kalau saya ada buat salah, saya minta maaf...saya tak minta awak maafkan saya, sebab itu hak awak.
minggu lepas saya minta maaf pada sv saya, dan dia cakap it's not your fault. kadang-kadang kita dihukum tanpa kita tahu apa kesalahan kita. bunyi macam sedih dan tak adil, tapi itulah dunia.
siapa kita untuk menghentikan hukuman yang tiada sebab....dan siapa kita untuk menghukum?
kelmarin, ada seorang adik ambil tapis yang aku masih guna. penat buat kerja tak hilang lagi, dengan kesihatan yang tak berapa bagus...memang panas hati.
adik cakap, akak sori akak. saya tak tahu pun akak masih guna tapis ni. mana isi tapis tu? saya dah buang.ok, awak timbang tak sebelum awak buang? tak...ok, akak tak ada apa nak cakap.nak marah pun benda dah tak ada. tak apa lah awak. and what happen next????adik nangis...aku? reti pula nak pujuk. sorry adik. pujuk jugalah, takde apalah awak. lupa pulak ayat psiko sape yang patut nangis ni, akak ke awak? jahatkan aku....sorry adik.aku pegang tangan dia, cakap kat dia takde apa, ok je.adik cakap, nanti beritahu dia masa nak re-do test tu. dia nak tolong.
balik rumah, cerita dengan kawan-kawan.yang A, kalau aku, aku marah kaw-kaw dulu. ni ngada-ngada, ko tak marah dia pun, nangis macam kena marah.dia takleh fikir ke, susun elok-elok semua tapis tu, ingat dah habis pakai?
apa jadi kat aku, memang nak buat replicate.semalam dah buat round 2.hope result okay.
lastly, i'm not perfect person .
Friday, May 3, 2013
Sunday, March 10, 2013
2013-pakar mikrosurgeri
7 mac yang lalu aku ada appoinment dengan pakar.sembang santai saje.ringkasan: doc sangat happy sebab aku dah build up fat-dah gemuk. dalam gemuk aku, perut aku takde lemak untuk digunapakai.means kawasan perut selamat. doc cakap bagus-bagus.she very happy for my fat. satu lagi berita aku dah boleh buat operation. tapi doc nak aku buat kat hospital tawakal. low risk katanye. the problem is cost.aku bukan lah anak orang kaya, berpakwekan orang kaya pun tak, berpakwekan anak orang kaya lagi lah tak...nanti jadi cerita dejavu di kinabalu pulak nanti. jadi mana aku nak cari duit tuk cost operation aku?
aku cakap kat doc, lepas aku habis study aku nak kerja dulu. doc cakap jangan lah macam tu. pasti ada caranya. In Sha Allah doc. next appoinment will be next year-14/03/2014. see you next year and kalau saya ada, adalah ye...owh no, doc nak sambung study ke? you know where to find me, right? dulu awak cari saya kat terengganu, sekarang awak cari saya kat sini and she smile. kalau doc lari, saya tetap akan cari doc. we have been together as doc-patient for almost 7 years. it is a long time doc. Thank you Allah for giving me Miss Najihah as my specialist. Last from her Good Luck for your Master! Thank you Doc =)

Thursday, February 28, 2013
housemate
ahad ini, in sha Allah semua housemate akan balik. seronok, gembira, rindu...at least tak la mental sorang-sorang.ni mental tak tau nak buat ape.bila ada didi, fare, mek da, seha sekurang-kurangnya meriah la sikit uma tu.ni, aku pandang ko, ko pandang aku.tapi ok ape, dari ko pandang dinding, dinding senyum kat ko...lagi haru kan..hehehehe.kawan2 cepat la balik, kesian kat saya. nak lepak ngan k.jun pun cam limited je. kadang-kadang saje gi lepak kedai dia.kalau dia takde, nisa ada. lupe pulak, tengah aku taip ni, ada mamat ni tetiba menyanyi.aku kat lab mikrobiologi ni...dah siap dah lab work tuk ari ni.nak balik awal takut ada sport check...lawak giler. dah tua pun ada sport check, budget budak sekolah...hahahaha. at least Dr tau aku memang masuk lab. hari selasa hari tu, Dr datang lab kul 5 petang,dahsyat. nasib baik aku ada kat lab. buat2 rileks je, padahal dup dap dup dap.hahahaha. lupe plak nama mamat tu amirul. senior beb. single? aku tak sure la..kalau nak tahu detail dia, leh pm inbox.hahahaahaaaaaa
life must go on
whatever it is, life must go on.jatuh terjelepuk ke, gedebuk ke, tergolek guling-guling ke, terhantuk kat dinding ke, hidup mesti diteruskan. saya ingatkan diri saya.kadang-kadang kita terfikir kenapa aku? kenapa dia cam ni cam tu? kenapa kau ada, aku tak ada...pasti awak pernah alami kan atau sedang alami?selalu saya ingatkan diri saya tentang SYUKUR, UJIAN, IMAN, SABAR, HIKMAH, KIFARAH. kadang-kdang kita terlupa, yang suatu ketika dahulu, kita pernah ada tapi dia, mereka tiada. kita pernah senang, tapi kita abaikan dia, mereka...kalau kita memang bukan macam tu, sabarlah, kerana setiap ujian ada rahsiaNYA. cakap memang senang, kalau kena kat batang hidung sendiri baru tahu. entah ada perkataan lain ke yang sama erti dengan SABAR?YOU are strong enough to face it, that's why Allah give it to you. Bila kita yakin dengan sabar, In sha Allah, ada khabar gembira di akhirnya.
