Monday, December 31, 2012

alhamdulillah

BERANI2013...Alhamdulillah,akhirnya tercapai juga hasrat nak dengar seminar Dr Azizan Osman.

  • BERSYUKUR
  • SENYUM
  • SEDEKAH
  • BERKAWAN DENGAN ORANG YANG POSITIF
  • JANGAN SABOTAJ DIRI SENDIRI
  • PLAN
  • ACTION
  • DISIPLIN
  • KOMITED
  • KOMITMEN
  • BERGURU
  • NO EXCUSE
  • LIST OUT YOUR MENU
YES, forsure it is all about someone, for who i am today..the person is my mother.
the only mak and cannot be replaced by others.

she worried because she care
she mad because she love

i love u mak

kenapa awak?

kenapa awak erk?punya lah ramai manusia, tapi kenapa awak termasuk dalam cita-cita saya?kadang-kadang saya konfius...adakah tulang rusuk awak yang saya pinjam?konfius yang kadang-kadang inginkan penjelasan..kadang-kadang malas nak semak kan ruang pemikiran...kadang-kadang macam redha-tunggu dan lihat saja.kadang-kadang buat konklusi sendiri..rumitkan. sembang-sembang ngan mak semalam, mak minta saya tukar status cik sebelum usia berganjak ke 30 tahun...dan saya ada masa cuma 3 tahun sahaja.ada ke orang yang nak kat saya ni? saya tahu kekurangan saya...siapa yang nak jadi pelengkap kekurangan saya tu dengan ikhlas yang maksimum?awak ker?atau awakkk...takpe nanti saya buat istikharah. kita manusia biasa, hanya Allah sahaja yang tahu apa yang terbaik untuk kita.

Tuesday, December 25, 2012

positif

kita ni memang kena cari benda-benda positif...tak kisahlah bahan bacaan ke, movie ke, kawan-kawan ke.ada kesan kat jiwa...ko pernah rasa kosong tak?aku kalau jiwa tengah kosong kan, macam orang tak betul..semua benda tak kena. tapi aku selalu ingatkan diri aku supaya kembali lah kepada Pencipta kita. bila kita positif, In Sha Allah kita susah nak buat benda yang bukan-bukan. Jom audit diri, aku suka ayat Prof Dr Muhaya ni...jom cek diri sendiri.apa yang aku dah sumbangkan pada keluarga, agama, bangsa dan negara? aku ni jaga baik-baik tak diri sendiri?setiap dengupan jantung yang Allah bagi pinjam kat aku sepanjang aku hidup ni, aku dah buat ape?saat aku tersentap dengan dengupan jantung, hela nafas yang dipersoalkan kegunaannya, aku janji akan jadi muslimah yang baik....andai Allah tak bagi aku oksigen, aku tak boleh bernafas....Semua pinjaman dari Allah...aku tiada apa-apa.

sakit

muka aku yang kena romberg ni kerap sangat sakit.aku pun tak tahu kenapa.kawan-kawan buat assumption aku stress.mungkin aku stress.tapi aku ok je.stress tu ada tapi risau tu lebih lagi.sakit sampai menangis.ko fahamkan cam mana rasa sakit sampai mengeluarkan airmata.ini bahagian aku...aku tahu Allah bagi sebab aku mampu, walaupun kadang-kadang aku kalah dengan emosi aku sendiri.life must go on...aku kena kuat.romberg dah sebati dengan aku, dah hampir 16 tahun romberg bersama aku, takkan sakit yang sekejap-sekejap ini aku nak mengalah ngan romberg. Romberg, ko duk je lah diam-diam.aku nak study la romberg...nak habiskan master aku dan nak teruskan ke doktor filosofi.Kalau ko tak duk diam-diam, cammana aku nak study?


Sunday, December 23, 2012

mak aku suruh..

mak aku suruh balik kampung....dah sebulan aku tak balik kampung.ini disebabkan oleh ketiadaan kereta dan aku penat nak balik naik bas. bila nak dapat kereta ni???bila kereta aku nak keluar hospital ni?roadtax pun dah mati.esok kena telefon k.azian tu, minta renew roadtax aku. aku dah ngantuk la...esok masuk lab, hope so semua berjalan lancar.risau aku.

