minggu lepas 24 nov2012, saya pergi perodua servis tampin.sebelum pukul 12, purple saya sudah siap diservis.mak saya siap pesan, terus balik rumah jangan singgah mana-mana.baik mak. jalan okay, cuaca pun okay, dan kereta saya yang sememangnya sudah laju, lebih laju.ringan, baru lepas servislah katakan.tiba di gemencheh, tiba-tiba sekumpulan lembu keluar ke jalanraya, dari arah bertentangan. dan saya dalam keadaan cuba memperlahankan kereta.
tiba-tiba 2 ekor lembu berlari ke arah kereta saya dan dumppppppp.
salah seekor lembu itu tercampak ke jalan bertentangan.lembu itu terbaring di situ..owh no man...lembu tu mati ke, berdarah ke? owh no man. kalau lembu tu mati, kes naya ni.tiba-tiba lembu tu bangun, dan berjalan semula dengan kaki berdengkot. tergerak hati saya untuk berhenti di bahu jalan 5minit dari tempat kejadia dan ada warung koboi kat situ, mahu melihat kesan perlanggaran tadi. relaks, matikan enjin dan buka pintu.
owh no man, pintu kereta saya tak boleh dibuka.saya keluar juga, tengok penutup bonet depan dah terangkat di bahagia atas dan kemek.bumper depan dah lari dan pecah sikit. terus badan saya menggeletar, jantung saya kencang, takut, rasa nak nangis, menyesal..semua ada.saya telefon kak ngah saya, damn off pulak. saya telefon perodua tampin, dia minta saya hantar ke perodua semula sebab nak tunggu dia sampai ambil masa. untuk ke perodua semula ia mengambil masa 30 minit dari tempat kejadian. saya telefon kak ngah saya semula, alhamdulillah dapat. dia suruh tunggu, nanti dia sampai. saya telefon bff, untuk redakan perasaan terkejut. terima kasih bff
kak ngah dan abang ipar saya sampai.abang saya cek enjin, temperature semua okay. pintu yang tak boleh dibuka tu, dia umpil.alhamdulillah dah boleh buka.lepas tu dia test drive, dia cakap okay. nak repair kat mana??????ayoyo, dah lah takde sen...camne ni???call pakcik razak,mekanik kereta family...dia cakap okay bawa kereta gi bengkel dia.
abang ipar aku yang drive kereta tu dan aku naik kereta kak ngah aku. sampai rumah, abang aku cakap better hantar perodua sebab kereta aku ada air bag.baru aku teringat, nasib baik air bag tak keluar tadi. telefon pakcik razak cakap tak jadi hantar kereta. aku tak makan nasi pun. hilang selera makan. mak aku telefon, suruh minum air yassin, air zam-zam, baca yassin dan mandi air yassin. aku jawab em.jangan main-main, nanti takut nak bawa kereta. yes, memang betul, teringat-teringat aku brek emergency, lembu tu tercampak.
esoknya aku gi pasar tani dengan kelajuan 40-60km/j sahaja.camne nak balik batu pahat ni?mau 3-4jam baru sampai. petang tu aku gi buat report polis. salah satu perkara yang menarik perhatian pn polis dan en sarjan adalah muka aku. they want to know, and i need to tell them about this disease. pukul 5 baru siap.dah petang so esok je lah balik batu pahat. aku gi fotostat police report tu, untuk simpanan aku.uncle tu bagitau kalau pergi workshop, cakap saya nak bayar sendiri.KENAPA ERKKK?kalau kita cakap claim insurans,
nanti masa wakil insurans datang dia pasang barang ori, lepas wakil insurans tu balik, dia cabut dan pasang barang second-hand. tapi dia claim ribu-ribu.kira dia tipulah.petang tu aku dah bawa 80km/j, tapi bila orang depan brek, aku dah kecut perut.takut jadi macam hari semalamnya.
pagi isnin(26/11), aku pergi cari kedai ketuk kereta. otak tak mampu nak berfikir, aku terus masuk perodua segamat. dia cakap kat sini tak boleh buat. perodua batu pahat, muar ada lah.perodua tampin pun ada. saya rasa better awak hantar perodua batu pahat, dekat dengan awak. okay, jom balik batu pahat.
dalam perjalanan balik batu pahat, ada kemalangan pulak, dan jenazah masih ada atas jalan. berderau darah aku.kecut perut, rasa nak nangis lagi sekali.saya bawa dengan kelajuan 80km/j, bila nak memotong lori sahaja baru speed 100km/j. alhamdulillah selamat sampai batu pahat. telefon perodua batu pahat tanya tutup pukul berapa.5.30 dia cakap...housemate aku pulak ada kelas. telefon k.junita minta temankan saya gi perodua, she said okay.
Mr Yew estimated cost repair around 3+++....and will takes 3 weeks because claim insurance. your car is safe but dont speed. just settle your important needed, then send your car with documents needed.
OH NO MAN.......
No comments:
Post a Comment