Monday, December 31, 2012
alhamdulillah
BERANI2013...Alhamdulillah,akhirnya tercapai juga hasrat nak dengar seminar Dr Azizan Osman.
the only mak and cannot be replaced by others.
she worried because she care
she mad because she love
i love u mak
- BERSYUKUR
- SENYUM
- SEDEKAH
- BERKAWAN DENGAN ORANG YANG POSITIF
- JANGAN SABOTAJ DIRI SENDIRI
- PLAN
- ACTION
- DISIPLIN
- KOMITED
- KOMITMEN
- BERGURU
- NO EXCUSE
- LIST OUT YOUR MENU
the only mak and cannot be replaced by others.
she worried because she care
she mad because she love
i love u mak
kenapa awak?
kenapa awak erk?punya lah ramai manusia, tapi kenapa awak termasuk dalam cita-cita saya?kadang-kadang saya konfius...adakah tulang rusuk awak yang saya pinjam?konfius yang kadang-kadang inginkan penjelasan..kadang-kadang malas nak semak kan ruang pemikiran...kadang-kadang macam redha-tunggu dan lihat saja.kadang-kadang buat konklusi sendiri..rumitkan. sembang-sembang ngan mak semalam, mak minta saya tukar status cik sebelum usia berganjak ke 30 tahun...dan saya ada masa cuma 3 tahun sahaja.ada ke orang yang nak kat saya ni? saya tahu kekurangan saya...siapa yang nak jadi pelengkap kekurangan saya tu dengan ikhlas yang maksimum?awak ker?atau awakkk...takpe nanti saya buat istikharah. kita manusia biasa, hanya Allah sahaja yang tahu apa yang terbaik untuk kita.
Tuesday, December 25, 2012
positif
kita ni memang kena cari benda-benda positif...tak kisahlah bahan bacaan ke, movie ke, kawan-kawan ke.ada kesan kat jiwa...ko pernah rasa kosong tak?aku kalau jiwa tengah kosong kan, macam orang tak betul..semua benda tak kena. tapi aku selalu ingatkan diri aku supaya kembali lah kepada Pencipta kita. bila kita positif, In Sha Allah kita susah nak buat benda yang bukan-bukan. Jom audit diri, aku suka ayat Prof Dr Muhaya ni...jom cek diri sendiri.apa yang aku dah sumbangkan pada keluarga, agama, bangsa dan negara? aku ni jaga baik-baik tak diri sendiri?setiap dengupan jantung yang Allah bagi pinjam kat aku sepanjang aku hidup ni, aku dah buat ape?saat aku tersentap dengan dengupan jantung, hela nafas yang dipersoalkan kegunaannya, aku janji akan jadi muslimah yang baik....andai Allah tak bagi aku oksigen, aku tak boleh bernafas....Semua pinjaman dari Allah...aku tiada apa-apa.
sakit
muka aku yang kena romberg ni kerap sangat sakit.aku pun tak tahu kenapa.kawan-kawan buat assumption aku stress.mungkin aku stress.tapi aku ok je.stress tu ada tapi risau tu lebih lagi.sakit sampai menangis.ko fahamkan cam mana rasa sakit sampai mengeluarkan airmata.ini bahagian aku...aku tahu Allah bagi sebab aku mampu, walaupun kadang-kadang aku kalah dengan emosi aku sendiri.life must go on...aku kena kuat.romberg dah sebati dengan aku, dah hampir 16 tahun romberg bersama aku, takkan sakit yang sekejap-sekejap ini aku nak mengalah ngan romberg. Romberg, ko duk je lah diam-diam.aku nak study la romberg...nak habiskan master aku dan nak teruskan ke doktor filosofi.Kalau ko tak duk diam-diam, cammana aku nak study?