Friday, December 14, 2012

doa

pagi tadi dalam kul 9pagi, ak gi jumpa supervisor aku. She is Chinese women. ape yang bestnya, ari ni dia cerita tentang mentor dia, Prof Mustafa. dia cakap orangnya warak, rendah diri, tak pandai marah. Prof Mustafa pesan, minta student doa, bukan sahaja untuk student itu sendiri tetapi untuk supervisor juga. Dulu masa Prof mustafa ni tulis thesis, tetiba dia stuck...berhari-hari juga dia stuck, rasa dah give up dah.one day, after dia solat malam(Tahajud) dia duduk depan laptop dia dan idea untuk menulis terus mencurah-curah. bila dia participate dalam satu international conferencce, dia dapat best technical paper. maka tersohor lah dia...terus jadi reference di luar negara.bila balik malaysia, dia lagi tersohor. dia adalah jawatankuasa tertinggi dalam bidang dia di malaysia. setiap tahun ada sahaja graduan phd yang dilahirkan dan tidak pernah putus.
kita kena jaga hubungan dengan supervisor kita, jangan tinggikan suara, doakan supervisor kita moga sentiasa sabar dan terus supervise kita.

cerita kedua dari rancangan prof muhaya. saya pun admire kat dia. supervisor saya cakap, dr muhaya suruh umpamakan tempat kerja dengan sejadah. sejadah adalah alas untuk orang islam menunaikan solat. mestilah bersih, gantung baik-baik, basuh pun asing. kerja pula umpama menunaikan solat, mana ada orang solat dalam keadaan tertekan...mesti solat dalam keadaan bersih, tertib, ikhlas. pastu dr muhaya pesan, antara waktu kerja 8-12 tu mesti dia singgah masjid untuk tunaikan solat...namanya solat dhuha. aolat dhuha ni boleh menghilangkan stress kerja.

ada verbs english like my supervisor said god will not help human unless they help themselves.dalam islam pun ada Allah takkan mengubah nasib seseorang itu, melainkan dia berusaha untuk mengubahnya, macam orang yang mati lemas, kalau dia tak berusaha untuk menyelamatkan dirinya at least terkapai-kapai, or shout for help, the person dont want to do anything, the person should die. nak harap bantuan datang WITHOUT do anything, memang tak ke mana. LETS MOVE!

aku tetap sokong Harimau Malaya

Semalam aku gi layan bola kat kedai makan.aku dan 2 orang lagi.nak cakap kiteorang ni minat giler bola tu, tak lah...tapi teruja untuk sokong pasukan malaysia.i'm malaysian, kalau ko rasa tak nak sokong harimau malaya tak yah cakap lebih, sebab aku tak suka.aku sokong sebab harimau malaya maruah malaysia. kalau ko sebagai rakyat malaysia kondem pasukan negara sendiri, baik tukar warganegara jerrrrrrrrrrrr.
agak-agak ko lah kan, warganegara negara lain nak sokong harimau malaya ke????ko pikir lah sendiri.
ref korea tu memang KEJAM...aku lagi suka ref inggeris masa harimau malaya lawan kat malaysia-gentleman jer. rasa cam kesian gile kat harimau malaya. takpe harimau malaya, i always support u. kepada mereka yang support harimau malaya, teruskan memberi moral support, because they play for OURS MALAYSIA.

Saturday, December 1, 2012

dah tak betul dah

apa dah jadi ni...life cam tak teratur ni...wake up girls..hari ni dah masuk disember. hujung bulan mesti dah identify bacteria yang ada dalam dredged soil tu.tolong lah cik ayin,jangan camni.life must go on,what ever happen, what ever problems comes...u are strong to face all it.u are strong girl and believe in urself that u can do it. jaga hubungan dengan ALLAH swt, In sha ALLAH, semua dipermudahkan olehNYA. jom zohor =)

tolonglah doktor

rabu 28/11/2012 aku ada appointment dengan doktor mata. disebabkan ini fisrt time pergi hospital muar dari batu pahat, maka saya mengambil masa hampir 2 jam untuk sampai ke hospital muar. dengan keadaan kereta yang hanya membenarkan saya memecut setakat 80km/j, jadi saya tiba di hospital pada 10.30pagi-setengah jam lewat dari waktu yang ditetapkan. punyalah ramai orang, jam 11.30 saya buat ujian penglihatan.tunggu dan akhirnya saya bergayut dengan mummy saya selama 50minit. jam hampit menunjukan 1 tengahari, kenapa masih ramai yang menunggu giliran untuk berjumpa doktor?dan nombor yang tertera 3003...sedangkan giliran saya 3027.jam 1.50 baru dapat jumpa doktor...doktor punya layanan fuh, kecik hati saya doktor.kalau mulut saya laser, dah lama saya sound doktor.kalau doktor tak makan tengahhari lagi, kami yang tunggu di luar itu pun belum makan lagi.saya yang masih muda, diluar tu ramai nya warga emas

oh no man...

minggu lepas 24 nov2012, saya pergi perodua servis tampin.sebelum pukul 12, purple saya sudah siap diservis.mak saya siap pesan, terus balik rumah jangan singgah mana-mana.baik mak. jalan okay, cuaca pun okay, dan kereta saya yang sememangnya sudah laju, lebih laju.ringan, baru lepas servislah katakan.tiba di gemencheh, tiba-tiba sekumpulan lembu keluar ke jalanraya, dari arah bertentangan. dan saya dalam keadaan cuba memperlahankan kereta.

