru umur 21 tahun dah matang huh...saya pun pernah terfikir nak cakap jom kahwin kat seseorang tapi tak tercakap. takut salah orang hahahaha...siapa tahu, siapa jodoh saya, angkat tangan....abu? ahmad? aidil? Hanya Allah yang tahu.

Saya nak cakap, awak jom kahwin. Mak saya dah setuju. Awak fikir masak-masak, buat isthikharah...kalau awak yakin bincang la dengan parents awak. Saya redha dengan keputusan awak. Andai awak memang ditakdirkan untuk saya, walau jauh mana pun, kita tetap akan bersatu, INSYAALLAH. Kalau awak bukan untuk saya, buat lah apa cara sekali pun, kita tak mungkin bersatu.

Saya bukan mencari yang sempurna...tapi sempurnanya dia untuk bawa saya ke syurga Allah swt
Saya tidak punya apa-apa, kerana semua yang ada milik Allah swt..

Moga kita bertemu dan bersatu kerana Allah swt...amin


Sunday, August 18, 2013

kalut raya 2013

best sangat cerita ni..teringat zaman kanak-kanak dulu...
kami 6 beradik...emak suri rumah sepenuh masa.
emak ambil upah jahit baju, orang-orang yang duduk quarters je
baju raya dan kasut raya tetap ada..
macam mana ayah dan emak didik kami,
sediakan keperluan kami...
pasti ayah dan emak adalah idola aku
ayah bekerja sebagai juruteknik.
alhamdulillah, gaji yang kecil tapi cukup untuk kami sekeluarga
makan luar, itu jarang sekali berlaku
selalu juga balik kampung
aku tak pernah dengar atau nampak
ayah mengeluh atau merungut tentang ekonomi keluarga
ayah pesan, dalam hidup jangan berkira
takut nanti bila kita memerlukan
orang berkira dengan kita
in sha Allah aku akan ingat pesan ayah sampai bila-bila
terima kasih ayah, emak sebab ajar aku bersederhana
Ya Allah, tempatkan ayah dan ibuku di dalam syurgaMU..amin

Saturday, August 17, 2013

selamat hari raya

selamat hari raya..
alhamdulillah dapat beraya dengan keluarga
2 kali ziarah kubur ayah
seronok dapat jumpa makcik labu..
setelah sekian lama tak jumpa
pada kawan-kawan,
maaf tak datang ziarah, chit chat...

yakin lah Allah bersama kita

walau dalam apa keadaan, kita kena yakin Allah bersama kita..
tat kala kita jatuh tersungkur, ingat lah Allah ada..
walau rasa putus asa..
meski rasa tak terdaya..
kembalilah kepada Pencipta
kerana Dia Perancang Terbaik kita
redha lah dengan tenang..
moga ada bahagia yang menanti

ebook 21 cerita murah rezeki

Hari ini hari terakhir untuk dapatkan Ebook 21 Cerita Murah Rezeki. Bermula 12 tengah malam ini, harganya akan kembali ke asal, RM99. G...