Sunday, December 23, 2012
mak aku suruh..
mak aku suruh balik kampung....dah sebulan aku tak balik kampung.ini disebabkan oleh ketiadaan kereta dan aku penat nak balik naik bas. bila nak dapat kereta ni???bila kereta aku nak keluar hospital ni?roadtax pun dah mati.esok kena telefon k.azian tu, minta renew roadtax aku. aku dah ngantuk la...esok masuk lab, hope so semua berjalan lancar.risau aku.
Friday, December 14, 2012
doa
pagi tadi dalam kul 9pagi, ak gi jumpa supervisor aku. She is Chinese women. ape yang bestnya, ari ni dia cerita tentang mentor dia, Prof Mustafa. dia cakap orangnya warak, rendah diri, tak pandai marah. Prof Mustafa pesan, minta student doa, bukan sahaja untuk student itu sendiri tetapi untuk supervisor juga. Dulu masa Prof mustafa ni tulis thesis, tetiba dia stuck...berhari-hari juga dia stuck, rasa dah give up dah.one day, after dia solat malam(Tahajud) dia duduk depan laptop dia dan idea untuk menulis terus mencurah-curah. bila dia participate dalam satu international conferencce, dia dapat best technical paper. maka tersohor lah dia...terus jadi reference di luar negara.bila balik malaysia, dia lagi tersohor. dia adalah jawatankuasa tertinggi dalam bidang dia di malaysia. setiap tahun ada sahaja graduan phd yang dilahirkan dan tidak pernah putus.
kita kena jaga hubungan dengan supervisor kita, jangan tinggikan suara, doakan supervisor kita moga sentiasa sabar dan terus supervise kita.
cerita kedua dari rancangan prof muhaya. saya pun admire kat dia. supervisor saya cakap, dr muhaya suruh umpamakan tempat kerja dengan sejadah. sejadah adalah alas untuk orang islam menunaikan solat. mestilah bersih, gantung baik-baik, basuh pun asing. kerja pula umpama menunaikan solat, mana ada orang solat dalam keadaan tertekan...mesti solat dalam keadaan bersih, tertib, ikhlas. pastu dr muhaya pesan, antara waktu kerja 8-12 tu mesti dia singgah masjid untuk tunaikan solat...namanya solat dhuha. aolat dhuha ni boleh menghilangkan stress kerja.
ada verbs english like my supervisor said god will not help human unless they help themselves.dalam islam pun ada Allah takkan mengubah nasib seseorang itu, melainkan dia berusaha untuk mengubahnya, macam orang yang mati lemas, kalau dia tak berusaha untuk menyelamatkan dirinya at least terkapai-kapai, or shout for help, the person dont want to do anything, the person should die. nak harap bantuan datang WITHOUT do anything, memang tak ke mana. LETS MOVE!

aku tetap sokong Harimau Malaya
Semalam aku gi layan bola kat kedai makan.aku dan 2 orang lagi.nak cakap kiteorang ni minat giler bola tu, tak lah...tapi teruja untuk sokong pasukan malaysia.i'm malaysian, kalau ko rasa tak nak sokong harimau malaya tak yah cakap lebih, sebab aku tak suka.aku sokong sebab harimau malaya maruah malaysia. kalau ko sebagai rakyat malaysia kondem pasukan negara sendiri, baik tukar warganegara jerrrrrrrrrrrr.
agak-agak ko lah kan, warganegara negara lain nak sokong harimau malaya ke????ko pikir lah sendiri.
ref korea tu memang KEJAM...aku lagi suka ref inggeris masa harimau malaya lawan kat malaysia-gentleman jer. rasa cam kesian gile kat harimau malaya. takpe harimau malaya, i always support u. kepada mereka yang support harimau malaya, teruskan memberi moral support, because they play for OURS MALAYSIA.

Subscribe to:
Posts (Atom)
ebook 21 cerita murah rezeki
Hari ini hari terakhir untuk dapatkan Ebook 21 Cerita Murah Rezeki. Bermula 12 tengah malam ini, harganya akan kembali ke asal, RM99. G...
-
Lelaki yang bergelar suami! Bahan bacaan untuk lelaki yang mempunyai peranan sebagai suami. Bacalah. Moga Allah merezekikan kalian membac...
-
Hari ini hari terakhir untuk dapatkan Ebook 21 Cerita Murah Rezeki. Bermula 12 tengah malam ini, harganya akan kembali ke asal, RM99. G...