tiba-tiba 2 ekor lembu berlari ke arah kereta saya dan dumppppppp.

salah seekor lembu itu tercampak ke jalan bertentangan.lembu itu terbaring di situ..owh no man...lembu tu mati ke, berdarah ke? owh no man. kalau lembu tu mati, kes naya ni.tiba-tiba lembu tu bangun, dan berjalan semula dengan kaki berdengkot. tergerak hati saya untuk berhenti di bahu jalan 5minit dari tempat kejadia dan ada warung koboi kat situ, mahu melihat kesan perlanggaran tadi. relaks, matikan enjin dan buka pintu.

owh no man, pintu kereta saya tak boleh dibuka.saya keluar juga, tengok penutup bonet depan dah terangkat di bahagia atas dan kemek.bumper depan dah lari dan pecah sikit. terus badan saya menggeletar, jantung saya kencang, takut, rasa nak nangis, menyesal..semua ada.saya telefon kak ngah saya, damn off pulak. saya telefon perodua tampin, dia minta saya hantar ke perodua semula sebab nak tunggu dia sampai ambil masa. untuk ke perodua semula ia mengambil masa 30 minit dari tempat kejadian. saya telefon kak ngah saya semula, alhamdulillah dapat. dia suruh tunggu, nanti dia sampai. saya telefon bff, untuk redakan perasaan terkejut. terima kasih bff

kak ngah dan abang ipar saya sampai.abang saya cek enjin, temperature semua okay. pintu yang tak boleh dibuka tu, dia umpil.alhamdulillah dah boleh buka.lepas tu dia test drive, dia cakap okay. nak repair kat mana??????ayoyo, dah lah takde sen...camne ni???call pakcik razak,mekanik kereta family...dia cakap okay  bawa kereta gi bengkel dia.

abang ipar aku yang drive kereta tu dan aku naik kereta kak ngah aku. sampai rumah, abang aku cakap better hantar perodua sebab kereta aku ada air bag.baru aku teringat, nasib baik air bag tak keluar tadi. telefon pakcik razak cakap tak jadi hantar kereta. aku tak makan nasi pun. hilang selera makan. mak aku telefon, suruh minum air yassin, air zam-zam, baca yassin dan mandi air yassin. aku jawab em.jangan main-main, nanti takut nak bawa kereta. yes, memang betul, teringat-teringat aku brek emergency, lembu tu tercampak.

esoknya aku gi pasar tani dengan kelajuan 40-60km/j sahaja.camne nak balik batu pahat ni?mau 3-4jam baru sampai. petang tu aku gi buat report polis. salah satu perkara yang menarik perhatian pn polis dan en sarjan adalah muka aku. they want to know, and i need to tell them about this disease. pukul 5 baru siap.dah petang so esok je lah balik batu pahat. aku gi fotostat police report tu, untuk simpanan aku.uncle tu bagitau kalau pergi workshop, cakap saya nak bayar sendiri.KENAPA ERKKK?kalau kita cakap claim insurans,
nanti masa wakil insurans datang dia pasang barang ori, lepas wakil insurans tu balik, dia cabut dan pasang barang second-hand. tapi dia claim ribu-ribu.kira dia tipulah.petang tu aku dah bawa 80km/j, tapi bila orang depan brek, aku dah kecut perut.takut jadi macam hari semalamnya.

pagi isnin(26/11), aku pergi cari kedai ketuk kereta. otak tak mampu nak berfikir, aku terus masuk perodua segamat. dia cakap kat sini tak boleh buat. perodua batu pahat, muar ada lah.perodua tampin pun ada. saya rasa better awak hantar perodua batu pahat, dekat dengan awak. okay, jom balik batu pahat.

dalam perjalanan balik batu pahat, ada kemalangan pulak, dan jenazah masih ada atas jalan. berderau darah aku.kecut perut, rasa nak nangis lagi sekali.saya bawa dengan kelajuan 80km/j, bila nak memotong lori sahaja baru speed 100km/j. alhamdulillah selamat sampai batu pahat. telefon perodua batu pahat tanya tutup pukul berapa.5.30 dia cakap...housemate aku pulak ada kelas. telefon k.junita minta temankan saya gi perodua, she said okay.

Mr Yew estimated cost repair around 3+++....and will takes 3 weeks because claim insurance. your car is safe but dont speed. just settle your important needed, then send your car with documents needed.
OH NO MAN.......


ebook 21 cerita murah rezeki

Hari ini hari terakhir untuk dapatkan Ebook 21 Cerita Murah Rezeki. Bermula 12 tengah malam ini, harganya akan kembali ke asal, RM99. G...